"Wow.." Anna terpersona melihat suasana kampung halaman adwha.
"Eh awk ni. Dh macam mat salleh tak pernah masuk kampung."adwha tersengih sambil memandu kereta milik anna.
" yelah sy ni bukannya selalu dpt rasa suasana macam ni. Last time sy dtg tempat mcm ni mase campaign 3 tahun lepas. Tapi kawasan camp tu bukan kampung, it mostly to hutan." Kata Anna. Matanya tidak lepas daripada memandang keluar tingkap.
"Haa dah sampai." Adwha memandu masuk ke satu simpang dan menghentikan kereta di hadapan sebuah rumah kayu yg agak usang.
"Ni rumah awak?" Soal Anna.
"Ye." Balas adwha. Sebenarnya adwha berasa malu dan segan mempamerkan bahawa rumah usang itu ialah rumah nya.
"Mak awak ke tu?" Soal anak apabila terlihat tubuh seorang wanita di hadapan pintu rumah adwha.
"Ye.. itu mak saya. Ya Allah rindu nya.." Adwha teruja melihat maknya, dia terus keluar daripada kereta dan berlari anak ke arah maknya.
Anna tersenyum melihat cara adwha. Adwha sangat menghormati dan menyayangi maknya.
Anna keluar daripada kereta dan tersenyum ke arah puan hajar. Melihat Anna, puan hajar terus melangkah ke arah Anna.
"Assalamualaikum makcik. Makcik sihat?" Soal Anna selepas menyalami tangan Anna.
"Alhamdulilah sihat. Anna kan?"
"Yup."
"Oo inilah Anna yg kamu selalu cerita setiap kali telefon dengan mak tu ye." Kata mak esah kepada adwha.
Adwha hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman.
"Cantik orgnya." Puan hajar mengusap pipi anna sambil tersenyum.
"Eh tak cantik pun, biasa-biasa je." Balas Anna.
"Eh.. Cantik kamu ni tak sepadan dengan adwha. Anak makcik ni bukannya kacak pun." Kata puan hajar sambil menjeling adwha.
"Mane ade macam tu makcik. Adwha handsome la. Kalau tak, memang takdenya Anna nk berkawan dgn dia. Haha." Anna ketawa kecil.
Puan hajar juga ketawa mendengar kata-kata Anna.
"Adik, ambil la barang-barang yang patut diambil bawak masuk." Puan hajar mengarahkan adwha.
Adwha terus melakukan arahan puan hajar tanpa sebarang kata bantah.
"Mari masuk. Makcik mintak maaf la rumah makcik ni dah tak macam rumah dah. Bocor sane bocor sini. Kayu dinding ni pun dah banyak makan dek anai-anai. Kalau kayu jenis tak tahan dah lama runtuh dinding ni." Kata puan hajar semasa mereka melangkah masuk ke rumah.
"Eh takpe makcik, asalkan ade tempat nk berlindung daripada panas and hujan." Kata Anna.
Tersenyum puan hajar mendengar kata-kata Anna. Reaksi muka Anna pun langsung tak menunjukkan seperti dia tidak selesa atau tidak suka.
"Kamu duduk dalam bilik ni ye. Makcik dh kemas bilik ni semalam. Mintak maaf kalau kamu tak selesa." Kata puan hajar dan sekali lagi mengucapkan maaf.
"Makcik, sepatutnya saya ni yang mintak maaf sebab menyusahkan makcik kene kemas bilik ni untuk saya." Balas Anna sambil memegang tangan puan hajar.
"Untungnya la sape dapat beristerikan kamu." Puan hajar tenang melihat anna.
Anna tersenyum dengan kata-kata puan hajar dan menjeling ke arah adwha yang baru naik ke rumah dan tangannya penuh dgn beg.
"Ok la kamu rehat dulu. Makcik nak masak sekejap, mesti kamu dengan adwha laparkan. Kamu ade alah pada apa-apa makanan tak?" Soal puan hajar.
"Saya makan je semua benda." Balas Anna.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...