Sebulan sudah Addin dan Bella terpisah tanpa sebarang berita atau khabar. Addin seperti biasa menolong dan membantu ibu ayahnya. Bella pula sedang menyesuaikan diri di tempat baru.
"Addin.. tolong ibu hantarkan kuih ni ke surau. Nanti gelap pulak hari. Dah nak dekat senja ni." Arah puan fauziah.
"Banyaknya bu.. ada majlis apa kat surau hari ni?" Soal Addin.
"Lepas maghrib,Tok imam ada buat doa selamat sikit untuk orang-orang kampung kita yang akan menunaikan haji ke mekah bulan depan." Jelas puan fauziah.
"Ayah tak pergi ke surau hari ni?" Soal Addin lagi.
"Tak, ayah kamu kurang sihat. sebab tu ibu suruh kamu hantarkan kuih-kuih ni." Balas puan fauziah.
"Oo.. ok la.. Addin pergi dulu." Addin terus melangkah keluar rumah dan mengayuh basikalnya ke surau.
"Assalamualaikum cik murni." Addin menyapa salah seorang yang sedang menyediakan makanan di belakang surau.
"Waalaikumsalam.. eh addin.." balas cik murni.
"Ni, mak suruh bagi." Addin menghulurkan bekas yang berisi kuih kepada cik murni.
"Oh.. terima kasih." Balas cik murni sambil mengambil bekas tersebut.
Addin terus berlalu untuk pulang ke rumah tapi di pertengahan jalan.
"Assalamualaikum addin..." Tegur tok imam.
"Waalaikumsalam tok imam." Balas Addin sambil menyalami tok imam.
"Lama tok tak nampak kamu.. mentang-mentang la dah khatam al-quran. Terus tak jejak kaki ke sini ye." Kata tok imam.
"Hehe.. Addin penat la tok, siang-siang tolong ibu dan ayah. Addin solat dan mengaji di rumah jer." Balas Addin.
"Bagus.. rajin tolong ibu dan ayah, besar pahala tu addin. Ni, apa namanya.. ayah kamu mana?" Soal tok imam.
"Ayah demam, tu sebab dia tak dapat nak jemaah kat surau hari ni." Balas Addin.
"Oo.. yela. Semoga ayah kamu cepat sembuh ye." Kata Tok imam.
"Ok la tok. Addin balik dulu." Addin menyalami tangan tok imam lagi sekali.
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Tolong la bagi saya masa seminggu lagi." Rayu encik razif kepada Sam.
"Arh! Lepas seminggu, seminggu. Tapi hutang kau tak jalan-jalan!" Bentak Sam sambil mencengkam leher Encik Razif.
"Encik.. tolong la lepaskan suami saya.." rayu puan fauziah yang sedang dipegang oleh dua orang konco Sam.
"Lepaskan? Hei pompuan! Suami kau ni dah berhutang dengan aku RM470 000.000 tau! Dah berbulan-bulan tertunggak. Tiap kali aku datang sini, laki kau akan cakap bagi dia seminggu! Tapi sekarang dah berbulan-bulan... Kau pe citer de?! Bulan dengan minggu pun tak reti nak beza ke? Apa ke bodoh sangat ni? Kat sekolah dulu tak belajar ke?" Sam memarahi Puan Fauziah.
Sebenarnya dah banyak kali dah si sam ni datang tuntut hutang dia. Tapi tak pernah dapat. Sam ni along, dia memang kejam. Dah ramai orang mati tak bayar hutang dia. Bunga hutang pun entah macam mana dia kira. Padahal encik Razif pinjam RM5 000 jer dulu. Sekarang dah boleh jadi RM470 000. Cekik darah betul.
"Sekarang ni gua tak nak banyak citer. Gua dah malas nak ulang-alik masuk kampung ni." Sam mengeluarkan pisau dan menghalakan ke encik razif.
"Encik.. encik. Tolong encik. Jangan apa-apakan saya. Jangan risau, saya janji akan bayar semula hutang encik tu nanti." Rayu encik Razif.
![](https://img.wattpad.com/cover/168151336-288-k211442.jpg)
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...