Sudah 2 minggu Sam menjadi penghuni penjara. Eddy pula berkerja dengan syarikat Zack sebagai despatch boy. Kini, kehidupan eddy berubah. Dia tidak perlu lagi mengotorkan tangannya dengan darah-darah manusia yang pelbagai ragam. Dia tidak perlu lagi berasa takut. Kehidupan dia bertambah baik dan lengkap dengan adanya Bella. Semakin hari, perasaan sayang eddy pada Bella semakin membuak-buak.
Jam G-Shock milik eddy menunjukkan tepat pukul 6.00 p.m. Eddy dan Bella telah berjanji untuk berjumpa di sebuah kafe. Selepas selesai semua kerjanya untuk hari ini, eddy terus balik ke rumah dan bersiap-siap untuk bertemu Bella.
"Wow! Unexpected! Encik addin datang awal daripada waktu yang dijanji buat kali pertamanya.." Kata Bella semasa melabuhkan punggung di sebuah kerusi.
"Ini lah pompuan, lelaki awal duk mengata, kalau lambat kene marah. Haih la.." Eddy membebel sambil mata memandang ke dalam jus apelnya.
"Hei! Lelaki pun sama je eah!" Bella tidak mahu mengalah.
"No! Lelaki sempoi je.." Eddy membantah.
"Ish dah la malas nak gaduh. Saya lapar ni. Kang bertekak, tertelan pulak awak."
"Wow.. Besarnya mulut awak nk sumbat saya.. Ehek!" Eddy berkata dengan nada 'annoying'.
"Bising la pakcik!" Bella memarahi eddy.
"Eh eh.. Pakcik kau panggil aku?" Eddy memandang Bella dengan pandangan menyampah namun pandangan tersebut mampu menyebabkan hati-hati gadis hanyut.
"Ye pakcik! Pakcik tua kerepot!" Bella menambah.
"Kurang asam kau nenek!"
"Nenek?! How dare u!"
"Dare la. Nek ingat pakcik takut ke pada nenek?" Eddy sengaja menambah darjah kepanasan hati Bella.
"Ish dah la, saya lapar ni. Melayan awak, sampai kesudah saya tak kenyang." Bella bangun dari duduknya untuk memesan makanan di kaunter.
"Nampak gayanya tak lama lagi, bertambah montel dan bam bam la nenek Bella." Eddy berkata dengan nada yang agak perlahan tetapi Bella masih mampu mendengar.
"Ape awak cakap? Montel? Bam bam? Ooo.. Suka hati je.." Bella berdiri di sebelah eddy.
"Bila masa? Mana ade pakcik cakap camtu." Eddy menafikan perkara yang benar.
"Pakcik ku sayang, nenek ni tak pekak lagi tau.. And one more, tangan ni still mampu lagi nak cubit awak..." Bella mencubit-cubit bahu eddy sekuat hatinya.
"Adu adu adu.. Sakit sakit.. Bella sakit Bella."
Orang di sekeliling memandang telatah 'sweet' mereka. Ada yang memandang tanpa perasaan, ada yang memandang sambil ketawa. Namun, pandangan daripada seorang jejaka hitam manis, merupakan pandangan yang tajam dan penuh perasaan benci Serta cemburu.
"Takpe Bella, sekarang kau enjoy la puas-puas dengan mamat tu. Lepas kawin nanti, jangan harap kau dapat tengok muka dia walaupun dari jauh." Nizam memerhati dari jauh.
Selepas selesai makan, eddy dan Bella pulang ke rumah masing-masing. Bella berasa sangat selesa apabila berada dekat dengan eddy. Tapi, fikiran akan bercelaru apabila mengenangkan perkahwinannya dengan nizam. Dia terpaksa merahsiakan perkara ini daripada eddy. Dia tidak mahu mengecewakan eddy.
Apabila tiba dia hadapan rumah, Bella nampak kereta milik bapa nizam. Hatinya berat untuk melangkah masuk ke dalam. Namun apa mampu dia buat, terpaksa hadap juga.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomansaAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...