P2

154 12 17
                                    

Bismillah assalamualaikum, saya akan mula publish balik buku yang saya rasa membosankan ni. so yah :)

-----

Wani meregangkan badannya untuk seketika selepas hampir beberapa jam tidak berhenti menaip. Pada hari pertamanya jugalah Encik Dani menyuruh mereka semua untuk kerja lebih masa. Kenapalah. Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab diakan.

" Penat tak first day ? "

Min Ki menghulurkan secawan kopi untuk Wani membuatkan Wani tersenyum kecil. " Sikitlah. Maklumlah, first time kerja. " Perbualan itu berterusan sepanjang 10 minit sebelum dihentikan dengan kedatangan Idham.

Muka tegang Idham membuatkan Min Ki terus ke mejanya. " Kata nak dinner sama-sama. " Wani menunjukkan kerja-kerjanya yang berlambak diatas mejanya itu kepada Idham. " Baru first day abang dah tak dapat spend time dengan Wani, macam manalah hari-hari selepas nikan. "

Idham merungut kecil tanpa memandang muka Wani. Kata-katanya tidak didengari oleh orang lain tetapi Wani tetap dapat menangkap setiap butir perkataannya. " This is work, Encik Idham Hakim. "

" But- sekarang dah pukul 9. Tinggal Wani, Min Ki and Dina tu je. Let's eat, sayang. " Idham cuba memujuk Wani dengan segala kecomelannya. Wani tak mampu berkata tidak tetapi tidak mampu juga berkata ya. " Okay fine. "

Terukir senyuman dibibir Idham saat mendengar jawapan Wani. Wanita itu terus mengemas barang-barang diatas mejanya sebelum dia ke arah meja Min Ki. " Min Ki, saya balik dulu. I'm sorry tak dapat stay lagi lama. "

Min Ki hanya menggeleng kecil sambil tersenyum. " It's okay. Pergilah makan dengan boyfriend awak tu. " Min Ki sempat mengusik Wani sebelum dia pergi. Entah kenapa dia terasa tidak selesa untuk mendedahkan hubungannya dengan Idham. Bukan tidak selesa tetapi takut.

Suasana malam yang terasa dingin itu membuatkan mereka berdua bersetuju untuk berjalan kaki ke kedai makan berdekatan. " So how's your first day ? " Wani berfikir untuk sejenak sebelum memandang ke arah Idham. " Nice actually tapi penat sikitlah. Best ada kawan baru. " Idham hanya mengangguk-angguk mendengar luahan pendek Wani.

" Best dapat kawan dengan lelaki handsome ? " Wani tahu lelaki yang dimaksudkan ialah Min Ki. Nada suaranya jelas kedengaran yang dia sedang cemburu. " Abang Hakim, Min Ki tu cina and non-muslim. Kitaorang tak akan boleh kahwin punya. " Idham berhenti berjalan ketika itu juga membuatkan Wani turut terhenti. " Listen okay. " Wani sudah menyediakan telinganya untuk mendengar bebelan Idham yang sudah pasti panjang.

" Kalaulah korang tersuka satu sama lain lepastu bercinta and Wani ajar dia apa itu Islam. Then dia masuk Islam and korang kahwin. Abang ? Single forever ! " Sungguh tunangnya itu berfikiran sangat diluar kotak. Sampai ke situ Idham mampu berfikir ? Lelaki itu accountant ataupun penulis novel sehingga dapat membayangkan semua ini ?

Wani tiba-tiba menayangkan tangannya dihadapan muka Idham. " Nampak tak cincin ni ? " Idham mengangguk kecil. Sudah pasti dia nampak cincin tunang mereka yang elok tersarung dijari Wani. " Selagi cincin ni ada dekat jari Wani bermakna macam Wani terikat dengan abang. I'm yours, kan ? " Kata-kata Wani itu berjaya membuatkan Idham mengukirkan senyuman dibibirnya.

" I love you ! "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now