Ketika sedang runsing memikirkan kes mafia yang melibatkan kekasih hatinya, runsingan bella diganggu oleh deringan telefon pintarnya. Dengan lemah dia mengambil telefonnya di dalam beg tangan dan melihat nama pemanggil. Dia terus menjawab panggilan tersebut apabila nama Addin tertera di skrin.
"Hello.. assalamualaikum." Bella memulakan perbualan.
"W'salam. Weiyh, kau free tak hari ni?" Soal Eddy.
"Kenapa?"
"Aku ada hal sikit ni. Bila kau free?"
"Petang ni." Balas Bella.
"Ok. Petang ni kol 3 jumpa aku kat taman hari tu. Boleh?" Soal eddy meminta kepastian.
"Boleh." Balas Bella.
"..tapi kenapa awak nak...."
Tut....
Eddy memutuskan talian. Tak sempat bella menyuarakan persoalannya.
"Kurang ajar betul dia ni. Nasib baik sayang." Omel Bella dengan hati yg agak bengang sambil menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan lalu menyambung kerjanya.
Jam tangan Bella menunjukkan pukul 3:07petang.
"Hmm lelaki, memang susah nak jumpa yang on time." Bebel Bella sambil duduk di sebuah bangku.
".. tapi serius, addin memang handsome. Muka flawless, kulit cerah, badan pun tough, rambut smart.. haish, memang handsome la, geram aku nak..." Tak habis bella membebel sambil fikiran membayangkan eddy.
"Geram nak apa?! Hah! Kau gila bayang kat aku eah.." Eddy duduk di sebelah bella.
"Perasan! Mana ada la!" Bella menafikan kebenaran.
"Eleh, ngaku jer la." Eddy melagakan bahunya dengan bahu bella. Hampir terjatuh bella daripada bangku dibuatnya. Nasib baik bella sempat pegang bahu eddy.
"Kalau saya jatuh tadi macam mana?" Bella memukul bahu eddy.
"Jatuh? Sakit la.." balas eddy selamba.
"Ish dia ni!" Bella membuat muka bengang.
"..haa awak nak jmpa saya ni kenapa? Rindu eah??" Giliran bella pula menolak bahu eddy.
"Dia yang rindu kita, cakap kita pulak yg rindu dia." Balas Eddy dengan muka menyampah.
"Dah tu? Kenapa nak jumpa?" Soal bella dengan nada sakit hati.
"Aku rasa, aku nak join kau untuk tangkap sam." Terkejut dan gembira bella mendengarkan kata-kata eddy itu.
"Serius?!" Muka bella terus berubah, pada mulanya masam kerana merajuk, sekarang dah happy macam happy duck.
"Ye sayang.. kenapa? Tak caya? Meh saya buktikan." Eddy merapatkan wajahnya kepada wajah bella.
"Ish addin.. tak manis la orang tengok." Bella risau dengan kelakuan eddy.
"Hahaha.. haa kau! Tau pun cuak!" Terbahak-bahak eddy melihat muka bella yg merah.
"Jahat la dia ni!" Bella mencubit bahu eddy.
"Aduh aduh.. sakit la." Eddy menepis lembut tangan bella dan mengusap bahunya yang perit.
"Jom.." bella bangun dari duduknya.
"Gi mana?" Soal Eddy yg masih belum berganjak dari bangku.
"Kita jumpa daddy, pastu kita bincang pasal sam kat balai." Balas bella.
"Aaa.. aku bukannya tak nak ikut. Tapi aku ada hal lepas ni. Lagipun kita kene careful sikit, risau sam tahu tentang ni. Nanti mati aku weiyh." Eddy menolak ajakan bella.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...