Eddy melangkah keluar dari mall dengan deras dan cemas. Encik remy dan Nizam pula baru sampai dan melangkah laju kepada Bella.
Bella berasa sangat risau, dia tidak tahu apa yang patut dia beritahu kepada bapanya. Eddy terlepas? Eddy lari? Bella suruh eddy lari? Dia tidak senang duduk. Apabila melihat kelibat nizam dan encik remy dari jauh, bertambah risau bella dibuatnya.
"Bella, mana eddy?" Soal Encik remy apabila menghampiri Bella.
"Eddy balik, dia ada emergency." Balas Bella tenang seolah olah tiada perkara buruk berlaku. Padahal, dalam hatinya kerisauan dan gelisah sedang aktif merebak.
"Kenapa awak tak tahan dia?" Soal Nizam pula.
"Dah dia ada hal.. takkan la saya nak halang. Nanti tak pasal pasal dia syak something!" Mujurlah otak bella ligat berfikir untuk memberi alasan yang munasabah.
"Aduh! Hancur plan!" Bentak Nizam tidak berpuas hati. Sebenarnya dia ni bukannya nak eddy sebab kes mafia tu. Tapi dia nak lepaskan kegeraman kepada eddy kerana hubungan eddy dan bella.
"Lah! Yang kau nak tinggi-tinggi suara pahal? Rileks la! Nampak sangat baran kau ni kan! Huh, macam ni punya perangai ke daddy nak jadikan suami bella?" Bella terus bangun dari duduknya dan melangkah ke kaunter untuk membayar minuman dan makanannya namun seperti biasa eddy telah pun membayarnya terlebih dahulu.
"Sempat pulak dia bayar walaupun kelam kabut tadi." Bella tersenyum dan terus melangkah keluar dari mall.
"Kamu jangan la macam ni nizam. Bella tu dah la memang kurang hati pada kamu. Kalau kamu tunjuk perangai dan sikap macam ni, bertambah susah la dia untuk dia terima kamu." Encik remy menasihati nizam.
"Takdelah, nizam just bengang. Susah payah kita drive ke sini, last last mamat tu takde." Nizam memberi alasan.
"Sabar, ada masa nanti dia tertangkap." Balas Encik Remy.
"Hmm.." nizam hanya mengeluh.
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Sial!!!!!" Eddy menghempaskan pintu biliknya dan melepaskan geram.
Sam yang mendengar jeritan eddy dan agak terkejut, terus melangkah ke bilik eddy untuk melihat keadaan anak terunany.
"Eddy." Sam membuka pintu bilik eddy dab terus masuk. Eddy tidak menyahut panggilan sam. Dia hanya memandang sam dan terus mengalih pandangannya.
"Hey, are u okay?" Soal sam sambil melangkah menghampiri eddy.
"Nothing pa.." balas eddy tanpa memandang muka sam.
"Don't lie please. I know ada something ni. Come on tell me." Sam cuba untuk mengorek keluar masalah yg ada di dalam kepala eddy.
Namun, eddy tidak mahu sam tahu temtang perkara sebenar. Dia risau jika sam tahu bahawa pihak polis mahu menangkapnya mungkin sam akan bertindak di luar kawalan kerana merasa dirinya terancam.
"No pa. Nothing serius. It just a problem between me and darwish." Eddy berbohong. Sedangkan agak lama juga darwish tidak mencari fasal dengannya.
"That's guy. I hate him. Kamu ada jumpa dia?" Soal Sam. Mukanya berubah kepada emosi menyampah apabila mendengar nama darwish.
"Yup. Terserempak. Arhh.. malas la nak fikir papa." Eddy malas memanjangkan penipuannya. Dia terus merebahkan diri ke atas katil.
"Kamu tak payah fikir la pasal manusia haram tu. Biar la dia nak mati ke hidup. Rest ok." Sam terus melangkah keluar dari bilik eddy.
Selepas sahaja sam keluar dan menutup pintu. Eddy bangun dari baringnya. Dia melemparkan pandangan keluar tingkap.
"Bella bella.. terima kasih banyak banyak. Kalau kau tak bagitahu aku perkara sebenar tadi, maybe sekarang ni aku tengah merana kena seksa dengan diaorg kan."
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...