"Jadi?" Soal Mak esah kepada anna.
Mak Esah mengajak anna dan adwha berbincangkan tentang hubungan mereka.
"Aa.. kalau betul adwha sudi terima anna, boleh jaga anna. Ok, anna setuju." Balas anna dengan senyuman manis.
"Serius la?!" Adwha seakan akan tidak percaya dengan perkara yg didengarinya.
"Ye.." anna memandang adwha.
"Terima kasih banyak banyak." Adwha terharu.
"No.. saya yang patut ckp terima kasih. Terima kasih sbb awk sudi terima saya walau pun saya ni..."
"Ehh.. jgn fikir la perkara yg lepas. Sekarang ni kita pandang ke depan. Siap sedia untuk tempuh ujian yg bakal kita terima." Tersenyum mak esah mendengar kata-kata adwha.
"Terima kasih adwha. Terima kasih sudi terima anna sebagai isteri kamu." Giliran mak esah bersuara.
"Mak cik.. terima kasih jugak sebab bagi saya peluang untuk jaga anak mak cik." Kata adwha. Mak esah hanya membalas dengan senyuman.
"Tapi..." Ungkapan 'tapi' dari anna sedikit sebnyak mengundang kerisauan di hati Adwha.
"Tapi apa lagi na?" Soal mak esah yg juga risau.
"Tapi anna nak fokus belajar dulu."
"Oo.. ala awak ni. Buat saya risau jer." Adwha lega.
"Yela.. kamu berdua habiskan belajar dulu. Berapa bulan jer lagi nak habis kan?" -mak esah.
"Lebih kurang 6 bulan jer lagi mak cik. Lepas tu insya-allah kami bakal bergelar peguam." Kata adwha.
"Amin.."
Anna hanya tersenyum.
💔💔💔💔💔💔💔💔
"Apa ni tuan?" Soal nizam yg panas hati apa bila mengetahui bahawa encik remy bersetuju untuk menerima bantuan daripada eddy.
"Nizam.. betul juga apa yg bella cakap. Takkan la addin sanggup back up orang yg dah bunuh ibu dan bapanya sendiri." Jelas encik nizam.
"Tapi uncle, hati manusia kita tak tau kan." nizam masih cuba untuk mempertikaikan keputusan encik remy.
"Takde orang yang kita boleh tahu isi hatinya. Hati kamu tu pun saya tak tau." Encik remy mempertahankan keputusannya.
"Tapi tuan.."
"Stop nizam!" Encik remy mula rimas dengan sikap nizam.
"Ok fine!" Nizam meninggikan suaranya dan melangkah pergi.
"Haish, nizam nizam.. macam mana bella nak terima kamu kalau perangai macam ni?" Encik nizam mengomel sendirian.
Eddy dalam perjalanan menuju ke balai. Hati dia agak risau , mana la tau kalau ini perangkap untuknya. Namun, dia tetap pergi kerana kepercayaan dia pada bella.
"Mana mamat ni?" Nizam mendengus semasa menanti eddy di bilik mesyuarat.
"Sabar boleh tak?" Bella memandang tajam kepada nizam.
Eddy yang sedar bahawa dia telah lewat 10 minit, terus mematikan enjin kereta dan berlari masuk ke balai.
"Ya encik, boleh saya bantu?" Soal pegawai yang bertugas di kaunter.
"Saya nk jumpa dengan cik bella." Balas Eddy.
"Ouh.. addin?" Soal pegawai itu.
"Yup."
"Mereka dah tunggu dalam bilik mesyuarat. Encik naik ke tingkat satu, ada sebuah bilik yg tertulis bilik mesyuarat."Kata pegawai itu.
"Oo.. ok. Thanks miss." Eddy mengeyitkan mata kepada pegawai itu. Tersipu-sipu pegawai itu terkena pandangan manis dari eddy.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomansAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...