🔫💗BAB 23💗🔫

599 42 19
                                    

Badan eddy terasa sangat lemah. Seumur hidupnya dia tidak pernah merasa kesakitan yg sebegini. Kesakitan yg dimaksudkan bukanlah pada fizikalnya namun soal hati dan perasaannya.

Selepas bertemu dengan Bella di taman tadi, eddy terus pulang ke rumah dan terbaring di atas katil. Matanya terpenjam rapat seolah-olah sedang tidur, tapi tidak. Matanya hanya terpejam dan fikirannya melayang pada pelbagai kenangan dalam kotak memorinya.

("Addin.. awak jangan lupakan saya tau."

"Aku takkan la lupa pada kau, kau tu jer yang akan lupa pada aku."

"Tak tak.. saya takkan lupakan awak. Awak jangan risau tau." Kata Bella sambil memegang pipi addin.)

"Aku sayang kau Bella." Ucap eddy dengan penuh kecewa.

("Dah arh, gi la balik balai. Kang kene lucut jawatan aku tak tahu eah." Eddy menyakat bella.

"Yela. Nak gi la ni. Tapi tak sampai hati la pulak nk tinggalkan kekasih ku di sini." Bella mengambil beg tangannya.

"Kekasih? Bila nak jadi suami? Eh eh.. haha dah dah, bla bla. Nnti kita jumpa lagi." Eddy menghalau bella.

"Suami? One day of course! Bye. Gerak lu. Pape roger." Bella terus beredar. Sempat juga dia memberi flying kiss kepada eddy.)

"Fakehope!"matanya masih terpejam dan masih menggali kotak memorinya.

("Awak solat subuh x tadi?" Soal bella.

"Tak."balas eddy dengan penuh kejujuran.

"Ya allah! Awak ni! Tak kesah la sejahat mana pun kita ni,solat tu kene jaga. Kalau solat, insyaallah tuhan akan jauhkan diri kita dari segala perkara-perkara larangannya. " Bella memarahi eddy.

"Ala.. nak buat camne? Aku tak ingat doa qunut la." Lagi sekali eddy jujur.

"Teruk benar awak ni yerk!" Bella memberi pandangan tajam kepada eddy.)

Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.Where stories live. Discover now