Bintang enam.

84 19 6
                                    

Budin mendengus sendiri. Kawan-kawannya cuma diam. Memasing takut nak bersuara. Lain pulak riak wajah Budin pepagi buta ni.

"hahhh.!!" Budin berdiri tersenyum mendapatkan Yahya yang baru memasuki kawasan sekolah.

Bintang berlari laju menuju kelasnya. Dia mahu sejauh-jauhnya daripada Budin.

"Aya.. Eri camana, dia dah balik bandar?"

Yahya mengangguk.

"Dia ada cakap apa-apa tak, pesan ke untuk aku." Budin separuh berbisik. Yahya menggeleng. Budin terduduk dibangku batu. Hampa.

"suria bencikan aku."

Beg sekolahnya dicapai lalu dicampak arah Azlan. "bawak masuk kelas, aku nak g kedai dulu." arah Budin. Dia terus keluar pagar pagar sekolah. Semua kawannya akur. Tiada yang berani bertanya.

***
Masa terus berlalu. Bayang Budin tidak kelihatan. Sudah dua masa belajar berlalu, Budin hilang tanpa jejak. Memang tiada yang cuba menjejakinya. Cuma Aziz resah memandang pintu kelas. Haraplah Budin muncul macam selalu.

Sementara itu di bilik Guru Besar, Budin diam diceramahi tanpa jeda. Berdiri tunduk selagi Guru Besar yang sememangnya besar itu tidak habis berleter.

Cikgu Miah tersenyum menang. Sakit hatinya bila anak kesayangannya mengadu kena tumbuk dengan Budin.

"Budin. saya harap kamu berhentikanlah tunjuk kuat disekolah ni. focus pada belajar. jadi orang pandai." lagi siaran ulangan itu disuarakan. Budin melepaskan nafas bosan.

"saya mau dia dihukum Cikgu. yang kena tumbuk itu anak saya." tegas cikgu Miah.

Berkerut kening Budin. tumbuk??

"Kenapa kamu tumbuk anak cikgu Miah, Budin.?"

"tanya cikgu Miah." Budin bersuara malas, memandang ke siling. Dia bosan.

"cikgu?"

"err.. anak saya kata dia terlanggar budak perempuan." Singkat benar cerita cikgu Miah.

"itu saja? Budin perkara tidak sengaja tidak boleh kamu hukum, pukul orang sesuka hati."

"cikgu.. anak cikgu Miah tu, takda peraturan. dia merebut barisan. akibatnya tumpah nasi dan air budak perempuan tu."

"tapi awak tak berhak pukul anak saya." cikgu Miah dah berangin.

"dah tu.? nak biarkan esok budak gemuk tu rempuh orang lagi?" dada Budin berombak. Terlupa sekejap dia didepan Guru Besar. Darah apa mengalir dalam badan Budin. Membujur lalu melintang patah.

"awak ni." cikgu Miah dah berdiri.

Guru Besar menggeleng. "sabar cikgu. Budin kamu jangan biadab dengan cikgu."

"kalau adab boleh cikgu beli. belikan adab tu untuk anak cikgu." Budin tidak peduli. "belikan sekali jujur tu untuk anak cikgu tu."

"Budin!!" Guru Besar dah tercabar. Cikgu Miah tertunduk.

"saya nak belajar cikgu. kalau nak denda saya, rotan lah sekarang." Budin menadah tangan. Guru Besar teragak-agak merotan tapak tangan Budin.

Degil betul!!

"mekasih cikgu." Budin berlalu. "syial la kau budak gemuk. kau tak kenal lagi sape aku."

Budin masuk kelas. Menghulurkan secebis kertas pada Aziz. Aziz tersenyum gembira memandang kawan yang lain. Menjungketkan keningnya berkali-kali. Habis masa belajar Budin pun keluar kelas. Dia baring santai di kaki lima bangunan belakang. Menunggu waktu akhir pembelajaran. Menunggu kawan-kawannya.

Loceng terakhir berbunyi, Budin sudah depan pintu kelas 3A. Dia duduk santai dikerusi sebelah anak cikgu Miah. Setelah habis pelajar keluar dia berdiri, memandang anak cikgu Miah yang sudah pun menangis.

"harini aku ajar kau cakap jujur dengan mak pendek kau!!" Budin mengetap gigi menahan marah.

"kau nak kena tumbuk kan?.. nah!!"

bukk!! bukk!! Dua penumbuk padu kemuka anak cikgu Miah.

"g balik. aku nak kau cakap jujur dengan mak kau, aku tumbuk kau dua kali. dua kali!!. sekali sebab kau berbohong. sekali sebab kau tumpahkan nasi dengan air A'ang. PAHAM!!!"

Berlari anak cikgu Miah keluar kelas sambil menangis.

Budin tersenyum puas, mengusap tapak tangannya yang membirat kena rotan.

"wahh!! kami terlepas lah." Aziz menepuk dahi ralat.

"jangan cari pasal." amaran Budin kepada kawan-kawannya sambil menunjuk tapak tangannya yang lebam merah. "aku taknak korang campur, biar aku sorang."

"ini cap mohor khas untuk Budin!!"

Budin melangkah balik, berlagak seperti ketua mafia diikuti oleh kawan-kawannya.

"arini aku malas nak tunggu kat simpang. aku dah puas boxing daging tadi hahaha." Budin tergelak besar. Semua kawannya ketawa sama bila dengar perkataan daging. Gelihati mereka.

kahkahkah...!!!

"mesti mengelebeh, bergoyang sakan daging tu kena tumbuk hahaha" Aziz menekan perut ketawa.

"rugi dow tak dapat saksikan daging tu bergerak kena tumbuk" Azlan ketawa sambil buat aksi gelombang. Mengejek pergerakan daging pipi debab anak cikgu Miah semasa Budin tumbuk tadi.

Sementara itu:
"yesssss!!!!" Yahya lega. Terselamatlah A'ang tengahari ini. Berharirayalah hati dan perasaan Yahya. Gembira.

Langkahku langkah pahlawan. Siapakah yang bisa menghalang. Langkahku tarian sumbang, hanya si penari sahaja yang tahu menilai.

Suria:
Aku mencarimu dalam ilusi.
Lalu gambar pun berpuisi.
Suria kini telah pergi.
Suria tiada cahaya lagi.

722
.idims.

Melastik bintang. ©Where stories live. Discover now