P12

209 28 0
                                    

Kata-kata Syah masih terngiang-ngiang difikiran Wani. Bergolek ke kanan, teringat. Bergolek ke kiri, makin teringat. Ini tak boleh jadi !

" Hah ? Makna kalkulator pada Idham ? Bukan ke kalkulator is kalkulator ? " Syah menepuk dahinya buat seketika melihat kebluran Wani. Dia menarik nafas panjang sebelum membetulkan duduknya. " Okay Wani dengar sini. Idham study course apa sekarang ? "

" Account ? " Syah mengangguk manakala Wani masih fokus pada Syah. " Apa yang penting bagi budak account ? " Wani berfikir sejenak sebelum kembali memandang ke arah Syah. " Akal ? " Syah cuba menahan kemarahannya pada Wani yang comel itu.

" Yes, akal but for Idham, kalkulator penting sangat. Dia selalu pesan dekat junior-junior dia, kalkulator ni ibarat hati bagi seorang pelajar account. To be honest, Idham tak pernah bagi sesiapa pun sentuh kalkulator dia termasuk abang– "

Wani agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syah itu. " –and dia senang-senang je bagi Wani pinjam kalkulator dia. Kalau dia minta Wani jagakan kalkulator dia, maknanya dia minta Wani jagakan hati dia. "

" AHHH– " Serabut fikirannya memikirkan tentang Idham ini. Sampai saat ini dia belum pasti sama ada Idham itu betul-betul Hakim yang dia cintai.

Telefon bimbitnya berbunyi saat jiwanya masih kacau. " Hm– nicelah ni. Time aku fikir pasal kau time tulah kau call. " Walaupun ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu, Wani tetap memilih untuk menjawabnya.

" Hello Idham. " Kedengaran keluhan Idham dihujung talian. " Am I worse than Syah until you can't respect me ? Boleh panggil Syah as abang but not me ? " Entah kenapa dia rasa lelaki itu betul-betul marah pada dirinya tentang hal itu.

" Whatever– kalkulator aku kau jaga baik-baik tak ? " Wani terdiam. Idham betul-betul bertanya tentang kalkulatornya ataupun dia bertanya tentang hatinya ? " Uhm– setakat ni baik-baik je, jangan risaulah. "

Idham membetulkan suaranya sebelum dia kembali berbicara. " Pasal gelang tu– aku rasa better kau pakai sebab nampak cantik dekat tangan kau. " Wani tiba-tiba tersenyum mendengar kata-kata Idham itu.

" Dahlah, saya nak tidur. Bye. " Wani segera menamatkan panggilan telefon itu walaupun dia tahu Idham mahu berbual lebih panjang. " Sweet dream, abang Hakim. "

MS : Idham Hakim Where stories live. Discover now