" Wow! Abang Min! Bila sampai? " Tengku Shazmer terus menerpa Tengku Shazmin. Tengku Shazwan dan Tengku Shazren hanya tersenyum.
" Apa khabar bro.. " tegur Tengku Shazwan lalu berjabat tangan.
" Baik.. " Tengku Shazmin tersenyum senang.
" Kau dah jumpa ke belum bakal isteri? " sindir Tengku Shazren lalu memeluk adiknya itu beberapa saat.
" Belum.. Masih mencari.. " Tengku Shazmin mengjongket keningnya beberapa kali sebelum kesemua mereka ketawa. Perangai Tengku Shazmin yang merupakan seorang kasanova berjaya sudah sedia maklum oleh adik beradiknya.
" Hah Amer.. Kau kata isteri kau tu buruk.. Nerd.. Aku tengok lawa je. Apa yang nerd? " soal Tengku Shazmin.
" Wait, what? Amer cakap macam tu? " soal Tengku Shazwan. Tengku Shazmer mencebik. Benda betul kan. Takkan aku nak bohong pulak. Kang bila Abang Min balik sini kan dah jadi indah khabar dari rupa.. Tapi tadi Abang Min cakap.. Lawa? Mata perginya pandangan kasanova dia? Macam tu dia kata cantik?
" Tak baik kau burukkan isteri kau Amer.. " tegur Tengku Shazren. Tengku Shazmer hanya membuat muka tidak bersalah.
" Amyra.. " Tengku Shazmin menjerit memanggil Amyra. Seketika kemudian, Amyra turun dengan mengenakan legging bersama baju tidur labuh bercorak mickey mouse.
" Ya? " Amyra mencelah diantara mereka. Sudah dapat diagak reaksi Tengku Shazmer, Tengku Shazwan dan Tengku Shazren apabila melihatnya. Ternganga.
" Ha ni.. Macam ni kau kata nerd? Kau buta ke Amer? " ujar Tengku Shazmin. Amyra hanya buat tidak tahu.
" Tak.. Dulu dia bukan macam ni.. Eh dah kenapa hah tiba-ii kau ubah penampilan kau? " Tengku Shazmer merenung Amyra. Cantik weyh! Bini aku ke tu?
" Suka hati saya lah! Badan saya kan? " Amyra menjeling.
" Cantiklah adik ipar abang.. Wow.. " puji Tengku Shazwan.
" Wafa lah! Dia paksa Myra ubah style Myra.. Dia kata Myra dah meningkat dewasa.. Kena ubah supaya nampak matured.. " terang Amyra. Tengku Shazmin blur.
" Oh.. Baguslah. Abang suka. Cantik. Tak gitu Amer? " Tengku Shazren menjongket keningnya berkali-kali.
" Eh buat apa tanya dia? Myra siap cantik-ii bukan untuk dia pun.. Myra just nak buat perubahan je. " Amyra memintal-mintal hujung rambutnya.
" Takpe dia tak suka takpe. Biarkan. Abang suka.. " Tengku Shazmin tersenyum memandang Amyra. Amyra turut tersenyum. Tengku Shazmer menjeling.
~•~
" So Myra nak sambung mana lepas ni? " soal Tengku Shazren.
" Myra nak apply matrikulasi. " jawabnya ringkas. Mee goreng disuap ke mulut.
" Tak payah lah! Buat habis duit je kau bukan nak belajar pun! Nak menggedik je.. Siap ubah penampilan bagai! Baik kau kerja je. " bidas Tengku Shazmer dengan nada selamba. Amyra mengetap bibir.
" Eh suka hati saya lah nak menggedik pun! Ada saya kacau awak ke? Tak kan? Dan saya tak mintak pun duit awak! Abah saya boleh tanggung study saya lah! " Amyra tidak mahu mengalah.
" Eh mestilah sibuk! Kau tu isteri aku! Nak menggedik dengan jantan lain dah kenapa! " balas Tengku Shazmer.
" Oh baru sekarang nak mengaku isteri? Selama ni apa yang saya buat ada awak kisah ke? Tak ada kan? " Amyra semakin naik angin. Ewah pandai dia mengaku isteri. Yang dia setiap hari cari pasal dengan aku apa kes?
" Eh kau ni! " Tengku Shazmer kematian kata-ii.
" Can both of you stop arguing? " Tengku Shazwan memandang tepat wajah Tengku Shazmer.
" Amer.. Kalau Amer nak Amyra sedar yang dia isteri Amer, layan lah dia elok-ii. Ini tak! Hari-ii bergaduh. Korang tak penat ke? Abang yang dengar ni pun dah penat. " Tengku Shazwan melepaskan keluhan berat sebelum mengangkat punggung dan berlalu dari situ. Tengku Shazmer tertunduk.
" Kau ah ni! " Tengku Shazmer menyiku Amyra.
" Awak yang mula dulu! " bisik Amyra dengan keras. Peha Tengku Shazmer dipulas.
" Auu sakitlah! " wajah Tengku Shazmer berkerut menahan sakit akibat cubitan Amyra.
" Amer.. Tolonglah! Kau tu dah dewasa tahu tak! Jangan la buat perangai budak! " nasihat Tengku Shazren yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
" Hey guys! Morning! Asal semua muka ketat ni? " sapa Tengku Shazmin yang baru sahaja turun.
" Ada kucing dengan anjing bergaduh tadi! Dah lah abang nak pergi kerja dah. " Tengku Shazren mengangkat punggung lalu terus mengatur langkah menuju ke keretanya. Tengku Shazmin terpinga pinga. Kucing? Anjing? Sejak bila dalam rumah ni ada bela binatang-ii tu? Punggung dilabuhkan di hadapan Amyra. Tengku Shazmin mengukir senyuman manis. Amyra membalasnya walaupun hati masih geram dengan Tengku Shazmer.
To be continue..
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...