"aduh.. nak pergi ke tak eak."
"..kalau tak pergi kang bella cakap aku tak sayang dia."
"..tapi kalau pergi pastu kantoi dengan papa.. aku yang masak." Eddy ragu-ragu.
"Arh! Pergi je la. Kesah apa aku.." Eddy terus capai kunci kereta dan telefonnya.
"Addin, saya yakin, awak mesti datang." Bella berkata dalam hati semasa menunggu Eddy.
Dah sejam lebih Bella duduk tertunggu. Dia ada niat nak balik, tapi hati dia kuat menyatakan bahawa Eddy akan datang.
"Addin eddy. Addin eddy. Mana awak ni?" Dah hampir gila bella menunggu Eddy.
Entah berapa kali ditengoknya jam tangan dia. Sekali sekala dia membelek-belek telefon bimbitnya yang berjenama samsung.
"Adui.. mana dia ni?? Eddy addin. Addin eddy. Addin addin.. eddy eddy."
"Hoi! Kau dah kenapa seru nama aku banyak kali hah? Tak senang duduk aku dibuatnya tau!" Eddy menarik kerusi dan duduk di hadapan Bella.
"Hah! Sampai pun! Lama saya tunggu tau!" Bella merengek.
"Sape suh kau tunggu aku?" Eddy langsung tak rasa bersalah.
"Ish, awak ni! Tak berubahkan perangai menyakitkan hati tu." Kata bella.
"Bising arh!"
"Tumbuk kang!" Bella dah makin sakit hati.
"Tumbuk la. Mentang-mentang la polis. Dulu punya la cakap kat aku nak jadi akauntan. Sekali jumpa, perhh.. garang siak! 'letakkan senjata kau sekarang!'.. Hahaha.." Eddy mengajukkan gaya Bella semasa di hospital lepas.
"Awak tu lagi teruk! Sanggupkan nak bunuh papa.." terus terhenti gelak eddy.
"Aku.. mintak maaf arr pasal tu. Aku terpaksa."
"So now, cepat cerita pada saya macam mana awak boleh kenal dengan Sam dan apa yang jadi lepas saya pindah hari tu." Arah bella.
"Baa!! Terus suh aku citer? Belanja la segelas air.. aku haus giler ni siot!"
"Pergi la order." Arah bella.
Eddy terus bangun dari kerusi dan melangkah ke kaunter. Bella tersenyum melihat gerak geri eddy.
"Addin addin.. boleh tahan handsome jugakkan. Handsome daripada Nizam. Badan pun tough. Gaya outfit, hipster. Tapi.. ada ke jodoh kita berdua? Sayang lagi ke awak pada saya?" Pelbagai persoalan dan kata tanya timbul. Bella terus memalingkan mukanya apabila eddy melangkah menuju ke meja.
"Hah, dah order?" Soal Bella semasa eddy duduk di kerusi.
"Settle.." balas Eddy.
"So citer cepat!" Bella mendesak.
"Lepas kau pergi hari tu, aku tak tentu arah. Aku mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.. pastu aku... aku... aku mandi la betul-betul, masuk tidur awal, makan banyak-banyak... maka tamatlah cerita." Eddy mengusik bella.
"Ish!! Addin! Betul-betul la!" Bella tengah fokus dengar citer eddy, last-last eddy main-main. Perhh.. sakit hati.
"Sabar la sial! Tunggu air aku sampai dulu boleh tak?" Eddy terlepas perkataan sial. Dia tak nak cakap pada bella, tapi dia dah terbiasa. So, tabah jer la.
"Amboi! Kurang ajar mulut awak ye! Saya cili kang baru tahu.." bella memarahi cara percakapan eddy.
"Cili la.. cili. Macam la berani sangat!" Eddy langsung tak terkesan.
"Eeee... Geram betul la saya dengan awak ni!"
"Sini, cium. Geramkan."
"Addin!! Awak ni.."
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomansaAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...