ISTERI 18 TAHUN 05

31.5K 1.1K 11
                                    

Disebabkan terlalu bosan kerana tiada apa yang boleh dibuat, Amyra mengemas. Dia mengasingkan baju-ii Tengku Shazmer yang sudah dipakai untuk dibasuh.

" Boleh tahan pemalas jugak jantan ni pun. " Amyra mengomel. Bilik persalinan yang serba mewah itu bersepah dengan baju-ii bertaburan di lantai. Amyra mengutip baju-ii itu lalu dimasukkan ke dalam raga.

~•~

Amyra tersenyum puas apabila bilik yang tadinya tunggang langgang kini sudah kemas. Keningnya bertaut apabila melihat sekeping gambar terselit di bawah lampu tidur. Gambar itu dicapai. Kelihatan gambar Tengku Shazmer sedang memeluk bahu seorang perempuan. Bibir mereka mengukir senyuman bahagia. Siapa dia ni?

" Kau tengok apa? " suara Tengku Shazmer meninggi seraya merampas gambar dari tangan Amyra.

" Err tak.. Saya kemas-ii tadi lepastu terjumpa. " terang Amyra.

" Lain kali kalau nak kemas, kemas ja tak payah usik barang-ii peribadi aku. " Tengku Shazmer terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. Gambar tersebut disimpan di dalam laci meja.

" Elleh. Tu pun nak marah. " Amyra mencebik lalu melangkah keluar dari bilik. Dia masih tertanya-tanya tentang identiti perempuan di dalam gambar itu.

~•~

" Em Myra takut lah. Nervous.. " Amyra tidak senang duduk.

" Relax Myra.. InshaAllah result Myra mesti gempak punya lah! " Tengku Shazwan memberi semangat. Amyra masih lagi resah. Sarapannya tidak dijamah.

" Result SPM je pun. Buat teruk ah kau ni! " Tengku Shazmer menjeling.

" Diam lah. Sibuk je! " Amyra menendang kaki Tengku Shazmer.

" Lantak aku lah! " Tengku Shazmer menolak bahu Amyra.

" Apa masalah awak ni! " Amyra menampar bahu Tengku Shazmer.

" Sudah! Amer! " Tengku Shazren menggeleng perlahan.

" Macam budak-ii. Depan rezeki ni kan! " tambah Tengku Shazwan.

" Abang.. Myra yang.. "

" Enough Tengku Shazmer! " Tengku Shazwan memintas kata-ii adiknya.

Tengku Shazmer merengus geram. Amyra disebelah dijeling tajam. Amyra hanya diam sambil tertunduk.

" Amer temankan Myra tak kejap lagi? " soal Tengku Shazren. Tengku Shazmer menggeleng.

" Busy. " dia dah besar kan? Pergi lah sendiri. Nak berteman bagai.

" Myra.. Abang temankan eh ambik result.. " ujar Tengku Shazren. Amyra hanya mengangguk lalu tersenyum.

" Abang nak teman tapi abang ada meeting dengan client dari Korea. Sorry ye.. " kata Tengku Shazwan.

" Eh takpe. " Amyra tersenyum lagi. Haih kan aku dah kata lagi bagus kalau abang Tengku Shazmer yang jadi husband aku. Baik giler. Berbudi bahasa.. Bukan macam dia.

" Buat apa nak teman dia? Dia dah besar kan? Pandai lah jaga diri. " kata Tengku Shazmer dengan selamba.

" Amer.. Abang dah cakap kan.. Jangan cari fasal. Cuba mulut tu belajar cakap tak bagi orang kecil hati. " marah Tengku Shazwan.

ISTERI 18 TAHUNTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang