"Eriiii..!!!"
Budin merenung Suria tajam. Hampir tembus semua saking tajamnya tenungan Budin.
Namun sedikit pun tidak memberi kesan pada Suria. Dia terus mengemas ubi dan keladi Mak Leha.
"Erii..tolong la jangan pergi. Aku tak benarkan.!!"
Sepi.
"Eri. Janganlah pergi. Aku nak jadi ape nanti kau takde"
"Aku.."
"Takpe..aku keje kat kebun ni. Tiap ari pas balik sekolah.. takde cuti Eri. Asalkan kau tak pindah sekolah" rayu Budin.
Suria melepaskan nafas berat. Di pandangnya Budin dengan sayu. Kenapa payah benar Budin nak faham situasi dia. Ayah dia bukan orang kaya seperti Pak Kadir dan Tuan Syed. Ayahnya hanya tinggalkan kebun getah 3 ekar dan kebun tapak rumah.
"Aku kena kurangkan beban mak aku Din. Kat sana aku belajar semua free. Ada bantuan. Kau kena la paham aku"
"Taknak!! Aku taknak paham"
"Dah tu..diam je lah! Jangan ganggu aku" perlahan Suria bersuara. Merah hidung dan matanya menahan airmata. Dia berlalu meninggalkan guni-guni ubi dan keladi.
"SURIAAA..!!!!!" Jerit Budin. Putus asa. Dia tahu memang tiada harapan dia memujuk Suria.
Dia marah kerana tak mampu tolong Suria. "Siallll...!!!!" Dicapainya kayu beruti dan dilibasnya pokok-pokok serai Mak Leha. Patah riuk daun serai. Lapang suku tanaman Mak Leha.
Suria cuma memerhatikan dari anjung rumahnya. Dia menangis.
Aku mesti pergi Budin.
Budin baring terlentang sambil tersenyum-senyum. Kakinya digerak-gerakkan senang hati.
Dua jari telunjuknya yang terletak antara jari-jemari yang bertaut atas dadanya terketik-ketik laju. Senyum Budin semakin melebar.
"Eri.. Eri. Biar aku antar"
"Takyah..aku dah lambat!"
"Takpe-takpe.. sini kunci" kunci dirampas. Budin memutar kunci kancil Suria. Haaa.. dia tersenyum bila enjin kancil berbunyi.
Tapi itu lah.. bila clutch Budin lepas sambil tekan pedal minyak. Grrrr grr.. bergegar kancil Suria. Termati dah enjin.
"Dinn..aku dah lambat" Suria resah. Tapi Budin tetap berusaha dipijaknya pedal clutch kancil yang jauh kedepan. Berhati-hati melepaskan sedikit semasa kaki kanannya menekan pedal minyak. Terkemam bibirnya.
"Ckk..lain benar la Eri"
"Ni bukan masa belajar drive kancil lah Din.. aku dah lambat ni." Merah dah muka Suria. Panas hati.
"Jap laa.." Budin masih mencuba.
"Arghh!!" Suria bergegas keluar apabila terlihat hilux Yahya. "Yaaa.. antar aku g keje" berlari masuk dalam hilux.
Sedangkan Budin masih lagi tersenguk-senguk melayan clutch dan minyak kancil Suria.
Dia tak peduli pun Suria sudah pergi kerja dengan Yahya. Yang dia mahu, cuma kancil Suria jinak di tangannya.
arghh... Terlebih tekan minyak mengaum kuat pulak kancil Suria. Budin terkejut sendiri. Dia mesti pandai memandu kancil demi Suria. Suria takkan mahu dihantar kerja kalau naik honda city Budin.
Sehingga lah kancil boleh bergerak melepasi simpang. Budin tersenyum bangga.
Malamnya Budin sudah tersengih bangga menjemput Suria. "Eri kita g makan jap"
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
ContoSebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.