Angin malam menyetuh lembut pipi eddy yang sedang termenung keluar tingkap biliknya. Badan dia berasa agak sakit dan luka di mukanya berdenyut. Namun, semua kesakitan itu tidak mampu menandingi luka di hatinya. Dia sangat kecewa. Hatinya ibarat telah hancur dan dicincang.
"..aku tunang Bella! Less than 2 month aku dan dia akan diikat sebagai suami isteri!" Nizam berkata dengan penuh bangga.
"What?! Tunang?" Eddy terkejut beruk mendengar kata-kata nizam.
"Yes! Tunang! So, kau still nak cakap aku takde hak?"
"Kau jangan nak tipu la! Bella sayang aku! Haha please la jangan syok sendiri." Eddy tidak percaya dengan kata kata nizam.
"Ok takpe." Nizam mengeluarkan telefon bimbitnya.
"..ha kau tengok ni. Syok sendiri ye? Haha kau tu yang syok sendiri!" Nizam menunjukkan skrin telefon bimbitnya kepada eddy.
Eddy tergamam melihat gambar pertunangan Bella dan nizam. Dia tidak mampu mengungkapkan sebarang kata.
"Sedar lah eddy. Bella layan kau baik baik hanya atas arahan tuan remy. Dia gunakan kau untuk memudahkan kerja kami. Hahaha.. Loser!"
"..ingat eddy, kau tu anak mafia, Bella anak polis. Jangan berangan la nak kawan dengan dia apatah lagi kahwin. Kau tu sampah!"
Fikiran eddy melayang mengimbas kejadian pada petang tadi. Nasi yang dibelinya sebelum pulang ke rumah belum disentuh lagi kerana dia tidak mempunyai selera. Hatinya masih tidak mampu menerima apa yang dikatakan boleh nizam.
"Ting"
Bunyi notifikasi telefonnya menandakan mesej masuk.
Dengan lemah eddy melangkah mengambil telefonnya.
Bella-
Hai addin, buat ape tu?Eddy teragak-agak mahu membalas atau tidak. Setelah lebih 30 saat dia mengambil keputusan untuk membalas.
Eddy-
"Tak buat ape ape pun."Belum sempat Bella membalas eddy menghantar mesej lain.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
Любовные романыAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...