ISTERI 18 TAHUN 13

27.5K 979 15
                                    


Amyra yang baru sahaja keluar dari bilik air tergamam melihat Tengku Shazmer yang sedang berdiri terpacak di hadapan pintu bilik air sambil memegang telefon bimbit miliknya.

" Apa sebenarnya hubungan kau dengan Taufik? " soal Tengku Shazmer dengan perlahan tetapi keras. Matanya merenung tajam wajah polos Amyra. Amyra mengerutkan dahi.

" Saya dah cakap kan kami tak ada apa-ii.. " ujar Amyra perlahan. Gerun melihat wajah Tengku Shazmer yang bengis.

" Kalau tak ada apa-ii kenapa dia call? " tengking Tengku Shazmer. Terhincut bahu Amyra akibat terkejut.

" Saya.. " Amyra tidak tahu hendak berkata apa. Sebenarnya apa yang telah terjadi? Takkan pasal Taufik call je dia mengamuk? Lagipun.. Aku mana save number Taufik.

" Saya apa? Kau nak tipu apa lagi dengan aku? " tengkingnya lagi. Lengan Amyra dicengkam kuat lalu diheret keluar dari bilik air itu.

" Awak.. Sakit! " Amyra meringgis apabila lengannya dicengkam sehingga terasa ke tulang.

" Sakit.. Kau tahu sakit.. Habistu aku ni tak sakit? Kau expect aku akan rasa apa bila kau menyundal belakang aku? " suara Tengku Shazmer masih lagi pada nada yang tinggi. Tubuh Amyra ditolak kasar ke katil.

" Awak.. Saya tak pernah pun buat macam tu! Janganlah tuduh-ii.. " suara Amyra mula bergetar. Air mata mula turun perlahan lahan.

" Habistu yang jantan tu cakap dia rindu body kau bagai tu apa benda? Memang aku tak pernah sentuh kau tapi itu tak bermakna kau boleh menyundal belakang aku! " Tengku Shazmer semakin hilang sabar. Dadanya turun naik akibat degupan jantung yang semakin laju.

" Awak.. Ya Allah! Sumpah saya tak buat semua tu! Saya tak tahu kenapa dia cakap macam tu.. Percayalah.. " Amyra meraih lengan Tengku Shazmer. Matanya merenung tepat wajah Tengku Shazmer yang kemerahan.

" Aku tak sangka Amyra.. Aku ingatkan kau baik tapi aku silap. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau kecewakan aku bila aku dah mula sayangkan kau? " suara Tengku Shazmer mulai kendur. Matanya yang merah akibat menahan air mata dialihkan dari memandang Amyra. Amyra tergamam dengan pengakuan Tengku Shazmer.

" Nurhani Amyra Mohd Azam, aku.. "

" Amer! " Tengku Shazren terus menerjah ke dalam bilik. Suara Tengku Shazmer seumpama petir mengejutkan seluruh isi rumah. Tengku Shazmer terdiam. Amyra pula hanya mampu menangis sambil meraih lengan Tengku Shazmer. Tengku Shazmer terus merentap lengannya sehingga terlepas dari pegangan Amyra sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.

" Myra.. Apa jadi? " soal Tengku Shazren. Amyra menggeleng perlahan.

~•~

Tengku Shazmer memandu audinya tanpa hala tuju. Fikirannya yang berserabut jelas kelihatan pada riak wajahnya. Akhirnya setelah penat memandu, Tengku Shazmer berhenti di tepi jalan.

" Kenapa Amyra.. Kenapa? " Tengku Shazmer berkata sendirian. Stereng kereta digenggam kuat. Akibat keletihan memandu, Tengku Shazmer akhirnya tertidur.

~•~

" Abang rasa Taufik tu sukakan Myra.. Mungkin dia saja ja buat semua ni sebab nak pisahkan Myra dengan Amer. " ujar Tengku Shazwan setelah mendengar penjelasan Amyra.

" Haih.. Yang Si Amer tu pun satu.. Bukan nak siasat dulu. Nasib baik Ren cepat tadi. " ujar Tengku Shazren lalu mengeluh perlahan. Amyra hanya mendiamkan diri.

" Dia tak angkat call. Min rasa tak sedap hati lah.. " luah Tengku Shazmin. Dia terus cuba dan mencuba untuk menghubungi Tengku Shazmer.

" InshaAllah semuanya akan okayy. Jangan fikir bukan-ii. " ujar Tengku Shazwan menyedapkan hati semua.

~•~

Tengku Shazmer tersedar dari lenanya. Terasa tubuhnya melekit akibat peluh. Kelihatan hari sudah pun gelap. Enjin kereta terus dihidupkan lalu terus memecut. Telefon yang berdering dicapai namun terlepas sehingga jatuh ke bawah. Tengku Shazmer segera mencapai telefonnya tanpa menyedari dia telah pun melanggar lampu merah dan.. Banggg

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now