Selepas beberapa tahun–
" Wani– Hakim dah sampai ni. " Wani yang sedang bermain dengan telefonnya diatas katil terus berlari ke tingkat bawah selepas terdengar jeritan mamanya. Tudung dikepala dibetulkan sedikit sebelum menyapa Idham.
Keluarga Idham dijemput masuk dengan mesranya. Dua buah keluarga itu disatukan pada hari ini untuk makan malam bersama. " Wani– " Idham yang sedang berdiri disebelah Wani itu tiba-tiba mencuit bahunya. " Apa ? "
Wani masih fokus melihat keluarganya dan keluarga Idham yang sedang mesra berbual bersama. " Abang laparlah Wani. " Idham memegang perutnya sambil cuba meminta belas kasihan Wani. " Sekejap lagi makanlah, sabar sikit okay ? " Idham mencebik.
" Wani nak stay dengan plan kita ke ? " Wani terus mengangguk tanpa ragu-ragu. Idham mengeluh dalam diam. Kalau itu yang Wani mahu, tak akan dia paksa Wani.
" Kita habis belajar terus kahwin nak ? " Wani hampir tersedak mendengar kata-kata Idham itu. " No ! Lepas ada kerja yang tetap dan stabil baru kahwin. Please abang~ " Idham menggosok-gosok belakang lehernya.
Dia sangkakan Wani akan setuju dengan cadangannya tapi dia tak sangka pula Wani ada rancangan lain. " Wani tak nak kita kahwin lepastu harapkan parents. Kita cari duit sendiri then kahwin dengan duit sendiri. Abang tak kesahkan ? "
Idham hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Kalau boleh dia mahu Wani jadi miliknya yang sah secepat mungkin. Bukan dia boleh percaya lelaki sekarang ni. Pantang sungguh melihat kecantikan serta kecomelan Wani.
" Kita tunang dulu– "
" So– Wani dah dapat kerja ke belum ? " Wani laju mengangguk. Baru pagi tadi dia mendapat panggilan telefon bahawa dia telah diterima di syarikat itu. " Kerja elok-elok, Wani. Awak tu tunang orang. " Mamanya mencelah diantara perbualannya dan bakal mertuanya.
" Wani ni baik orangnya, saya percaya dia boleh jaga diri. " Wani laju bersetuju dengan bakal mertuanya itu. Mamanya hanya mengiakan sahaja penyataan itu. " Bila Wani nak pindah ke rumah sewa Wani tu ? "
Wani terpaksa berpindah ke rumah sewa kerana jarak dari rumahnya ke pejabat sangatlah jauh. Mungkin nasibnya baik, ketika dia sedang serabut mencari rumah sewa, rakan baiknya sewaktu diuniversiti juga sedang mencari seorang housemate.
" Okay ke Wani nak drive malam-malam ni ? Aunty risaulah– " Jelas terlihatnya wajah kerisauan pada wanita tua dihadapannya itu. " Alah awak ni, Hakimkan temankan Wani. " Mamanya mencuit sedikit bahu mama Idham bagi mengingatkan dirinya.
" Yelah, ma. Hakim ada, for sure bidadari ni selamat sampai dekat rumah sewa tu. " Idham yang muncul secara tiba-tiba dibelakang Wani mengejutkan semua. " Baby, pergilah ambil beg. Kita gerak sekarang, dah nak tengah malam dah. "
Sengaja ditekan panggilan baby itu disertakan dengan satu senyuman manis Idham. " Hakim jaga Wani baik-baik. " Mamanya hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Wani ke biliknya untuk mengambil begnya yang sudah siap dikemas.
" Baby kerja dekat mana sebenarnya ? Kenapa tak nak bagitahu abang ? " Wani memang tak beritahu dimana dia kerja, surprise katanya. " Stop call me baby, abang. Meremang bulu roma Wani tahu tak ? " Wani hanya tersenggih pada Idham yang sedang menyilangkan tangannya didada.
" Baby~ bukan ke sweet tu ? " Wani menjeling ke arah Idham yang masih tersenggih-senggih dimuka pintu. " Wani, I love you– " Idham tiba-tiba kedengaran serius selepas berjaya membuatkan bulu roma Wani meremang.
Wani tidak menjawab dan hanya membalas kata-kata itu dengan anggukan. " Saylah you love me too ! " Idham menghentak-hentak kakinya tanda memberontak. Wani bangun lalu berjalan ke arah Idham.
" I. Love. You. " Sepatah-sepatah Wani ucapkan ayat itu. " Puas ke abang sayang ? " Idham laju mengangguk. " At least I know you love me tookan ? "
YOU ARE READING
MS : Idham Hakim
Ficção Adolescente[ My second malay baby and it's a boy ] ❝ Tah kenapa hati ni degil sangat- -hanya mahu pada seorang lelaki, dia. ❞ Pertemuan pertama tak semuanya baik. Bagi Wani Syazila, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan, pertemuan dengan seniornya, Idham Ha...