"Encik Remy selamat. Tapi dia masih belum sedarkan diri." Kata doktor kepada Bella dan Nizam.
"Baiklah.. terima kasih doktor." Balas nizam. Bella hanya mendiamkan diri dan tersenyum.
"Awak call la aunty bagitau uncle dah ok." Kata Nizam.
"Oh ya.. kejap." Bella mencari telefon di dalam beg tangannya. Dia mendial nombor puan Afifah.
Tut tut..
"Hello ma.."
"Hello, bella macam mana keadaan papa?" Soal Puan Afifah kerisauan.
"Papa selamat tapi dia belum sedar. Mama jangan risau ye." Balas Bella.
"Alhamdulilah.. Mama on the way ni. Tok nek pun ikut sekali." Kata Puan Afifah. Sebenarnya puan afifah pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang merupakan nenek kepada bella, Puan Som. Kampungnya terletak di Perlis.
"Ok ma.. take care." bella terus memutuskan talian.
"Awak.. saya rasa mamat tu orang suruhan Sam la. Rumah awak ada cctv kan?" Soal Nizam.
"Ada." Balas bella ringkas.
"Maybe sam dah dapat tahu tentang penyiasatan kita ni." Nizam membuat andaian.
Bella memandang wajah nizam.
"Kita kene selesaikan kes ni secepat mungkin. Nampak gayanya, Sam ni bukan calang-calang orang." Kata Bella.
"Betul tu." Nizam bersetuju.
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Kenapa kau cuai sangat?!" Sam melepaskan satu tumbukan ke pipi kanan darwish.
"Pa.. darwish mintak maaf. Darwish sangka boleh kene tepat." Balas darwish yang dah tersembam di lantai ruang tamu banglo sam.
"Sekarang ni, inspektor jahanam tu dah cam muka kau! Sape suruh kau serang dia depan-depan? Dekat kawasan rumah dia pulak tu! Kau ni pandai pikir ke tak?!" Satu tendangan pula yang hinggap di perut darwish.
"Aaa!! Sakit pa.." darwish mengerang akibat senak.
Sambil panas hati dengan kerja Darwish. Elok-elok boleh serang belakang, dia nak jugak serang depan. Kat kawasan rumah sam pulak tu. Macam-macam boleh jadi. Eh, memang dah jadi pon.
"Kau ni memang lembik!" Sam terus membelasah Darwish tanpa belas kasihan.
"Pa.. sakit pa.."
"Kau memang tak boleh harap!" Sam mencedok buku limanya ke dagu darwish.
"Arhh!!" Darah membasahi muka darwish.
Sam mengacukan pistol ke arah Darwish.
"Pa.. jangan buat darwish cam ni pa.. darwish mintak maaf pa." Berderau darah darwish melihat muncung pistol tersebut.
"Ah!! Sudah!! Kau ni memang tak boleh pakai!" Sam ingin menekan picu.
"Pa!!" Eddy dengan pantas menghalakan pistol di tangan sam ke atas. Tembakan di lepaskan ke atas.
Darwish dah terpejam matanya menunggu peluru hinggap di badan.
"Eddy! Kamu jangan masuk campur. Ini urusan papa dengan dengan manusia sial ni!" Bentak Sam kepada Eddy.
"Pa! Please la! Jangan buat macam ni.. darwish ni anak papa, dari kecik papa jaga dia. Takkan la just disebabkan dia gagal bunuh inspektor tu, papa sanggup nak bunuh dia.." Eddy cuba untuk menenangkan Sam.
"Eddy, kamu ni memang baikkan. Walaupun dia ni, tak pernah berbaik dengan kamu, selalu dengki pada kamu. Tapi kamu tetap nak pertahankan dia." Sam berkata sambil menunding jari ke arah Darwish.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
Roman d'amourAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...