Bintang 13

77 15 6
                                    

Guru Besar melangkah masuk kedalam bilik guru. Diperhatikannya dua orang budak perempuan duduk diam menghadap cikgu Idris, merangkap guru disiplin.

Comel-comel dan bundel-bundel     macam ini, takkan ada masalah disiplin. Fikir Guru Besar.

"Ade ape ni cikgu" tegur Guru Besar.

"Kes bergaduh ni cikgu" jawab Cikgu Idris sambil tersenyum.

Terkejut jugak Guru Besar. "Darjah berapa ni?"

"Darjah dua" jawab cikgu Idris memandang Guru Besar. Tersenyum lagi.

"Ermm"

"Sape yang baling budak-budak lelaki tu?" Soal mula cikgu Idris.

Salwa hampir buka mulut menjawab tapi secepat kilat Bintang mencuit peha Salwa.

Kembali mulut Salwa dan Bintang berkumat kamit tanpa henti.

Berkerut kening Guru Besar.

"Camni la dari tadi cikgu hehe" cikgu Idris tergelak kecil. Comel-comel tapi bergaduh.

"Bergaduh dengan sape ni" Guru Besar tergelak sama. Menarik satu kerusi duduk sebelah Cikgu Idris. Serentak Salwa dan Bintang menundukkan kepala. Takut.

"Anak Cikgu Miah dan kawan-kawannya"

"Azman ni something gak kan cikgu" Guru Besar merenung dua orang budak perempuan yang comel itu. "Tiap ade kes, mesti ade dia walaupun dia yang kena tumbuk"

"Ni kenape pipi kamu merah?" Guru Besar menunjuk arah pipi Salwa.

"aaa.." belum sempat Salwa berkata, sekali lagi Bintang mencuit lengan Salwa. Sekali lagi mulut Salwa berkumat kamit.

"Kamu berdua baca ape tu?" Sabar Guru Besar bertanya.

"Wi wi...." Jawab Salwa.

"Wi wi?" Serentak cikgu Idris dan Guru Besar bertanya.

"Ingatkan baca doa tadi cikgu. sebab takut ke hehe" terlepas ketawa cikgu Idris.

"Hehe.. nape wi wi?" Cikgu Idris masih lagi tergelak.

"Bintang kata, bila sebut wi wi saya takkan cakap banyak" Salwa dah terlupa wi wi.

"Cakap banyak?" Guru Besar hairan.

"Salwa tak boleh berhenti cakap cikgu. Nanti semua rahsia dia gtau" Ok.. Bintang juga sudah terlupa dengan wi wi.

Guru Besar dan cikgu Idris tergelak. Mereka terhibur.

"Oo..banyak rahsia la ni?"

"Banyak." Jawab Bintang.

"Semua rasia budak-budak tu kami tau" lagi Salwa pecah tembelang.

"Camana boleh tau?" Tanya Guru Besar seperti berbisik. Rahsia kan?

"Budin kan abang Awa" Bintang bersuara perlahan-lahan sambil memandang Cikgu Idris.

"Ok..cikgu Idris sila keluar sebentar" arah Guru Besar. Cikgu Idris faham dan akur. Dia melangkah pergi arah kantin. Minum air lagi bagus. Haus tekak dia ketawa dari tadi.

"Gtau saya, sape yang baling budak lelaki tu dengan batu?" Tanya Guru Besar sambil meneliti buku catitan Cikgu Idris. 'pengadu: Azman, Isa bla bla..'

"Sape yang nak gtau saya" ulang lagi Guru Besar sambil memegang pembaris kayu nipis tanpa melihat Salwa dan Bintang.

Terdengar sok sek sok sek Salwa dan Bintang berbisik-bisik.

"Sape?" Pandangan Guru Besar beralih antara Salwa dan Bintang. Pembaris kayu diketuk-ketuk perlahan atas meja.

Melastik bintang. ©Where stories live. Discover now