🔫💗BAB 3💗🔫

1.1K 62 1
                                    

"Tuan, saya dah siapkan semua sarapan." Kata Mak Esah kepada Sam yang sedang bersiap di dalam bilik.

"Hah, nanti aku turun." Balas Sam dari dalam bilik.

Mak esah merupakan orang gaji di rumah Sam. Dia datang kerja pada jam 6:00 pagi- 7:00 ptg. Rumah dia di sekitar kawasan rumah sam juga.

Selepas beberapa minit Mak Esah beredar. Seorang budak lelaki sebaya Eddy masuk ke bilik Sam.

"Papa.." budak tu menyapa Sam.

"Ye kenapa?" Sam membalas sapaan budak lelaki itu sambil mengayakan rambutnya.

Sebenarnya Sam ni boleh tahan handsome. Dia ni nampak macam 30-an. Kulit dia cerah tu tak la,tapi gelap jauh sekali. Badan dia tough.

"Papa nak pergi mana hari ni?" Budak lelaki itu menyoal Sam.

"Papa nak bawak kamu dan adik baru kamu jalan-jalan." Balas Sam.

"Hah? Soal jalan-jalan tu, Darwish faham.. tapi adik baru tu, boleh tak papa jelaskan.." balas Darwish.

Sam yang selesai mengayakan rambut terus menyembur perfume dan melangkah ke arah Darwish.

"Nama dia Eddy, dia akan duduk dalam rumah ni. Dia akan jadi keluarga kita dan kawan pada Darwish." Kata Sam kepada Darwish

"Papa jumpa dia kat mana?" Soal Darwish.

"Banyak la pulak anak papa ni. Jom kita pergi jumpa dia." Sam terus menarik tangan Darwish lalu keluar dari bilik.

Mereka menuju ke bilik Eddy. Sam membuka pintu dan terus masuk. Darwish mengekorinya dari belakang.

"Eddy!! Morning.." sam menyapa Eddy yang sedang terbaring memandang siling di atas katil.

Eddy terus bangun dari baring. Dia hairan memandang Darwish yang mengekori belakang Sam.

"Eddy.. ni Darwish,Anak papa." Sam memperkenalkan Darwish.

"Hai.." Darwish menghulurkan tangan kepada Eddy. Laju Eddy menyambut tangannya.

"Darwish, ni Eddy, adik baru kamu." Sam memberitahu Darwish.

Darwish hanya mengangguk tanda faham.

"Sekarang.. dua-dua anak papa ni, pergi mandi.. sape lambat dia kene tinggal." Kata sam sambil memegang sebelah bahu Darwish dan Eddy.

Mendengarkan kata-kata sam, Darwish terus keluar dari bilik Eddy.

"Darwish,nanti kalau dah siap turun breakfast!!" Teriak sam memberi arahan kepada Darwish.

"Tapi.. addin nak pakai baju apa?" Soal Eddy.

"Sekarang ni, kamu bukan addin, tapi eddy.. faham?" Balas sam tanpa menjawab soalan Eddy.

Eddy mengangguk faham.

"Eddy nak pakai baju apa?" Soalnya lagi.

"Kamu pinjam baju Darwish. Kejap lagi kita beli baju kamu." Balas Sam sambil mencuit hidung Eddy.

"Ok.." Eddy mengangguk.

"Nanti papa pergi ambilkan baju. Kamu mandi dulu ye. Nanti papa letak baju atas katil ni. Siap mandi, sikat rambut tu handsome-handsome lepas tu turun bawah breakfast." Sam memberi arahan kepada Eddy pula.

Selesai mandi dan bersiap,Eddy terus keluar dari bilik. Rupa-rupanya Darwish dah tunggu dia depan pintu.

"Lamanya kau siap, macam perempuan." Kata Darwish kepada Eddy.

"Kenapa kau tunggu aku?" Soal Eddy.

"Saja jer, kau kan adik baru aku." Balas Darwish.

"Oh.." balas Eddy sambil tersenyum.

Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.Where stories live. Discover now