Ini semua cuma berkenaan dengan huruf-huruf yang aku susun, sehingga menjadi warna. Warna-warni dalam hati yang yang terlukis mencorak peribadi.
Ini semua berkenaan dengan warna. Warna yang aku kait, menjadi cerita yang menghempas hati, menghiasi duniawi.
Ini semua berkenaan jari yang mengetik. Halus luahan hati, syahdulah lukisan ini. Berguruh rasa hati, mendung lah hati dari seorang pendiari.
Dari diari seorang kak long kawasan.
A'ang
"oiii... bodoh kau.." kayu kering yang patah dicapainya. Laju dia berlari."suka-suka hati kau je buli orang eh" kayu dihayun kuat.
"kelekak.!! kelekuk..!!" bunyi kayu berlaga dengan benda keras. Hayunannya tidak berhenti selagi dia tidak berpuas hati.
"kinggggg!!! bunyi anjing yang kesakitan. Terhenjut-henjut berlari. Sakit kena belasah dengan kayu kering. Mesti perih rasa seluruh badannya.
Dia bernafas laju. Penat membelasah sesekor anjing pembuli pada pandangan matanya. Kayu kering dilempar ke tanah, setelah dia yakin anjing tadi hilang dari pandangan.
Tangan kecil debabnya dihulur menyambut anak kucing yang kurus tak bermaya. Hanya suara halus yang kedengaran. nyiuw..nyiuw...!!
"siannya kau. tentu kau lapar,haus." dibelainya anak kucing sambil berdiri.
Gggrrrrrrrr!!!!!!!!
Matanya terbeliak. Mulutnya tergangga luas. Seluas matanya yang terbeliak merenung seekor anjing besar menyeringai memandangnya. Berjijiran air liur anjing itu marah.
Dia kaku. Tidak Bergerak. Dijelingnya kayu patah yang dia lempar tadi. Takkan upaya tenaga kecilnya mencapai kayu itu melawan ketangkasan seekor anjing yang besar.
Anak kucing kurus dirapatkan kebadannya. Dipeluk ketat. Airmatanya mengalir. "Makkk" hanya itu yang mampu dia bisikkan. Dia seolah mengalah. Menunggu.
"skretttttt.... bukkk!!!
"nginggggg..!!!bunyi suara sayu anjing melayang ke udara. Anjing tercampak jauh. Sebuah kereta mendadak berhenti. Seorang lelaki separuh baya meluru keluar kereta. Memerhatikan bahagian depan keretanya.
"sial punya anjing.. habis bumper aku.. mana lagi aku kena samak air liur kau!!"
Rebeh bumper keretanya disepak marah. Memandang sekilas dan menjeling sebelum masuk dalam kereta dan berlalu.
Dia mengurut dadanya lega. Mengendur badannya, terduduk lemah.
Basah seragam sekolahnya kerana peluh. Bukan sebab panas, tapi basah kerana ketakutan sampai lenjun basah dengan peluh.
"aku hampir terkencing nyiuw.. seb baik."
Dia terbatuk-batuk tersedut habuk yang ditinggalkan kereta tadi. Sempat dia melihat seorang budak perempuan ditempat duduk belakang kereta. Juga tiada senyum.
"sombongnya orang-orang tadi tu nyiuw.. tapi mujurlah sombong pun Allah hantar untuk selamatkan kita."
Dia melangkah pulang. Perut gendutnya terasa lapar. Dia berfikir, aku pun lapar ini kan pula anak kucing yang kurus ini. Mesti beribu kali dia lapar. Anak kucing dipeluk dan diusap lembut sepanjang perjalanan.
Kehidupannya tenang di sebuah kampung yang sunyi. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Kampung yang agak terpisah dari bandar.
Namun siapa sangka, dunia itu tetap namanya dunia. Punya cerita yang berbeza-beza.
Budin
Bukk!! bukk!!"kuang ajar kau.. dah lama ke kau buat??!!"
Sememeh darah di buku limanya. "aku mau kau letak balik tok janggut ni tempat dia."
"kalau tidak.. siap kau!!!"
bukk!! satu lagi tumbukan hinggap di perut.
Eri
"Kau dah kenape..!!!"Satu penumbuknya meluru padu tepat kat dagu. Kainnya disingsing sampai kelutut dan hujungnya diikat kepinggang. Jarinya menunjal arah mata.
"ini lah permusuhan teragung kita!!"
Yaya
"Ulat beluncas pun tak aku jentik, ini kan pulak anak orang."Wajahnya tidak bersahabat. Merah mata kuyunya. Kembang kempis hidungnya yang bak paruh burung itu.
"kau salah hari!!"
kraakkk!!!.
*****
kau baru mengenal lena.
Aku sudah melangkah dunia.
Kau baru kenal A.
Aku sudah mengajar apa itu "arghh!!"537
.idims .
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.