" Myra mintak maaf opah! Maafkan Myra sebab dah memalukan opah! Sumpah opah! Myra tak buat.. Ini semua salah faham! " Amyra menangis teresak di sisi Puan Kalsom.
" Opah tahu cucu opah tak buat benda macam tu. Sabar sayang.. Dugaan. " Puan Kalsom mengusap belakang cucunya dengan lembut. Tubuh itu didakapnya erat.
~•~
" Amer tak buat lah! Agaklah! Amer ada taste kut. Kalau ye pun Amer nak buat, bukan dengan budak nerd tu! " Tengku Shazwan merengus kasar. Rambut perang coklatnya diraup ke belakang dengan kasar.
" Abang tahu lah! Tapi masalahnya kau tak ada saksi dik.. Lagipun dia bawah umur. Silap-ii kau kena sumbat dalam penjara plus kena sebat tahu tak! " kata Tengku Shazwan.
" Ketua kampung tu setuju untuk tak buat report sebab nak jaga air muka keluarga kita tapi dengan syarat, kau kena kahwin dengan budak tu. " ujar Tengku Shazren pula.
" Tapi abang, Amer.. "
" Please.. Amer taknak kan orang burukkan nama mama? Even mama dah meninggal, nama mama tetap akan busuk. " Tengku Shazwan memujuk. Tengku Shazmer terduduk. Kepalanya ditunduk merenung kosong lantai rumah papan itu.
~•~
" Adik saya setuju untuk bernikah dengan cucu nenek. " Tengku Shazwan tersenyum manis memandang Puan Kalsom.
" Err nenek tak boleh bagi keputusan. Anak kena bincang dengan ibu bapa Myra dulu. Kejap lagi inshaAllah diorang sampailah. " ujar Puan Kalsom dengan lembut. Amyra hanya diam dengan wajah sugul.
~•~
" Kalau pakcik setuju, inshaAllah hujung minggu ni saya bawak keluarga saya datang meminang anak pakcik. " ujar Tengku Shazwan dengan sopan. Tengku Shazren dan Tengku Shazmer hanya diam disebelah abang sulung mereka.
" Pakcik tak kisah. Lagipun ini aje jalan yang terbaik. Pakcik pun tak sampai hati nak biar adik kamu kena sebat. " kata Encik Azam.
~•~
" Aku setuju sebab aku taknak kena sebat je tahu! Jangan kau ingat aku suka kau pulak! " ujar Tengku Shazmer tanpa memandang wajah Amyra. Haih apa lah nasib aku kema kahwin dengan dia. Dah lah tak cantik. Nerd pulak.
" Takpa tengku! Tengku janji kan yang tengku akan lepaskan saya lepas 6 bulan? Jangan risau. Tak lama pun. Pejam celik, pejam celik, dah 6 bulan. " ujar Amyra. Eh aku pun tak hadap lah nak kahwin dengan kau. Kalau dengan abang kau okay lah jugak. Kacak, baik. Kau? Muka je kacak. Perangai macam syaitonirojim..
" Ya aku tahu! Aku harap kau janganlah jatuh cinta pulak dengan aku sepanjang tempoh 6 bulan tu ye! Takut kau meroyan pulak bila aku ceraikan kau.. " Tengku Shazmer tersenyum sinis.
" Memang tengku ni suka perasan ke? " soal Amyra tanpa rasa bersalah.
" Kau! "
" Apa? " Amyra langsung tidak berasa gentar. Hatinya tidak boleh berkompromi dengan sikap Tengku Shazmer.
~•~
" Amer okay? Macam mana dengan.. "
" Amer dah besar. Tak payah campur urusan Amer! " Tengku Shazmer memintas kata-ii Tengku Ammar lalu terus menuju ke biliknya. Langsung tidak dihiraukan sekiranya Tengku Ammar terasa hati.
" Sabarlah bang. Dia tengah serabut tu. " Maria mengusap perlahan bahu suaminya. Tengku Ammar mengeluh.
" Saya ayah dia. Tapi saya tak mampu berada di sisi dia untuk bagi sokongan. " keluh Tengku Ammar.
~•~
" Sabarlah sayang. Mungkin Allah dah tetapkan jodoh Myra datang macam ni. Tak baik Myra salahkan takdir. " nasihat Puan Aisyah. Amyra melentokkan kepala di bahu ibunya. Tangannya mendakap erat pinggang Puan Aisyah.
" Tak sangka cepat betul abah dapat menantu ye. Lepas ni cucu pulak! " Encik Azam mengusik anak perpuannya. Serta merta wajah Amyra berubah riak.
" Eee abah! Myra muda lagi lah. Tak ada masa nak ada anak. Diri sendiri pun tunggang langgang lagi! " ujar Amyra.
" Opah harap Myra jadi isteri yang baik ye sayang.. Dan opah harap sangat bila opah dah tak ada nanti, Myra akan mandikan jenazah opah dan kafankan opah. " Puan Kalsom tersenyum memandang Amyra.
" Opah janganlah cakap macam tu. Myra sayang opah. " Amyra mendakap erat tubuh Puan Kalsom.
to be continue..
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...