P5

226 27 2
                                    

" Dah boleh masuk. " Idham segera bangkit dan terus masuk ke dalam bilik sakit itu. Melihat Wani yang sedang terbaring dengan muka pucatnya membuatkan hati Idham hancur. " Dia hilang banyak darah tapi nasib baik awak cepat datang. Bagi dia berehat dulu. "

Idham duduk dikerusi disebelah katil Wani. Wajah Wani langsung tidak berubah, sama seperti dahulu dan makin bertambah cantik. Mungkin tak hairan Wani tak mengenali dirinya. Mukanya berubah tujuh puluh peratus, bukan kerana pembedahan tetapi kerana dia semakin matang. Puih.

Lagipun dua tahun mereka berpisah dan dua tahun cukup lama untuk melupakan. " Nanti bagi dia ubat ni. Saya duduk dekat meja saya dulu ya. " Idham hanya berterima kasih kepada doktor itu dan kembali fokus pada Wani.

Alangkah gembiranya dirinya sewaktu pertama kali melihat Wani didepan matanya semasa Wani ingin memberi biskut kepada Syah. Wajah yang dirindui selama ini telah berada didepan matanya semula. Mahu saja dipeluk erat wanita itu.

Tah kenapa dia tidak dapat mengawal rasa marah dan cemburunya sehingga dia menghukum Wani untuk menulis tiga muka surat penuh atas kesalahan datang lambat. Padahal dia hanya lewat lima minit.

" Wani, Wani. Tak ingat abang Hakim ke Wani ? " Idham berbisik kecil. Dia memegang kepalanya dengan perasaan tertekannya. Penat dia paksa dirinya untuk berlembut dengan Wani tapi melihat kemesraan Syah dan Wani membuatkan kemarahannya membuak. Mana mungkin dia ingin membiarkan Wani bersama orang lain.

Tangan Wani tiba-tiba bergerak membuatkan Idham terkejut. " Wani ? " Perlahan-lahan Wani membuka matanya dan terus mencuba untuk bangun dari baringannya. " Auch– " Kesakitan dibahagian perutnya menyebabkan niatnya untuk bangun terbatal.

Tak sangka teruk juga kemalangannya tadi. Wani memandang disekelilingnya dan hanya terlihat Idham yang sedang duduk sambil membuat muka tidak berperasaan. " Awak buat apa dekat sini ? Abang Syah ada sekali ke ? "

Idham mula mengenggam penumbuknya saat Wani bertanya tentang Syah. Ada je nak sebut nama mamat tu, sehari tak ingat pasal dia tak boleh ? " Thanks bawa saya datang sini. " Genggamannya terbuka selepas mendengar kata-kata Wani itu.

Hatinya seperti telah dirawat selepas disakitkan. " Sa– sama-sama. Aku nak balik, ternampak kau tengah sakit lepastu– " Wani menghentikan penerangan Idham serta merta. " Tahu, waktu tu saya belum pengsan lagi. " Betul juga kata-kata dia tu. Idham hanya mampu tertawa kekok.

" By the way, sorry terpaksa pegang kau sebab aku nak angkat kau and aku tak nampak perempuan pun dekat sekeliling tu. " Wani hanya mengangguk faham. Dia amat memahami keadaan ketika itu. Takkanlah Idham mahu tinggalkan dirinya disitu begitu sahaja.

" Darurat. " Idham hanya mengangguk kecil. Keadaan disitu kembali sunyi seperti sebelum ini. " Kau– betul-betul tak ingat aku ke ? "

MS : Idham Hakim Where stories live. Discover now