Bintang tujuh.

94 18 6
                                        

A'ang ketawa suka mendengar cerita Salwa. Salwa bercerita pasal kucingnya yang takut dengan Budin. Kata Salwa, kalau Budin makan semua kucing-kucingnya buat-buat tidur lena. Berdengkur tapi telinga bergerak-gerak.

Sepet mata A'ang ketawa. Tenggelam timbul bunyi gelak ketawanya dengan Salwa.

Ckk... Budin melangkah masuk ke kelas, Setelah agak lama dia perhatikan A'ang dengan Salwa berbual dan ketawa. Bergerak-gerak tulang rahangnya bila giginya dia ketap rapat. Di hatinya hanya teringat Suria.

Pagi ini belum ada seorang pun kawan-kawannya yang sudah hadir ke sekolah. Takkan semuanya hendak ponteng. Ponteng itu hanya sinonim dengan Budin. P.O.N.T.E.N.G! satu lagi B.U.D.I.N!. sangat serasi dan seiring bunyi ritmanya. Budin tersenyum. Gembira sendiri.

"awal sangat lah ayah aku ni hantar aku ke sekolah." Seketul batu kecil berdesup disepaknya.

"Dah macam pocong kesunyian aku sorang-sorang ni" Budin melompat-lompat sendirian.

Hari ini hari yang paling lapang bagi Budin. Luas dia rasakan dunianya. Tiada ke budak-budak yang buat aduan pasal dia kat cikgu-cikgu. Budin kemurungan kerana amat bosan. Pensel berketik-ketik diketuk-ketuk atas meja.

"ahhh..boringnya." Budin menjeling sekilas cikgu Miah di meja hadapan.

"Cikgu pun tak cun.. senak mata aku"  rungut Budin sendirian. Menyandarkan badan dan melepaskan keluhan panjang.

"Cepat lahh rehat."

Budin tersandar di kerusinya. Bahagian belakang dan kepalanya terlepas kebelakang. Matanya dipejam rapat. Keletak keletuk bunyi kaki kerusi berlaga dengan lantai simen bila Budin menjongket-jongketkan kerusinya. Sedikit pun dia tidak menulis. Buku latihannya dari tadi sudah dia serahkan kepada Aziz.

Cikgu Miah mengekori gerak laku Budin dengan ekor matanya. Seperti Budin dia juga mengeluh kecil sambil mengelengkan kepala. Sedikit pun dia tidak berniat menegur Budin. Biar lah.

Seperti biasa, waktu rehat Budin duduk bertenggek atas batu-batu besar yang disediakan di belakang bangunan belakang sekolah. Itulah port kegemaran Budin.

"Aduh.. laparnya." Budin menggosok perlahan perutnya. Menyesal juga tidak makan banyak semasa di rumah.

Seorang demi seorang kawannya datang membawa makanan memasing. Berdegup air liur Budin telan. Wangi pulak bau roti yang baru sahaja Aziz keluarkan dari plastik.

Namun Budin berlagak seperti tiada apa pun sekeliling dia. Dia tetap duduk membatu memandang kebun di belakang sekolah.

"Budin.. sini makan roti dengan aku." Pelawa Aziz. Sebuku roti digigitnya lahap. Itulah satu-satunya roti ditangannya. Hampir separuh roti itu hilang dalam mulutnya.

Budin menjeling sambil ketawa. "Kau makan je la Ziz. aku tak lapar."

"Betol neh??" Tanya Aziz dengan mulut yang masih lagi penuh dengan roti.

Budin cuma mengangguk.

Kelepek!!! Sebuku roti mendarat atas riba Budin.

Yahya tersengih memandang Budin sambil menghulur sebungkus sirap ais. "Makan laa, aku belanja." Bisik Yahya perlahan sambil duduk sebelah Budin.

"Ehemm.." Budin buat-buat batuk sambil buka plastik roti. "Kau takda lain ke nak belanja aku Aya. asek la roti." Rungut Budin sambil mengunyah roti kelapa. Sirap ais disedut laju.

Yahya ketawa kecil.

"Kannn. dah dekat sebulan ni aku tengok Aya asek belanja Budin roti." Sampuk Azlan.

"Dah macam bhai roti aku tengok Yaya ni, rupa memang dah nak iras." Budin ketawa lepas.

Yahya terhenti mengunyah roti. Dia sendiri pun dah sebulan makan roti sejak belanja Budin. Terpaksa share duit belanja sekolah.

"Kalau kau taknak roti aku, bak balik.!!" Yahya berusaha merampas roti dari tangan Budin. Kawan-kawan yang lain dah terkekek menahan ketawa.

"Nah! nah!!! ambek la balik." Budin menjilat habis sisa roti ditangannya. Di hulurnya pada Yahya. Terburai bunyi suara ketawa dari kawan-kawan yang lain. Bising.

"tak hingin aku. aku masih lagi baik hati." tolak Yahya selamba saja menyedut sirap aisnya.

Masa rehat hampir berlalu. Seorang demi seorang kawannya masuk ke kelas. Tinggal lah Budin dengan Yahya sahaja. Suasana sepi. Budin diam merenung kebun yang suram. Yahya terdiam menunggu kata-kata dari Budin.

"tadi diorang makan apa Aya." akhirnya Budin bersuara.

"arini aku tengok diorang makan nasi ayam."

Budin memandang Yahya sambil tersenyum. Berdiri sambil menepuk bahu Yahya.

"Din. kau tak habis lagi ke bayar hutang tu."

" Baru separuh kot, nanti lah aku tengok."

"takkan takda duit jajan langsung."

"kau tak kenal lagi Encik Kadir tu Aya." kata Budin perlahan. Dia tersenyum tawar.

"aku nak tolong tak mampu. roti je la yang aku mampu."

"Takpe... kau takyah susah-susah. biar aku yang tanggung sendiri akibatnya."Budin menumbuk perlahan bahu Yahya. "Ayaa. aku rindu betul sekarang dengan nasi ayam makcik kantin.. TERINGIN!!" Budin ketawa kuat.

Hahahaha.

"SAMAAA.!!!!" Jerit Yahya. Juga ketawa bersama Budin.

"Membuak-buak perasaan rinduku pada nasi ayam makcik kantin" Budin berlagak seperti mendeklamasikan sajak.

Terkekeh-kekeh mereka ketawa. Merah wajah keduanya.

Penumbuk mereka lagakan sebelum menuju kelas masing-masing.

Dua kawan baik tersisa daripada tiga orang. Kalau dulu ada Suria. Menjadi penyeri bagi Budin dan Yahya. Suria yang lebih kak long kawasan dari Budin yang terkenal dengan samseng nya.

Biar Budin mahu pun Yahya, tertanam rasa kesal dihati masing-masing apabila Suria bersekolah dibandar.

... kerana janji yang terpatri. Menahan diri, menyidai hati di pagar duri.

Bintang:
Ingin aku katakan.
Tapi suara ku hilang.
Kerana telah lama ku telan.
Suara hati yang ku tanam.

Bintang..

816
.idims.

Melastik bintang. ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang