Bintang satu.

160 24 11
                                    

Suasana yang hening.

Sehinggakan simbahan sinaran matahari pun seakan boleh dia dengar bunyinya jatuh ke bumi. Sepi. Terlalu sunyi.

Dia, bintang kecil di siang hari, melangkah lemah. Menghayun kaki comelnye meladeni bayang-bayang kontotnya yang terhasil dari teriknya sinaran matahari.

Dia tersenyum melihat bayangan pendeknya yang hitam itu bergoyang-goyang, bergerak perlahan. Tangannya digerak-gerakkan lurus kedepan dan mendepang ke tepi supaya bayang-bayangnya kelihatan panjang dan membentuk muncung angsa. Menghiburkan hatinya.

Tetapi akhirnya, dia penat sendiri. Terasa semakin lelah.

Berkerut dahinya menahan cahaya matahari yang dirasakan perit dimukanya.

Mukanya diraup. Menghilangkan rasa perit kulitnya ditikam cahaya matahari.

"Jauh lagi.. ada lagi satu simpang" bisiknya sendirian. Suasana semakin sepi. Kawan kawan yang ramai tadi dah lama berehat di rumah. Mereka berbasikal, ada yang dijemput dengan kereta dan motosikal. Mungkin sekarang ada yang sedang berselera menjamah makanan. Glupp..!! dia menelan liur kelatnya. Kering kontang terus tekak dia membayangkan kawan-kawannnya sedang mengunyah makanan. Peluh di muka tak dia hirau. Dibenaknya hanya ingin cepat sampai di rumah. Dia sangat lapar.

Langkah kakinya dipercepatkan walaupun tidak secepat mana pun sebenarnya. Dia cuma berusaha.

Kemudian langkah kakinya terhenti. Dihadapan sebuah rumah dia bejalan perlahan. Terjengkit-jengkit, senyap seperti perlakuan sang monyet mencuri telur. Dia takut angsa-angsa yang sedang tidur itu terjaga dan mengejarnya.

"yess.! yess!!" jerit hatinya gembira.

Dia melepaskan nafas lega bila suasana gamat, disergah angsa-angsa tidak berlaku. Penyamaran dia hari ini berhasil.

Dia menjadi semakin tidak sabar hendak menelan makanan dan meneguk air.

Senyum terukir dibibir keringnya bila rumah terindahnya yang agak tersendiri dah kelihatan.Dia berlari perlahan sambil melompat kecil. Dia  terbayangkan air. Dia haus. Berkali dia menelan air liur.

"tass...!!

"tas...!!

"adoiii.!! sakit lahhh... hiss isk..isk, wuu wuuu." suara tangisan dia bergema. Sakit dan pedih terasa di sikunya. Dipeluk erat beg kain sekolahnya. Dia perlu berlari laju melindungi dirinya daripada menjadi mangsa. Walaupun sudah acapkali dikasari. Dia tetap menangis. Airmata dan peluhnya bercampur menghasilkan rasa masin ditepi bibirnya. Sakit terasa dihatinya kerana marah. Tapi dia tak mampu berbuat apa-apa kecuali lari selaju kudratnya.

Dia melajukan langkah kakinya dicelah-celah kerikil yang bertubi-tubi menghambat lariannya.

~~~
Disebalik pokok Budin dan kawan-kawannya bersorak riang. Budin ketawa terbahak-bahak. Bangga dia semakin hari semakin mahir melastik. Selalunya dia dan kawan-kawan hanya melastik burung, angsa dan mempelam jiran-jiran saja. Tapi kini dia semakin cekap. Melastik orang!.

"Hahahahahaha.!!!!"

"Benda yang kecil boleh ku lastik,  ini kan pulak budak tu." Budin menabik dada. Ditepuk-tepuknya dada Aziz sekuat hati. Terbatuk-batuk Aziz menahan sesak nafasnya. Padan muka kau budak kecik bisik Budin kepuasan. Matanya berbinar memerhatikan gadis kecil itu berlari laju.

Terpancar rasa benci di matanya.

"da la. jom balik.. aku lapar" Yahya mula menyeret basikalnya. Malas dia berlama layan Budin. Tapi kalau tak dilayan nanti diejek sebagai mamat surau, di cop ustaz. Yahya tak mahu dirinya jadi bahan ejekan Budin dan kawan yang lain di sekolah.

"hahaha geng. macam biasa Yaya dah nak nangis, sedih leteww. tengok buah hati nangiss." ajuk Budin disahut jerit pekik ketawa kawan-kawan yang lain.

Kahkahkah!!

"tak baik la Budin. kau jadikan dia target. kejam tau tak!" Yahya mula bengang kena ejek.

"dia adik kau??!! Yang kau gelabah kopek sangat dah kenape??!!" Muka Budin merah. Dia mula rasa tercabar. Budin menapak maju merenung Yahya.

Serta merta suasana menjadi bisu. Terdiam.

"Weii!! Berdesing telinga aku dengar suara kodok kau. Gedek. gedek.  onggg..!!" pecah berderai ketawa kawan-kawan yang lain.

"aku kesian tengok dia jek, dia anak yatim tau." jawab Yahya mundur.

"da. daa. kau blah!! nyampah aku dengar kau cakap camni. sikit lagi nangis la tu. padan la tu nama pun Yaya." Budin menepis-nepis tangannya ke arah Yahya. Lagak Budin tak ubah seperti ketua mafia Itali dalam tv.

"Kau ngadu kat Eri. Siap kau!!!"

Tanpa berlengah basikal Yahya kayuh. Semakin lama semakin laju dia mengayuh. Dengusan nafas marah kedengaran kasar. Sakit hatinya diejek Budin, lagi sakit hatinya melihat gadis kecil itu menangis.

Basikal Yahya tolak begitu saja, dia berlari masuk kerumah tanpa memberi salam. Bukkk!! beg sekolahnya dicampak sebarang arah kedalam biliknya. Dia terus berlalu ke dapur. Diteguk rakus segelas air. Hatinya panas. Berombak dadanya menahan marah. Mengepal kedua-dua penumbuknya. Satu hari Budin.. satu hari nanti. Bisik Yahya dengan hati yang terbakar.

Jelas terbayang di matanya, Budin dengan gembira melastik gadis kecil itu. Sangat jelas kepuasan di mata Budin bila batu kerikil yang dilastiknya tepat mengenai belakang gadis itu. Hati Yahya sakit. Dumm!!!! Satu penumbuk hinggap di meja. Berlaga sudu dan mangkuk bawah tudung saji. Hilang selera Yahya nak makan.

"sial kau Budin.!!"

"Jika kau tahu penumbuk ku ini sekuat besi kursani.. tidak kau mampu menahannya walau dibentengkan Gunung Tahan"

"Aku mesti buat sesuatu." bisik Yahya.

Basikal Yahya kayuh laju. Tujuannya hanya satu. Kedai runcit Pak Kadir.

     Bintang:
     Ku selak cahaya mentari.
     Ingin ku intai kau menari.

781
.idims.

Melastik bintang. ©Where stories live. Discover now