ISTERI 18 TAHUN 06

31K 1.1K 18
                                    

" Myra tengok siapa? " soal Tengku Shazren lalu menoleh ke arah yang dipandang Amyra. Serta-merta air mukanya berubah. Katanya tadi busy. Ini boleh pulak keluar berseronok dengan perempuan.

" Itu ha.. Shazmer kan? " ujar Amyra lalu menyambung suapan makanannya yang terhenti sebentar tadi.

" Err.. Em Shazmer.. " Tengku Shazren akui. Yela takkan nak tipu kan! Benda Amyra dah nampak dah pun. Amyra hanya buat tidak tahu. Buat apa nak jeles? Aku bukan cintakan dia pun. Tapi tu la cuma curious je siapa perempuan tu. Siapa perempuan dalam gambar tu, apa yang dah jadi pada Tengku Shazmer sebelum ni dan kenapa hubungan diorang dengan papa diorang tak baik. Maria tu aku dapat agak dia ibu tiri je yela takkan ibu diorang muda macam tu ye tak? Lagipun tak pernah langsung diorang bahasakan Maria tu dengan panggilan emak.

" Myra.. Sabar lah ye. " kata Tengku Shazren. Matanya redup memandang Amyra.

" Tak ada apa pun lah. Myra tak kisah. Kitorang kahwin pun bukan sebab suka sama suka. " ujar Amyra selamba. Tengku Shazren hanya tersenyum tawar.

~•~

" Amer pergi mana tadi? " soal Tengku Shazwan sambil merenung tepat bola mata adiknya.

" Pergi lunch la mana lagi.. " Tengku Shazmer mengalih pandangannya ke arah jendela besar pejabat Tengku Shazwan yang menghadap KLCC.

" Lunch dengan siapa? " soal Tengku Shazwan. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada Tengku Shazren yang mengatakan dia ternampak Tengku Shazmer sedang berpeluk sakan dengan perempuan lain. Itu biasa. Yang tak biasanya ialah.. Amyra nampak!

" Kawan. " jawab Tengku Shazmer dengan ringkas.

" Kawan.. Memang rapat kan.. Sampai peluk-ii bagai.. Mesra sungguh. Kawan dari dalam perut ke? " sindir Tengku Shazwan. Tengku Shazmer tersentak. Dia terkulat-kulat. Tengku Shazwan tersenyum sinis.

" Err.. Dia.. Dia.. " Tengku Shazmer tidak tahu hendak berkata apa.

" Amyra nampak. " ujar Tengku Shazwan lalu melepaskan keluhan kecil.

" Oh! Dia mengadu ke? Abang.. Sepatutnya dia tu kena sedar! Dia tak ada hak nak halang Amer sebab Amer tak cintakan dia! " kata Tengku Shazmer yang sudah mula melenting.

" Dia tak mengadu! Abang Ren yang bagitahu. Dia bawak Amyra keluar makan untuk raikan kejayaan Amyra lepastu nampak Amer.. " suara Tengku Shazwan naik dua oktaf. Tengku Shazmer merengus geram.

" Ish biarlah dia! Lagipun Amer yakin dia tak kisah! " Tengku Shazmer terus mengangkat punggung lalu beredar ke bilik pejabatnya. Tengku Shazwan mengeluh kasar.

~•~

" Kau kena ubah penampilan kau Myra! " ujar Nurwafa.

" Ubah? For what? " Amyra pelik. Dah kenapa pulak nak buat revolution nih?

" Yela. Kita sekarang bukan budak sekolah dah. Dah nak meningkat dewasa dah! Untung-ii boleh kau pikat laki kau tu! " terang Nurwafa sambil mengusik.

" Ish tolonglah. Buang masa je bersiap untuk mamat api tu. " ujar Amyra selamba.

" Buang masa tengkorak kau! Kau dapat A+ kan subjek agama? Kau lupa ke berhias untuk suami tu dapat pahala! " bebel Nurwafa.

" Em.. " Amyra malas melayan.

" Dah jom! Kita shopping! Kau jangan cakap kau takde duit eh! Tak luak pun duit simpanan kau tu.. " Nurwafa terus menarik Amyra masuk ke dalam sebuah butik.

Nurwafa mula mengubah penampilan Amyra dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mereka pergi ke saloon untuk mengubah style rambut Amyra. Kemudian singgah pula dia kedai optic untuk membuat lens berkanta. Beberapa helai baju, seluar dan kasut baharu dibeli. Beberapa jenis alat solek turut dibeli bersama beberapa jenis barang perhiasan.

" Wa.. Aku malu la. Kang diorang kata aku buang tabiat. " kata Amyra memuncung. Nurwafa tidak mempedulikan kata-ii Amyra. Selesai membeli belah, mereka pun pulang ke rumah Nurwafa. Amyra mula disolek. Wajah Amyra yang bersih dan licin tidak memerlukan makeup yang tebal. Oleh itu Nurwafa hanya mengenakan solekan asas pada wajah Amyra. Amyra mengenakan blouse paras lutut bewarna merah. Nurwafa turut mengajar cara untuk memakai lens.

 Nurwafa turut mengajar cara untuk memakai lens

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( dress & rambut Amyra )

~•~

Sedang Amyra leka menonton tv, dia dikejut oleh suara garau seseorang.

" You must be Amyra right? " sapa lelaki itu.

" Err.. Ya saya.. Awak ni siapa? " soal Amyra pula. Terlompat Amyra daripada sofa. Dia lantas berdiri menghadap lelaki itu.

" Hm.. Not bad. Amer kata nerd. Celah mana nerd nya? " soalan Amyra tidak dijawab. Amyra ditilik dari atas hingga bawah. Amyra hanya diam. Siapa pulak mamat ni? Tak pernah nampak pun. Nampak macam gatal tapi dia.. Kacak!

" Oh.. I'm Tengku Shazmin. I abang kepada Amer. Just call me Abang Min. " Tengku Shazmin memperkenalkan dirinya.

" Oh.. " Amyra senyum. Abang dia.. See baik je kan. Dia seorang je macam hantu.

" Amer tak pernah cerita ke dia ada seorang lagi abang? " soal Tengku Shazmin.

" Err.. Tak. " Amyra menjawab ringkas.

" Mesti Amyra tak tahu jugak kan yang kitorang ada seorang adik perempuan. " teka Tengku Shazmin. Amyra tersenyum tawar lalu menggeleng. Rajin sangat la si Shazmer tu nak bercerita dengan aku.

" Takpelah abang penat baru sampai dari australia. Nak rehat dulu. " Tengku Shazmin melemparkan senyuman kasanovanya sebelum mengatur langkah menuju ke biliknya. Amyra hanya mengangguk perlahan.

to be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now