"Pa.." bella menegur encik Remy yg baru sedarkan diri.
"Saya pergi panggil doktor jap." Kata Nizam lalu keluar dari wad.
"Aduh." Bahu encik remy sakit apabila dia cuba untuk bangun dari baring.
"Eh, abang. Jangan bergerak lagi. Luka kat bahu abang tu, belum kering lagi." Puan afifah melarang tindakan suaminya.
"Mana samseng tu?" Soal Encik Remy kepada Bella.
"Masih terlepas pa. Dia tu darwish. Orang suruhan Sam." Balas Bella.
"Patut la papa rasa macam kenal." Kata Encik remy.
"Ish. Awak ni. Tak payah la fikir pasal samseng tak guna tu." Puan Afifah memarahi suaminya.
"..Tunggu badan tu sihat dulu." Tambah puan Afifah.
"Eh, bila masa awak ada kat sini? Bukan ke awak balik perlis?" Soal Encik Remy yang baru sedar tentang puan afifah di sebelahnya.
"Lepas bella bagitau awak kene tembak, saya terus bergegas ke KL. Mak pun saya bawak sekali. Risau saya dengar berita dari bella tu." Balas Puan Afifah.
Tersenyum encik remy mendengar kata-kata isteri mithalinya.
"Nanti, bella kene layan Nizam sama macam mama layan papa tau." Kata Encik Remy kepada Bella.
"Kalau dah jadi suami la." Balas Bella selamba.
Fikiran bella sekarang, hanya melayang kepada Eddy. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Dia tak sangka, kekasihnya yang ditunggu-tunggu selama ni merupakan konco kepada mafia yang diburunya. Ini bermakna, Eddy merupakan salah seorang musuhnya. Tapi bella tak sanggup untuk menangkap Eddy.
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Adwha.."
"Ye. Kenapa?"
"Saya mintak maaf tau, sebelum ni saya layan awak macam sampah." Kata Anna semasa dia dan adwha makan di kafeteria.
"Takpe la awak. Saya dah biasa dah di layan macam tu." Balas Adwha.
"Dah biasa? Siapa lagi yg layan awak macam tu?" Soal Anna pelik.
"Orang-orang kampung, diaorang semua pandang hina pada keluarga saya." Balas Adwha. Dia terus hilang selera makan dan meletakkan sudu serta garfu ke dalam pinggan.
"Kenapa? Kenapa diaorang hina family awak?"
"Keluarga saya miskin, pastu banyak masalah." Balas Adwha dengan nada hampa.
"Masalah macam mana?" Anna seperti berminat untuk mendengar kisah hidup adwha.
"Hmm... Kalau saya citer, awak mesti dah tak suka pada saya." Kata Adwha.
"Ish, mana ada la. Citer je. Awak jangan risau. Saya akan terima awak seadanya." Balas Anna.
"Ok. Ibu, ibu yang sara saya dan adik beradik. Ayah saya dihalau dari kampung sebab dia ditangkap memecah masuk rumah orang." Adwha memulakan cerita. Berat nadanya tapi disebabkan anna betul-betul ingin tahu, terpaksa la dia ceritakan juga.
".. adik beradik saya ada 3 orang. Saya bongsu. Abang sulung saya dah kawin, dia dah ada tiga orang anak. Tapi, anak bini dia tu, ibu yang tanggung makan minum."
"Hah? Kenapa pulak?" Anna memotong cerita Adwha.
"Sekarang ni abang saya ada kat dalam pusat pemulihan. Dia penagih dadah. Dah banyak kali dah dia masuk ke sana. Tapi bila keluar, dia buat balik. Pastu kena tangkap, masuk balik. Saya benci dia! Tak habis-habis menyusahkan ibu."
![](https://img.wattpad.com/cover/168151336-288-k211442.jpg)
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...