P7

13 2 0
                                    

Wani menarik nafas lega apabila kerjanya akhirnya selesai. Jam sudah menunjukkan pukul 8:37 pm tetapi dia masih berada di pejabat seorang diri. Wani bergegas bangun untuk pulang selepas siap mengemas barangnya.

Ting!

Satu mesej masuk membuatkan langkah kaki Wani terhenti. Telefon bimbit didalam begnya dikeluarkan dan terlihat mesej dari Idham.

Bæ Hakim
online

Pukul 8:45 pm datang
Restaurant Dayang

Abang nak bincang something

Phone dia habis battery

Jangan lambat !

Ughhh !

Fine

Love you 💗✨
seen

Apa sahajalah Idham itu mahu dari dirinya. Tangannya sedang sakit lagi kerana terlalu banyak menulis dan menaip hari ini. Wani menabahkan dirinya untuk memandu ke arah restaurant itu. Nasib baik tidak terlalu jauh.

Setibanya di restaurant itu, Wani terus masuk ke dalam tanpa memikirkan apa-apa. " Uhm– Cik Wani Syazila ke ? " Wani dengan kekoknya mengangguk sambil senyuman tak hilang dari bibirnya. " Sila ikut saya ke meja yang Encik Idham dah tempah. "

Wani hanya mengikut pelayan perempuan itu. Dahinya berkerut melihat persekitaran didalam restaurant itu yang agak sepi dan lekang. " Can I ask something ? Restaurant ni memang takda orang datang ke malam-malam ? " Pelik juga rasanya.

" No– Malam ni takda orang sebab Encik Idham dah sewa satu restaurant ni untuk Cik Wani. Cik Wani duduklah dulu ye. " Wani seperti tak percaya apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut pelayan wanita itu. Idham membazirkan duitnya untuk menyewa satu restaurant untuk mereka ?

Wani segera memeriksa kalendar di telefon bimbitnya untuk melihat sama ada hari ini, 10 April ialah hari yang istimewa ataupun tidak. Wani mengeluh seketika. Adakah dia lupa tentang sesuatu ?

" Boo ! " Wani hampir sahaja mencarut apabila Idham terkejutkan dirinya dari belakang. " Abang ! " Idham masih lagi tergelak dengan wajah Wani yang terkejut itu. " Eh abang, kenapa membazirkan duit nak sewa restaurant ni ? Simpanlah duit untuk beli rumah ke apa. "

" Abang dah ada rumah, for what nak beli lagi. " Wani menepuk dahinya. Lupa pula dia yang Idham baru sahaja membeli sebuah rumah tahun lepas. " But this is so wa– " Idham meletakkan jari dibibirnya menyuruh Wani diam.

" I did this for you. Abang tahu abang salah sebab tuduh Wani macam tu je. But I was jealous okay ? Wani tahu abang macam mana bila jealous kan ? " Wani tergelak kecil setelah Idham selesai berbicara.

" Sebab tu je abang buat semua ni ? " Idham telah menyediakan tempat itu menjadi terlalu romantik hanya untuk meminta maaf darinya ? Aduhai. " Sorry okay ? Lain kali abang siasat dulu baru abang tuduh. " Wani menjeling tajam pada Idham.

" Abang marah sebab abang sayang bukan saja-saja marah. Wani kalau nampak abang dengan perempuan lain rapat pun mesti Wani jealouskan ?  " Wani laju menggeleng.

" Tak jealous pun. " Idham mencebik. Sampai hati tak nak cemburu. " I trust you. Wani tahu abang tak akan curang– kot. " Saja ditambah perkataan kot dibelakang ayatnya. Semakin muncung bibir Idham mendengar kata-kata Wani.

Idham bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Wani membuatkan Wani pelik. Dah kenapa tiba-tiba bangun. " Wani, kita kahwin hujung tahun ni eh ? " Idham yang tiba-tiba melutut itu membuatkan Wani menggelabah.

" Abang, orang tengoklah. "

Idham memerhatikan sekeliling mereka. " Takda orang pun. " Dengan muka yang menyampah, Wani menunjuk ke arah pelayan-pelayan yang sedang semakin teruja melihat Idham yang sedang melutut itu. " Jangan kesah diaorang tu– "

Idham mengeluarkan kotak cincin dari poketnya lalu menunjukkannya didepan Wani. " Wani, will you marry me ? Please say yes– " Kalau Wani katakan tidak, maknanya Wani sudah gila. " Of course, yes. What a stupid question– Dah bangunlah. "

Idham sudah senyum hingga ke telinga mendengar jawapan Wani. " SHE SAID YES ! YES ! " Jeritan Idham itu membuatkan pelayan-pelayan itu juga turut menjerit kegembiraan. Entah kenapa pelayan-pelayan itu kelihatan lebih teruja dari dirinya.

" I love you so much ! Ahh– thank you ! " Dalam tak sedar, Wani tersenyum gembira melihat Idham yang begitu teruja.

––––

When someone say thank you

My brain ;

Don't say it

Don't say it

Don't say it

Me : NEXT !

Support lagu Thank you, next !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now