" Perjumpaan kita sepatutnya pukul berapa ? " Idham menyilangkan tangannya didadanya. Nampak kacak dimata para gadis tapi nampak menyampah dimata para jejaka. " KORANG DAH PEKAK KE BISU ?! TAK RETI NAK JAWAB SOALAN SENIOR KORANG KE ?! "
Herdikan Idham mampu buatkan sesiapa pun terkucil dalam seluar mereka. Semua pelajar termasuk Wani hanya mampu menundukkan kepalanya kerana tidak mahu memandang wajah seram Idham.
" Kita sepatutnya jumpa pukul 2 petang dan sekarang dah 2:30 pm. Korang cuba nak rosakkan imej faculty kita ke apa ni ?! Nak orang lain cakap yang budak-budak account tak pandai jaga masa ?! " Idham mengeluh panjang buat seketika. Sakit kepalanya melayan kerenah juniornya.
" Wani Syazila, bangun ! "
Wani tersentak apabila namanya dipanggil dengan begitu kuat. Segera dia bangun tanpa melengahkan masa lagi. " Kenapa kau lambat ? " Idham berdiri betul-betul dihadapannya membuatkan dia lebih gelabah. " AKU TANYA KENA– "
" – saya accident tadi. " Idham terkaku saat mendengar kata-kata Wani itu. Dia melihat Wani atas bawah dan jelas kelihatan calar-calar ditangan serta sedikit koyakan diseluarnya.
Idham berlalu dari Wani tanpa berkata apa-apa. " Saya just nak ingatkan pada semua, perjumpaan kita yang seterusnya JANGAN LAMBAT ! Sebarang alasan tak akan saya terima. " Idham menyandarkan badannya pada dinding sambil memicit kepalanya.
" Korang boleh balik, perjumpaan ni sampai sini je. " Semua pelajar berebut-rebut keluar dari situ. Syah yang dari tadi berdiam diri berlari ke arah Wani yang nampak sukar untuk bangun. " Wani okay ? "
Wani hanya mengangguk kecil. " Dah pergi hospital ke belum ? Macam mana boleh accident ? Sakit tak ? " Macam-macam soalan yang dikeluarkan oleh Syah kepada Wani.
" Urm– Wani tak sempat pergi hospital atau klinik sebab takut tak sempat datang sini. Dah takdir untuk accident agaknya. Wani gerak dululah. " Dengan perlahan-lahan Wani keluar dari dewan itu. Idham hanya mampu melihat babak sweet pasangan itu hanya dari jauh.
" Idham, makan jo– " Belum sempat Syah menghabiskan ayatnya, Idham sudah mencapai begnya dan berlalu dari situ. Syah sendiri terfikir kenapa rakan baiknya itu begitu dingin dengannya sejak akhir-akhir ini.
" What's wrong with you, Idham ?! Kenapa kau nak marah kalau Syah rapat dengan minah tu pun ?! " Idham mencapai helmetnya dengan sekasar mungkin. Geram pula dia apabila melihat rakannya itu bersama Wani.
"Ahh– "
YOU ARE READING
MS : Idham Hakim
Teen Fiction[ My second malay baby and it's a boy ] ❝ Tah kenapa hati ni degil sangat- -hanya mahu pada seorang lelaki, dia. ❞ Pertemuan pertama tak semuanya baik. Bagi Wani Syazila, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan, pertemuan dengan seniornya, Idham Ha...