Seminggu berlalu, eddy sudah mampu menerima kenyataan bahawa Bella bukan miliknya. Bella pula sedang memaksa hatinya untuk menerima nizam sebagai suami. Bagi Bella, mahu atau tidak, nizam tetap akan bergelar suami kepadanya. Jadi, dia harus menerima ini semua merupakan takdir dan ketentuan Ilahi.
Eddy meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia sedar dirinya tidak layak untuk Bella. Dia hanyalah manusia yang penuh dengan dosa dan langsung tidak dipandang masyarakat. Sedangkan Bella seorang gadis yang baik dan dihormati oleh orang ramai.
"Aduh kau ni.. Pepagi camni la kau nk buat hal kan. Aku hempuk dengan helmet ni kang sakit." Eddy mengomel memarahi motorsikalnya.
"..aduh kau ni serabut la! Kot ye pun nak meragam tunggu la bengkel bukak. Sekarang pukul 7:46 pagi, bengkel mane yang bukak?" Eddy menghempukkan topi keledarnya ke tempat duduk motorsikal.
Motorsikal eddy tiba-tiba meragam semasa dalam perjalanan ke pejabat. Eddy cuba menghidupkan motorsikalnya namun setiap cubaannya sia-sia.
"Hoi! Ape aku nak buat sekarang haa? Kau cuba cakap kat aku. Ish! Bengong punya motor!" Eddy naik angin dan mula memaki motorsikal yang tidak bernyawa itu.
"..aku dah lambat ni woi! Kau nk ajak aku bergurau pulak. Hei tolonglah.." Eddy cuba menghidupkannya sekali lagi.
"..arhhh kau ni kan!kang aku order grab kang menangis kau duk sini sorang-sorang!" Eddy geram. Dia melabuhkan punggung di laluan perjalanan kaki dan cuba memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya itu.
"Ya Allah.. Ape aku nak buat ni??" Eddy buntu dan gagal memikirkan sebarang cara.
"Sayang.. Jangan la jangan macam ni. Please la be nice. Awak sayang saya kan? Jangan la buat perangai mengada macam ni. Please sayang.. Please.." Eddy merayu lembut seolah-olah motorsikal itu memahami kata-katanya.
Dia cuba menghidupkan motorsikal itu sekali lagi. Namun..
"Arhhhhhh stress! Kau ni kan! Aku jual pada kilang besi buruk kang menangis air mata darah kang! Eee bahlol punya motor!" Eddy menepuk motorsikalnya sebagai tanda melepaskan geram.
Eddy berputus asa, dia kembali duduk dan merenung tajam ke arah motorsikalnya.
"Hai, kenape ni dik? Motor rosak ke?" Sapa seorang lelaki.
"Entah la dia.. Tetibe je meroyan cam orang mati anak." Balas eddy Tampa memandang muka lelaki itu.
"Eh.. Eddy!"
Mendengar namanya meniti di bibir lelaki itu, eddy terus mengalihkan pandangan ke arah empunya suara.
"Lahhh! Kau ke! Weiyh! Lama dowh aku tak jumpa kau!" Melihat saja wajah lelaki itu, secara automatiknya badan eddy berdiri dan menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.
"Kau sihat ke?" Soal lelaki itu sambil berjabat tgn dengan eddy.
"Sihat je. Kau?"
"Aku sihat.. Eh, motor kau ni kenape?"
"Entah la weiyh, tetibe je.. Lambat dh aku nk masuk kerja."- eddy.
"Kau kerja ape?"
"Aku despatch kat company uncle Zack."
"Wow.. Kau dh tak buat kerja-kerja gempak tu?"
"Hurmm tu lah kau! Sape suh merajuk lama-lama. Kan dah ketinggalan zaman."
"Haish kau ni. Aku gerak dulu la." Lelaki itu ingin beredar.
"Hey.. Lek la.. Adu kau ni aku gurau je." Eddy menghalang lelaki itu.
"Papa pe citer?"
"Papa dalam jail."
"What?! Kau biar betul?"
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...