Aziz tersengih-sengih seorang diri disebalik pokok besar di sudut simpang terakhir. Menepuk-nepuk sesuatu didalam baju seragam sekolahnya. Dia bangga dengan hasil kreatifnya. Tidak sabar hendak mencuba dan mencabar Budin.
"Lambatnya diorang." Aziz mengelap peluh di dahinya dengan lengan baju putihnya. Berbelak warna baju dengan warna dakinya. Aziz dah tak sabar.
"wah!! awal kau Ziz." Tegur Azlan. Syukur dah tersenyum-senyum memegang sesuatu di dalam beg sekolahnya.
"Lambat laa Budin dengan Yaya ni." Rungut Syukur.
"korang berdua ade projek ape?" Azlan ingin tahu. Bercekak pinggang merenung Aziz dan Syukur silih berganti.
"Ade lah" jawab Syukur perlahan.
"Wah! wah! korang buat apa kat sini." Tanya Budin memberhentikan basikalnya. Disusuli Yahya yang cuma diam membisu memerhatikan lorong sunyi simpang terakhir.
Tersembam basikal Budin lepaskan begitu saja. Menghampiri kawan-kawannya.
"Din.. din sini!!" Aziz tak sabar melambai Budin. Dia exited. Tangannya meronggoh bag sekolahnya.
"Nah!!!" Berseri-seri muka Aziz menghulurkan lastik buatannya sendiri pada Budin. "Aku buat dua, kau satu.. aku satu." Sambil keluarkan satu lagi lastik daripada dalam seragamnya.
Budin membelek-belek lastik ditangan. Ditimbang-timbangnya lastik kayu itu.
"Cube la Din." Aziz menghulur beberapa batu kerikil pada Budin. Tidak sabar dia hendak mendapat pujian daripada idolanya itu.
"aku dah cube, padu!! memang tepat Din perginya." Aziz melepaskan satu tembakan arah papan tanda simpang. Tepat!!
Budin tersenyum, melepaskan satu tembakan arah ranting pokok. Terkulai ranting patah. "Kau cuba pulak tembak ranting yang sama." Muka Budin dah bangga habis. Tertawa sinis. Berebut Aziz dan Syukur melepaskan tembakan. Satu pun tak kena.
"tengok!!!" Budin bangga. Tiada yang berjaya mencabarnya. "Lan.. taknak cube?"
Azlan mengelengkan kepala. "Senjata aku kat rumah." Dia berdalih. Dia tau memang payah melastik ranting halus jauh di atas itu.
Yahya resah. Peluh di dahinya disapu gopoh. Matanya tidak lepas mengikuti langkah halus A'ang memasuki simpang.
"Cepatlah A'ang." Bisik Yahya dan berdoa. Harapannya biarlah Budin dan kawan-kawan yang lain leka dengan ranting kayu.
"Wow. tengok sape dah balik!" jerit Syukur. Serentak kepala Budin, Aziz dan Azlan memandang simpang.
Yahya sudah terdiam. Budin pun terdiam memerhatikan langkah A'ang. Lastik ditangannya digenggam erat. Mengecil matanya memandang A'ang.
Supp!!
Supp!!! Bunyi getah lastik terlepas dari busurnya. Silih berganti. Seperti peluru Israel menghentam Palestin.
Serentak dengan itu A'ang menjerit jatuh terduduk. Suara tangisan bergema sambil tangan menekap matanya.
Yahya meluru merapati A'ang. Di ikuti rapat Budin. "Allah!!. A'ang." Kata-kata Yahya terhenti bila terpandang darah yang mengalir dari celah jari bulat A'ang. Budin terkaku. Darah?
Yahya menahan nafas sambil berdiri menghadap Budin yang terkaku. Cuma bibirnya saja bergerak-gerak.
"Apa kau buat ni Budin!!!!!" Terpa Yahya mencengkam baju Budin.
"Aku dah kata!! jangan ganggu dia!!!" Yahya mengetap giginya menahan bersungguh-sungguh amarah syaitannya.
Budin cuma diam, tidak melawan. Matanya melihat A'ang yang berdarah.
"a..aku.."
"Aku apaaaa!!!!!"
Bukkk!!! Satu tumbukan singgah kat hidung Budin.
Tumbukan yang diperam lama. Bila dilepaskan menjeruk jadinya hidung Budin.
Menyembur darah bila Budin melepaskan nafas kesakitan. Arghh.. sakit rasa hidungnya bila dia menyapu darah yang keluar.
Mengalir airmata Budin. Dia sedih kerana inilah tumbukan pertama Yahya padanya. Kerana A'ang. Dulu Suria, kini Yahya.. semua kerana A'ang.
Matanya mengikuti kayuhan Yahya yang laju membonceng A'ang.
"Bintangggggggg!!!!" Jerit Budin panas hati. Meluru arah Aziz dan Syukur. Darah yang keluar dari hidungnya sudah membasahi seragam sekolahnya.
"Siapa???!!!!" Sergah Budin.
Tersentak-sentak Aziz, Syukur dan Azlan. Secepat kilat Azlan mengangkat kedua tangannya sambil mengeleng.
Aziz menunduk. Syukur terketar-ketar menunjuk arah Aziz.
Tanpa soal bicara, baju Aziz Budin cengkam. Bertubi dia lepaskan tumbukan. Aziz cuma mengelak dan menangis.
"Aku tak sengaja Din."
"Tak sengaja apa. memang target kau tu, A'ang." Bercampur baur darah Budin dan darah Aziz. Semakin kuat bunyi tangisan Aziz. Muka dah serupa topeng hantu. Lebam dan bengkak.
"Ni semua plan Ako." Aziz menangis. Dia kesakitan.
"Aku lakkkk." Syukur melangkah menjauhi Budin.
"Sini kau! mana kau nak lari. depan mak kau pun aku hambat tau." Budin seperti kerasukan.
"Dah la Din." Azlan cuba tenangkan. Pada hematnya satu kampung berdarah nanti.
"ke..kau boleh pulak Din." Syukur membela diri. Tangannya menggenggam dua tangan Budin yang keras di leher bajunya.
"ini.. sebab jadi biang keladi dalam kumpulan aku.!!" Bukk!
"Ini sebabkan hidung aku patah.!! heyy.. heii.. Yahya pukul aku tau." Budin kehabisan kata-kata.
Pap.!! Pap!! Kepala Syukur terteleng-teleng kena sepak.
"Pergi korang semua.!! berambus!!!! Jangan tunjuk muka lagi depan aku!!!"
Prakk!!! Lastik kayu semua Budin patahkan. Tinggallah dia sendirian tersandar di pangkal pokok besar itu.
Kedua kalinya Budin menangis sendirian. Hatinya hancur. Sehancur sebaris bulu kening A'ang digilis batu kerikil.
Maafkan aku Eri..
Hey Bintang:
Kalau bisa aku kemas langit itu.
Akan aku hias hatiku
penuh dengan senyummu.
759
.idims.
ANDA SEDANG MEMBACA
Melastik bintang. ©
PovídkySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.
