🔫💗BAB 24💗🔫

639 38 6
                                    

Bella tersedar dari tidurnya. Sepanjang malam dia menangis dan menanggung keperitan di hatinya. Dia cuba menghubungi eddy namun seperti biasa panggilannya ditolak. Perpisahan yang pernah berlaku semasa zaman kanak-kanak nya dahulu, kini berulang kembali malah lebih pedih.

Bella menarik nafas panjang, dia bangun dari katilnya dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kepalanya terasa sangat sakit. Namun dia tetap kuatkan dirinya untuk menunaikan solat subuh.

Semasa di dalam bilik air, kaki Bella tersilap langkah hingga menyebabkan dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada sesuatu yang keras.

"Aaaa.." Suara jeritan Bella didengari oleh encik Remy dan puan afifah lalu segera melangkah ke bilik anak dara mereka.

Bella cuba untuk berdiri namun dia tidak mampu. Kakinya terlampau sakit dan dahinya terluka.

"Bella.." Encik Remy mengetuk pintu bilik bella. Dia cuba membuka namun pintu itu terkunci dari dalam.

Puan afifah mengambil kunci di dalam laci dan memberikannya kepada encik remy. Dengan pantas dan agak kelam kabut encik Remy membuka pintu itu.

Setelah pintu terbuka, mereka berdua segera masuk dan mencari bella.

"Ya Allah! Bella.. Kenape boleh jatuh macam ni." Encik Remy segera mencepung Bella dan meletakkan Bella dia atas katil.

Puan afifah pula mengambil sapu tangan kecil dan air paip untuk mencuci luka kecil di dahi Bella.

"Sakit ke?" Soal encik Remy semasa menekan buku lali anaknya.

"Pa! Sakit la!" Bella memarahi encik Remy.

"Kene pergi hospital ni." Sampuk puan afifah.

"Tapi kita kene pergi ke majlis dato' Ismail." Balas encik Remy.

"Dato' tu lebih penting daripada anak ye?" Puan afifah memerli encik Remy.

"Bukanlah begitu. Tapi saya dah lama tak bertemu dengan dato' Ismail." Dato' Ismail merupakan bekas pegawai polis. Dia telah memberi banyak tunjuk ajar dan pertolongan kepada encik Remy.

"Alah.. Sikit je ni. Tak payah pergi hospital takpe." Bella bersuara kerana malas hendak mendengar ibu bapanya bertekak.

"Ish tak boleh macam tu Bella." Encik Remy membangkang.

"Haa tak boleh pulak. Tadi nak sangat jumpa dato' Ismail." Sekali lagi puan afifah memerli suaminya.

"Haish awak ni.."

"Awak pergi la. Biar saya bawak Bella ke hospital." Kata puan afifah.

"No! Awak kene ikut saya."

"Dah tu takkan nak biarkan Bella drive sendiri?"

"Ish tak payah.. Bella ok." Bella menyampuk.

"Macam ni ok? Jangan nak mengada." Encik Remy memarahi Bella.

"Awak tolong Bella bersiap. Saya call nizam suruh dia bawak Bella pergi hospital." Encik Remy mengarahkan puan afifah dan terus keluar dari bilik Bella kerana dia tahu Bella akan membangkang keputusannya.

"Nizam?! No! Ma.. Bella taknak la pergi dengan jantan tu!" Puan afifah yang terpaksa mendengar teriakkan Bella.

"Dah.. Jangan cakap macam tu. Tak lama lagi dia akan suami kamu tau."

🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫

"Aduhhhhh! Sape pulak yang menyemak ni?! Sial la!" Eddy bengang kerana tidurnya diganggu oleh bunyi nada dering telefonnya.

Dengan malas dia mencapai telefonnya dan melihat nama pemanggil di skrin.

"Adu betina ni.. Kau nak ape hanat? Suka sangat kacau tidur aku!" Eddy memarahi si pemanggil.

Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.Where stories live. Discover now