"Hello Darwish. Ada job. Jumpa papa sekarang." Sam terus memutuskan talian.
"Hello pa.. pa.." Tak sempat Darwish ingin mengeluarkan kata-kata.
"Sape tu baby?" Soal seorang wanita yang sedang duduk di atas katil.
"U, I kene gerak dulu la. Kita sambung malam esok tau." Balas Darwish sambil menyarungkan seluar slack dan baju kemejanya.
"Ala.." wanita itu merengek.
"Jangan macam ni.. I memang kene gerak. Bye.." Darwish mencampakkan duit ke atas katil dan terus keluar dari bilik hotel.
Darwish terus memandu ke markas Sam.
"Aduh orang tua ni.. kalau ye pun ada job, bagi siang esok la. Kacau daun betul!" Darwish memarahi Sam semasa memandu. Tidak mungkin dia berani berkata begitu di hadapan Sam.
Setibanya Darwish di markas Sam, dia terus masuk untuk bertemu dengan Sam.
"Papa.."
"Hah, sampai pun. Nah.." Sam mencampakkan lima keping gambar kepada Darwish.
"Sape ni pa?" Soal Darwish ketika meneliti gambar tersebut.
"Itu Tan Sri Zainal. Kamu perlu bunuh isteri dan anak-anak dia. Anak dia ada tiga orang, kamu bunuh tiga-tiga tu. Faham?" Arah Sam.
"Tapi pa, kenapa tak bunuh Tan Sri ni sekali?" Soal Darwish.
"Orang yg bgi job ni, berdendam dengan Tan Sri tu sebab dah menyebabkan anak dan isteri dia mati." Jelas Sam.
"So, ni kes dendam kesumat la.." kata Darwish sambil tersenyum sinis.
"Yes. Dah pergi buat kerja kau cepat." Arah Sam lalu menyedut rokoknya.
"Tapi pa, ada empat orang yang Darwish kene bunuh ni. Sekurang-kurangnya dua lauk Darwish dapat." Kata Darwish.
"Ala.. papa bagi kau duit nanti, kau pergi la cari lauk sendiri.. dah dah.. pergi cepat!"
🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫🔫
"Abang Eddy, terima kasih tau sudi hantar Anna hari ni." Anna berkata kepada Eddy yang sedang memandu menuju ke kampus.
"Takde apa la Anna. Lagipun, abang ni dah banyak terhutang budi pada ibu Anna." Balas Eddy.
"Apa maksud abang?" Anna tidak memahami kata-kata Eddy.
"Dari pada abang mula-mula jadi anak kepada Uncle Sam, bonda tak pernah miss masak untuk abang." Jelas Eddy.
"Ala, uncle sam bayar gaji pada ibu kan? So, mana ada abang terhutang budi pada ibu." Anna menafikan kata-kata Eddy.
"Tapi, kasih sayang yang abang dapat dari bonda, takde sape-sape yang bayarkan?" Eddy tidak mahu mengalah.
"Abang ni.. kalau Anna berdebat dengan abang, memang susah nak menang tau." Anna memarahi Eddy.
"Haha.. abang tak suruh pun Anna berdebat. Abang nak suruh Anna belajar rajin-rajin. Bila dah dapat kerja bagus nanti, jaga bonda tu elok-elok. Faham?" Kata Eddy lalu memberhentikan keretanya di hadapan kampus.
"Faham bos!" Anna membuat gaya salute polis.
"Macam-macam la budak ni. Dah turun cepat, nanti lambat pulak masuk kelas." Eddy mengarahkan Anna untuk keluar dari kereta.
"Bye.." kata Anna semasa keluar dari kereta.
"Balik nanti abang jemput tau." Kata Eddy melalui tingkap kereta.
"Ok." Balas Anna.
Eddy terus memandu keluar dari kampus.
"Anna!" Seorang budak lelaki menyapa Anna yang tersenyum-senyum memandang kereta Eddy meluncur laju keluar dari kampus.
YOU ARE READING
Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia.
RomanceAddin dan Bella pernah berkawan baik pada suatu ketika dahulu. Namun, mereka terpisah kerana keluarga Bella perlu berpindah. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak dijangka mahupun diduga. Selepas daripada pertemuan...