"Anna.." Adwha memanggil Anna semasa melangkah ke kelas.
"Ish, kau nak apa? Boleh tak jangan kacau and sebok pasal aku?" Anna memarahi Adwha sambil kaki laju melangkah.
"Anna, saya cuma nak berkawan dengan awak jer. Tak boleh ke?" Anna terus berhenti melangkah dan berpusing menghadap Adwha.
"Kau? Jadi kawan aku?" Anna menyoal sambil memandang Adwha dari atas ke bawah.
"Ye. Saya nak jadi kawan awak." Balas Adwha.
"Jangan mimpi la. Kau ni budak kampung je, tak sesuai berkawan dengan aku yang memang asal dari bandar. Faham?" Terus berubah muka Adwha mendengarkan kata hinaan daripada Anna.
"Tak sangka pulak awak macam ni. Nampak macam baik,ayu,lembut tapi.... Kaca rupanya." Balas Adwha dengan nada sakit hati.
"So lepas ni, kau jangan nak kacau aku ye! Budak kampung!" Anna terus melangkah meninggalkan Adwha.
Adwha berasal dari sebuah kampung di perak. Keluarganya miskin. Anna pulak memang dilahirkan di kuala lumpur.
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Bella,papa tak suka kamu berkelakuan kasar pada Nizam." Kata Encik Remy kepada Bella semasa dalam perjalanan menuju ke balai.
"Dia mengadu kat papa ye? Dasar manja!" Balas Bella dengan nada menyampah.
"Bella jangan la macam ni. Nizam tu baik. Dia sangat sesuai untuk kamu. Papa yakin dia boleh lindungi dan jaga kamu." Kata Encik Remy bersungguh-sungguh.
Bella hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak berminat untuk mendengar.
"Bella, papa ni dah dimakan usia. Tak tahu berapa lama lagi papa boleh jaga kamu. Kalau kamu dah bersuami, papa boleh pergi dengan tenang." Kata Encik Remy lagi.
"Ish! Papa merepek apa? Papa muda lagi la." Bella memarahi kata-kata Encik Remy.
"Bella, mati tak kenal usia. Orang muda pun boleh mati, inikan pulak papa." Balas Encik Remy.
"Kawin la dengan Nizam ye. Papa teringin sangat nak dapat menantu, kamu tu sorang je la anak yang papa ada, kamu jer yang akan bagi papa menantu. Fikirkannya ye Bella." Encik Remy berkata dengan nada merayu.
Bella hanya mendiamkan diri, tapi difikirannya bermacam-macam yang timbul.
Setibanya mereka di balai, Encik Remy terus masuk ke biliknya. Bella pula seperti biasa, ditahan oleh Nizam.
"Hei awak! Asal muka mencuka jer di pagi yang indah ni? Cer manis-manis sikit." Ujar Nizam.
"Ish sebok la kau!" Balas Bella dengan kasar lalu terus melangkah ke biliknya.
Nizam seperti biasa mengekori Bella dari belakang seakan-akan dia tidak mempunyai kerja.
"Ala.. jangan la moody pagi-pagi. Saya tak suka la.." Kata Nizam semasa melabuhkan punggung di sebuah kerusi.
"Sejak bila kau bersaya awak ni?" Bella terus membuka komputernya.
"Sejak saya dapat tahu yang awak akan jadi isteri saya." Balas Nizam sambil mendekatkan mukanya ke Bella.
"What?! Kau merepek apa?" Bella terkejut.
"Lah.. uncle tak bagitau ke?" Soal Nizam lalu kembali menjarakkan mukanya.
"Bagitau apa ni?" Bella mendesak ingin tahu.
"Minggu depan, parents saya akan masuk meminang awak untuk saya. Takkan uncle tak bagitau kot." Jelas Nizam.
"Masuk meminang?!" Terbangun Bella dari kerusi.
"Ya.. meminang awak untuk dijadikan isteri saya." balas Nizam sambil meletakkan kakinya di atas meja.
![](https://img.wattpad.com/cover/168151336-288-k211442.jpg)
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...