"Amacam? Mantap ke tak awek tu?" Soal Tan kepada Jep.
"Cenggini boh!!" Balas jep sambil membuat gaya tangan bagus.
"Hoi jahanam!" Eddy menendang Tam. Terpelanting Tam ke dinding.
"Mana adik aku hah?!" Eddy mencengkam kuat leher Jep.
"Abang Eddy!!! Tolong!!!" Anna menjerit apabila mendengar tekingan Eddy.
"Anna!!" Adwha memanggil Anna.
"Adwha!! Saya dalam bilik ni!!" Anna menjerit lagi.
Adwha melangkah ke pintu bilik tersebut tetapi dihalang oleh Tam.
"Kau jangan harap kau boleh ambik dia tanpa RM300 000.00." Tam mengilas tangan Adwha dan menghentakkan perut adwha dengan lututnya.
"Woi sial!" Eddy terus mendapatkan Adwha yang dah jatuh tersebam ke lantai. Mulutnya keluar darah.
"Kau pikir kau hebat sangat ke?!" Kata Tam.
"Sial jahanam kau! Kau tak tau aku ni sape! Kau jangan nak cari pasal dengan aku!" Eddy menengking Tam.
"Haha!! Kau sape? Anak raja ke der?" Tam ketawa.
Eddy terus bangun dan menendang bahagian depan badan Tam. Jep cuba mempertahankan Tam, tapi dia turut dibelasah oleh Eddy. Sekarang, kedua-dua mereka terbaring di atas lantai.
"Korang memang dah cari pasal! Korang mungkin tak kenal aku! Tapi aku yakin, korang kenal bapak aku!" Kata Eddy lalu menyambung membelasah tam dan jep.
Sementara Eddy sibuk membelasah, Adwha cuba memecahkan pintu bilik.
"Anna.." kata Adwha selepas pintu bilik terbuka.
Dia mencari kelibat Anna. Bila dia memandang ke arah Anna, terbeliak matanya memandang Anna yang langsung tidak mempunyai seurat benang pun pada badan.
"Anna!!! Diaorang buat apa pada awak?!" Adwha panik melihat keadaan Anna, gadis yang telah mencuri hatinya.
"Adwha.. diaorang rogol saya.." balas Anna sambil teresak-esak.
"Aaaaa!!!" Tiba-tiba tahap kemarahan Adwha mencapai tahap maksimum, dia terus keluar dari bilik dan menyertai Eddy membelasah Tam dan Jep.
"Korang tak guna!!!! Manusia sial!! Kau ni patut mampus!!" Adwha menumbuk-numbuk dada Tam yang sudah longlai dibelasah Eddy.
"Kenapa?!!! Kenapa?!!! Kenapa korang rogol dia?!!!!!" Jep pulak yang menerima pukulan daripada Adwha.
"Apa kau cakap?! Rogol?!" Terkejut Eddy mendengarkan kata-kata Adwha.
"Korang tak guna.. tak guna!" Adwha menangis teresak-esak.
Eddy terus masuk ke bilik untuk melihat Anna.
"Ya allah! Anna! Diaorang rogol Anna ke?!" Soal Eddy apabila melihat Anna tanpa pakaian.
"Abang.. Anna dah kotor.." Anna menangis.
"Manusia sial!" Eddy keluar dari bilik dan mengambil pistol dari poket seluarnya.
"Adwha tepi! Kita kasi mampus jer manusia jahanam ni!" Eddy mengacukan pistolnya. Dengan pantas Adwha bergerak ke belakang Eddy.
"Abang, biar betul bang.. bunuh orang ni salah bang." Adwha cuba menenangkan Eddy.
"Arh!! Dah berpuluh-puluh orang dah aku bunuh!" Eddy mempedulikan kata-kata Adwha.
Eddy melangkah menghampiri Jep dan Tam.
"Hoi sakai! Korang tahu tak sape bapak aku hah?!" Soal Eddy.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...