" Abang Min! Tengok ni Myra dapat matrik! " sorak Amyra keriangan.
" Wow! Tahniah.. " Tengku Shazmin tersenyum memandang Amyra.
" Amer bagi ke Myra sambung belajar? " soal Tengku Shazmin sambil matanya masih setia menonton tv.
" Entahlah dia tu. Susah nak bawak bincang! " Amyra mengeluh kecil. Mulutnya memuncung.
" Takpala nanti mesti Abang Wan tolong.. Amer takkan say no punya nanti.. " ujar Tengku Shazmin. Amyra hanya mengangguk kecil.
~•~
" Amyra nak sambung belajar. Amer okayy kan? " soal Tengku Shazwan sewaktu mereka sedang makan malam.
" Hm ikut suka lah! Kalau Amer cakap tak pun dia still pergi jugak kan? " Tengku Shazmer malas hendak bercakap banyak. Tengku Shazmin tersenyum memandang Amyra yang tersenyum lebar.
" Myra.. Dekat matrik tu nanti ramai tau pakwe handsome-ii. Bolehla Myra cari boyfriend baru kat sana.. " ujar Tengku Shazren sengaja ingin mengusik. Kelihatan riak wajah Tengku Shazmer sudah berubah.
" Ha'ah lah kan! Nak cari yang macam Abang Wan, Abang Ren and Abang Min. Handsome. Lepas tu baik.. " ujar Amyra selamba. Sengaja ingin menyakitkan hati Tengku Shazmer. Tengku Shazwan, Tengku Shazren dan Tengku Shazmin tersenyum.
" Oh kau nak kata aku ni jahat lah? " soal Tengku Shazmer. Matanya tajam merenung Amyra namun gadis itu hanya beriak selamba.
" Eh yang awak nak terasa kenapa? Ada saya sebut ke awak jahat? " Amyra menjongket kening. Tengku Shazwan sudah menggeleng. Perang sudah bermula.
" Sudah! Sudah! Makan.. Jangan nak bergaduh.. " Tengku Shazwan mencelah sebelum perang berlarutan. Tiba-ii Tengku Shazmer teringat akan sesuatu.
" Abang Min.. Malam ni malam apa? " soal Tengku Shazmer sambil mengukir senyuman nakal.
" Harini khamis.. Malam jumaat lah.. Kenapa hm? " Tengku Shazmin tsrsenyum sambil mengangkat keningnya berkali kali. Amyra terkejut dengan pernyataan Tengku Shazmin. Malam jumaat?
" Siap kau kejap lagi! Malam ni malam yang baik untuk buat pahala tahu! " Tengku Shazmer berbisik pada telinga Amyra. Amyra mulai kecut perut. Wajahnya pucat.
~•~
Hujan lebat beserta kilat yang sambar menyambar agak menakutkan Amyra. Amyra melangkah masuk ke dalam bilik dengan perasaan lega apabila kelibat Tengku Shazmer tiada. Amyra masuk tanpa menyedari Tengku Shazmer berada dibelakangnya. Amyra ditolak masuk ke dalam sebelum tangannya pantas mengunci pintu.
" Kau sindir aku eh tadi.. " soal Tengku Shazmer. Dia berjalan mendekati Amyra. Amyra mengundur ke belakang apabila Tengku Shazmer sudah hampir.
" Sindir apa! Awak yang terasa lebih-ii kenapa? " Amyra terus mengundur sehingga tiada lagi ruang untuk melarikan diri. Amyra terduduk di katil.
" Kau ingat aku bodoh? " Tengku Shazmer merangkak di atas badan Amyra. Wajahnya didekatkan dengan wajah Amyra. Amyra dengan lajunya melarikan wajahnya sehingga terhantuk di kepala katil.
" Auu!! " Amyra menjerit. Kepala digosok. Tengku Shazmer ketawa.
" Itulah! Berdosa lawan cakap suami.. " ujar Tengku Shazmer lalu membelek kepala Amyra. Amyra hanya membiarkan. Bau haruman perfume Tengku Shazmer menusuk ke rongga hidung. Hm wanginya..
" Alaa sikit je.. Bengkak. Tak berdarah pun.. " ujar Tengku Shazmer. Kelihatan Amyra hanya diam sambil memejam mata.
" Woii! Kau berangan eh? " soal Tengku Shazmer sambil mencuit bahu Amyra.
" Ish mana ada! Dah lah saya nak tidur.. " Amyra terus bergerak ke tempatnya. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya sehingga kepala. Kepala yang sakit diabaikan.
" Myra.. Aku sejuk la hujan-ii macam ni.. Peluk lah aku.. Kau kan suka bau aku.. " ujar Tengku Shazmer mengusik. Bukannya dia tidak tahu Amyra begitu terbuai dengan haruman perfumenya. Amyra hanya membatu. Tengku Shazmer ketawa kecil.
~•~
Tengku Shazmer masih lagi belum tidur. Matanya yang segar bugar membuatkan fikirannya menerawang mengingati kenangan masa lalu. Wajah Tengku Aneesa ketika sedang bertarung nyawa di hospital terlayar di ruang mata. Keretanya remuk teruk akibat digilis trailer manakala Tengku Aneesa tercampak keluar.
" Maafkan Nisa.. Amer.. Anak kita.. " nafas Tengku Aneesa tersekat sekat. Akhirnya Tengku Aneesa pergi meninggalkannya buat selama lamanya. Hanya Tengku Shazmin yang mengetahui tentang anak di dalam kandungan Tengku Aneesa kerana dia ada ketika Tengku Aneesa memberitahu Tengku Shazmer tentang anak mereka yang dikandungnya sebelum pergi buat selama lamanya. Lamunan Tengku Shazmer terhenti apabila suara Amyra menerjah. Kelihatan Amyra sedang mengigau mungkin kerana terkejut akan guruh yang berdentum kuat. Tengku Shazmer menarik Amyra mendekatinya. Kepala Amyra dilentokkan ke dadanya. Kepala Amyra diusap lembut. Nisa.. Amer suka dia tapi Amer cuba nafikan perasaan tu sebab Amer takut Amer akan hilang dia. Amer dah tak kuat. Satu persatu orang yang Amer sayang pergi tinggalkan Amer..
To be continue..
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
عاطفيةAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...