P9

208 26 0
                                    

" Hakim ni anak Nazimkan ? " Idham hanya mengangguk kecil sambil tersenyum kekok. Fuh– peluh sejuk mula membasahi dahinya. Keadaan ini seperti dia sedang diinterview. " Papa awak kawan uncle. I saw your pictures from 3 years ago and now you look totally different. "

Idham mengawal dirinya supaya tidak mengembangkan hidung. " – and one of your pictures, ada my daughter. " Hilang terus senyuman diwajah Idham akibat terlalu terkejut. " Si– siapa anak uncle ? "

Encik Azmi hanya tersenyum kecil melihat muka pucat Idham. " Wani Syazila– " Idham rasa seperti ingin pengsan ketika itu. Dia seperti tidak percaya yang dia sedang bertemu bakal bapa mertuanya sekarang.

" Ouh W– Wani, dia junior saya dulu. " Wani pernah beritahu Idham yang ayahnya sangat menghalang hubungan percintaan ketika sedang belajar, tidak kira belajar di sekolah menengah ataupun di universiti. Jadi hubungan cinta mereka hanya tersebar disekolah dan bukan diluar sekolah.

Idham cuba mengawal rasa risau dan takutnya itu. " Hakim bercinta dengan Wanikan ? " Makin kecut perut Idham sewaktu soalan yang paling dia tak ingin jawab, keluar dari mulut lelaki dihadapannya itu.

Mahu tak mahu, dia terpaksa mengangguk. " Wani ada beritahu yang uncle tak suka kalau dia bercinta masa belajar ? " Sekali lagi Idham mengangguk. " Saya minta maaf sebab adakan hubungan dengan anak uncle. Saya akan cuba putuskan hubun– "

" Kalau betul-betul suka, bertunang dulu. Nikah lepas habis belajar. " Idham sekali terkaku ketika itu. Ingatkan lelaki itu mahu memarahi dirinya. Buat penat saja dia berasa takut seperti ini. " Tapi uncle tak rasa Wani ingat Hakim sebab korang dah berjauhan 2 tahun and your face look totally different. "

Idham tertawa sinis bagi menutup rasa sedihnya. " Wani tak sedar Hakim ni ialah Hakim yang dulu sebab Hakim dah makin handsome. Maybe Hakim boleh buat something yang mengingatkan dia pada kenangan masa dulu. " 

Idham hanya mampu mengeluh sepanjang mungkin. Kuatkah dirinya ? " Wani tu memang pelupa sikit, Hakim tahukan ? Lagi satu, jaga dia elok-elok. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now