🔫💗BAB 20💗🔫

682 39 1
                                    

"Awak? Ok tak ni?" Soal Bella kepada eddy yang kelihatan agak terganggu fikirannya.

"Ok." Balas eddy lalu tersenyum.

"Awak jangan risau. Kalau ada masa, awak boleh datang melawat Sam."

Hukuman penjara seumur hidup telah dijatuhkan ke atas Sam. Dia dipenjarakan disebuah kompleks penjara yang tidak terlalu jauh dari balai polis Bella bertugas.

"Aku ok. Cuma, aku tak sangka perkara macam ni akan berlaku." Eddy berkata dengan nada sedih. Namun bibir dipaksa untuk tersenyum untuk menghilangkan kerisauan di hati kekasihnya.

"Awak.. Thanks for everything." Bella melemparkan senyuman manisnya yang mampu mencairkan hati semua jejaka.

"Thanks?" Eddy tidak faham apa yang ingin disampaikan Bella.

"If awak tak bantu pihak kami, saya yakin, sampai sekarang kes ni takkan selesai."

Eddy hanya membalas kata-kata Bella dengan senyuman.

"So what next?" Soal Bella.

"Entah la Bella." Balas eddy dengan nada mengeluh.

"Don't worry, saya akan sentiasa ada dengan awak lepas ni. Saya akan tebus detik-detik perpisahan kita dulu."

"Thank u.. Kalau awak takde, saya tak tau la apa jadi." Balas eddy tersenyum mendengar kata-kata kekasih hatinya.

"Everything for you sayang." Bella melontarkan kata-kata manis dengan nada yang menggoda.

Eddy memandang Bella nakal.

"Sayang eah kau kat aku?"

"Mestilah.. Awak la lelaki teragung saya!!" Bella berkelakuan seperti kanak-kanak.

"And awak, pujaan hati saya!!!" Eddy mencuit hidung Bella.

"Sakit la!"

"Eleh. Tarik sikit pun dah sakit. Polis apa camni?" Eddy sudah mula ingin menyakat Bella dan muka tidak puas hati Bella mula muncul.

"Ingat tak?" Soal eddy tiba-tiba.

"What?"

"Cowbella cosmetic! Hahahaha!!"

"Addin!!"

Akhirnya, setelah sekian lama berpisah, addin dan Bella bersama semula seperti zaman kanak-kanak mereka. Namun, adakah mereka akan memiliki antara satu sama lain?

🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫

"Lah yeke?!" Mak esah terkejut mendengar berita bahawa Sam telah dipenjarakan.

"Ye bonda.." Eddy mengigit donut coklat yang digoreng oleh mak esah.

"Berapa lama?" Soal mak esah.

"Seumur hidup." Balas eddy.

"Hah?! Betul ke?"

"Ya Allah mak esah, betul la. Buat ape eddy tipu? Sepatutnya, hukuman mati, tapi entah macam mana, kes dia diringankan hukumannya." Jelas eddy.

"Baguslah tu. Sekurang-kurang ade masa untuk dia bertaubat."

"..harapnya, dia sedarlah."

"Amin.. Kita doa yang baik-baik la mak esah." Balas eddy.

"Darwish ape ceritanya?" Soal mak esah sejurus teringat akan darwish.

"Entah, eddy dah lama tak jumpa dia. Lagipun lepas kene belasah dengan papa hari tu, dia langsung tak jejak kaki ke rumah." Eddy bercerita sambil mengisi perutnya.

Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.Where stories live. Discover now