Prologue Season 2

258 18 0
                                    

" Everyoneattention please. " Semua orang di pejabat itu mula memberi perhatian kepada Encik Dani, bos di syarikat itu. " Today kita ada rakan baru. Please welcome Wani Syazila and Faris Ikhwan here. " Wani hanya mampu tersenyum kekok kerana terlalu janggal rasanya.

Sambutan orang dipejabat itu betul-betul buatkan Wani tersenyum semakin lebar. Sungguh mesra layanan mereka terhadap dirinya. " Hi, Wani. Saya Lim Min Ki, panggil Min Ki je. Nice to meet you. " Lelaki cina yang bersebelahan dengan meja Wani itu melambai ke arah Wani secara mesranya.

" Hi and nice to meet you too. Harap boleh jadi rakan sekerja yang baik ye Min Ki. " Lelaki itu masih tersenyum selebarnya ke arah Wani. Wani terus menusun barang-barangnya di atas meja kerjanya.

Satu per satu barang yang dikeluarkan dari kotak termasuklah kalkulator milik Idham dari zaman universiti dahulu. Masih dia simpan dan jaga dengan elok. " Wani, bos panggil. " Seseorang yang dia tidak kenali tiba-tiba memanggilnya. Tanpa merungut, Wani terus ke bilik bosnya.

" Urm– bos panggil saya ? " Kelihatan Encik Dani sedang berbual dengan seseorang lelaki yang agak tampan dari belakang. " Hah, yes. Duduk sini. Saya nak perkenalkan awak dengan one of my favorite person dekat pejabat ni. "

Wani segera berjalan ke arah kerusi dan terus duduk tanpa. " Okay Wani, he is one of my best friend and the best accountant ever. " Wani memalingkan wajah ke arah lelaki yang dibangga-banggakan oleh Encik Dani itu.

" Wani ? " Bola mata Idham hampir sahaja terkeluar kerana tak mampu percaya apa yang sedang dia lihat sekarang. " Dah kenal ke ? " Dani tiba-tiba menggaru kepalanya kerana rasa keliru. " Ah– no. Pagi tadi saya terjumpa Encik Hak– Encik Idham, that's all. "

Jelas kelihatan kedua-dua mereka terkejut tetapi riak wajah mereka cuba dikawal sebaik mungkin. " Okay Wani, Idham. Idham, Wani. Simple. " Kedua-dua mereka hanya mampu tersenyum kekok.

" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ye Encik Dani. " Wani berjalan secepat mungkin untuk keluar dari situ. Jantungnya berdegup terlalu laju seperti dia baru sahaja berlari marathon. " Wani, are you okay ? "

Faris, rakan sekerjanya yang juga baru bekerja pada hari ini tiba-tiba muncul dimejanya. " Uhm– yes. Of course, I'm fine. By the way, nice to meet you. " Faris masih berdiri disebelah Wani sambil memerhatikan dirinya. " So awak single or ta– "

" Faris. " Kehadiran Idham disitu membuatkan kata-kata Faris terhenti. " Back to work. " Faris terus beredar dari situ sebaik saja diarahkan oleh Idham. Kecut perut woi. Dengan muka ganas Idham itu siapa je tak takut ?

" Wani– we need to talk. "

MS : Idham Hakim Where stories live. Discover now