P2

291 35 0
                                    

" Okay, class dismiss. "

Syah menutup bukunya dengan laju. Dia boleh kumpul satu baldi air liur kalau dia terus menghadap buku. " Syah, makan jom. " Idham yang duduk betul-betul disebelahnya mengajaknya dengan tiba-tiba.

Disebabkan terlalu malas untuk berbicara, dia hanya menggangguk. Mereka berjalan ke kafeteria universiti mereka sambil diperhatikan oleh wanita-wanita disekeliling mereka.

" Wey, Idham dengan Syah ! "

" Handsomenya. "

" Husband material, wey ! "

" Iman terabur, sis. "

Itulah antara kata-kata yang dapat ditangkap oleh kedua-dua jejaka itu. Sudah biasa sangat bagi mereka semua pujian itu. " Abang Idham, nak selfie boleh ? " Seorang perempuan tiba-tiba sahaja menarik Idham mendekati dirinya dengan selambanya.

Idham hanya menggangguk sambil cuba menarik tangannya kembali. " Abang Idham, Mimi jealouslah tengok abang rapat dengan Wani tu. Haritu Mimi nampak abang siap tarik-tarik beg dia tu. Nampak sweet tahu tak ?! "

Idham cuba membuat muka setenang mungkin walaupun dia terkejut apabila pelajar perempuan dihadapannya nampak dia bersama Wani. " Abang takda apa-apa dengan dia, abang tak suka pun budak hingusan tu. "

Mimi tiba-tiba melompat riang. " Wah, Mimi ada peluanglah ni kan ? Yes ! " Idham hanya menggeleng kecil melihat gelagat juniornya itu. Tah apa yang dia makan sampai jadi gedik seperti itu.

" Uhm– Mimi eh ? Kitaorang pergi dululah, abang Syah dengan abang Idham dah lapar sangat dah ni. Bye ! " Syah segera menarik lengan Idham ke arah kafeteria. Berbulu matanya melihat kegedikan pelajar perempuan itu.

" So, aku terdengarlah tadi yang kau ada tarik-tarik beg Wani. Ni kes nak caras aku punya bakal isteri ke apa ? " Idham terhenti saat itu juga lalu memalingkan wajah ke arah Syah.

" Kau suka Wani ?! " Suara Idham sedikit menengking saat itu.

" Yah, so what ? " Syah mengerutkan dahinya. Dah kenapa tah rakan baiknya itu tiba-tiba seperti marah. " Ka– kau macam tak minat je bila Wani dekat-dekat dengan kau. " Idham memegang belakang lehernya bagi menenangkan diri sedikit.

Syah memegang bahu rakannya itu perlahan. " Itu namanya jual mahal, bro. " Syah tersenyum kecil. Mereka terus berjalan ke arah kafeteria yang tidak jauh dari situ.

Sesampainya mereka disitu, mata Idham terus dapat menangkap susuk tubuh Wani yang sedang elok berbual dengan rakannya. Dengan kadar segera, Syah berjalan ke arah wanita itu.

" Eh– abang Syah ! " Jelas kelihatan keterujaan pelajar perempuan itu apabila Syah berdiri dihadapannya. " Wani pergi tak perjumpaan first year students petang ni ? Nak abang ambil Wani dekat dorm Wani tak ? " Idham hanya mampu memandang gelagat mereka tanpa bersuara.

" Mestilah pergi. Kalau tak pergi, mahu dorm Wani kena serbu dengan kawan kesayangan abang tu. And Wani dah janji dengan kawan Wani nak pergi sama-sama. Next time abang inform Wani awal-awal. " Idham menjeling ke arah Wani dengan jelingan tajam.

Syah tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihulurkan pada Wani. " So boleh bagi nombor Wani tak ? Nanti senang abang nak inform apa-apa. " Wani laju menaip nombornya.

Idham segera menarik rakannya itu apabila Syah selesai sesi menggatal. " Annoying. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now