" Asal kau pergi tampar dia? " soal Tengku Shazmer dengan tegas. Lengan Tengku Aleesya direntap. Aleesya mengaduh kesakitan.
" Auu.. Sakit lah! You ni.. " wajah Tengku Aleesya berkerut menahan sakit di lengan.
" Jawab soalan aku. " Tengku Shazmer memandang tepat wajah Tengku Aleesya. Tengku Aleesya merentap lengannya sehingga terlepas dari pegangan Tengku Shazmer.
" I tampar dia sebab dia kurang ajar! Puas hati? " Tengku Shazmer dijeling sekilas. Tengku Shazmer terus mengangkat tangan. Penampar sulung dilayangkan ke wajah Tengku Aleesya. Tengku Aleesya meraba pipinya yang perit. Wajah Tengku Shazmer dipandang geram.
" You ni kenapa! " jerit Tengku Aleesya.
" Sekarang baru aku puas hati. " Tengku Shazmer terus berlalu meninggalkan Tengku Aleesya.
" Amer! " panggil Tengku Aleesya. Tak guna!
~•~
Tengku Shazmer memandang tajam Amyra yang sedang berbual dengan seorang lelaki sambil berjalan melintasi pagar kolej.
" Sorry lambat.. " ucap Amyra apabila memasuki perut kereta.
" Macam mana tak lambat kalau jalan terhegeh hegeh bergelak sakan dengan jantan.. " sindir Tengku Shazmer dengan kasar sambil tangannya ligat menukar gear sebelum menekan pedal minyak dengan geram. Meter kereta menginjak ke angka 100.
" Eh kalau awak nak mati, mati sorang lah jangan ajak saya! " ujar Alya yang mulai kecut perut. Tengku Shazmer tersenyum sinis. Suruh aku mati sorang-ii supaya dia boleh bersama dengan jantan tu? Shit.
" Awak ni kenapa? Saya mengadu dekat Abang Wan! " ugut Amyra. Tengku Shazmer mula mengurangkan kelajuan.
" Sikit-ii mengadu! " Tengku Shazmer merengus kasar. Mengalah juga dengan ugutan Amyra. Kang tak pasal kena bebel lagi. Panas telinga. Amyra terdiam. Dia ni kenapa? Nak marah-ii.
~•~
" Auu! Awak! Tolong! " jerit Amyra. Kakinya yang terseliuh akibat tergelincir diraba perlahan. Pinggangnya yang terasa sakit dipicit perlahan. Tengku Shazmer yang sedang menyisir rambut di hadapan cermin terkejut dengan jeritan Amyra. Langkah kaki diatur menuju ke bilik air.
" Kau kenapa? " soal Tengku Shazmer. Dilihatnya Amyra sudah pun terduduk di muka pintu bilik air.
" Saya tergelincir.. Sakit! " adu Amyra.
" Kau try bangun tengok.. " Tengku Shazmer membantu Amyra bangun namun baru sahaja kaki Amyra mencecah lantai, dia mengaduh kesakitan lalu mengangkat kakinya dengan pantas dan menyebabkan dirinya tidak seimbang. Amyra yang hampir terjatuh semula disambut Tengku Shazmer. Kini Amyra berada di dalam pelukan Tengku Shazmer.
" Kaki kau terseliuh ni.. " ujar Tengku Shazmer lalu mendukung tubuh Amyra.
" Eh.. Apani! Apani! " Amyra kalut apabila menyedari tubuhnya telah pun berada diawang awangan.
" Dah kau tak boleh jalan aku dukung lah! Dah diam sebelum aku humban kau dalam tab mandi. " ujar Tengku Shazmer dengan tegas. Amyra dibawa ke katil. Kaki Amyra yang mula membiru dibelek.
" Kena urut Myra kalau tak nanti bengkak masuk angin lagi susah.. " ujar Tengku Shazmer. Amyra menjongket kening. Eh tahu pulak dia ni ye!
" Apa pandang-ii? Aku tahulah aku pun pernah ada opah! " terang Tengku Shazmer. Amyra hanya mengangguk sambil menjuih bibir.
To be continue...
![](https://img.wattpad.com/cover/166937600-288-k125620.jpg)
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...