Hiruk pikuk, riuh rendah dan hingar-bingar di kantin sekolah rendah tidak A'ang hirau. Dia lapar. Nasi lemak dan air sirap dah ditangan. Melilau matanya mencari tempat duduk yang kosong. Cair air liurnya tercium aroma nasi lemak berbungkus daun pisang. Kembang kempis hidung kecilnya menikmati bau yang wangi itu. Itulah nasi termahal dia mampu beli.
Panggggg!!!!
Bunyi gelas terpelanting ke lantai. Berterabur nasi lemak di kaki budak-budak yang berebut-rebut beratur hendak membeli makanan. Bunyi gelas tu tak mereka hiraukan. Apa lagi nasi lemak yang berterabur itu. Menjadi alas sepatu mereka. Beberapa orang yang terpandang hanya melihat sepi.
A'ang memandang sedih nasi lemaknya di injak-injak. Sedih kerana itu sahaja makanan dia hari itu. Pedih perutnya kelaparan. Berkali-kali ditelan kosong liurnya. Hampa, Merah mata dan hidungnya menahan air mata. Dia sedih, lebih lagi sedih melihat penat lelah maknya menoreh berakhir dibawah tapak kasut kawan-kawan persekolahannya. Sakit hatinya dipandang sinis beberapa orang budak lelaki. A'ang berlalu sambil mengesat air mata. Pangilan Salwa tak dia hiraukan. Tujuannya hanya satu, tepi padang sebelah bangunan perpustakaan sementara menunggu waktu belajar bermula lagi. Dia mahu pergi jauh dari riuh rendah kantin. Jauh dari bau makanan. Dia sedih. Dia lapar.
Tap..tap..!!
Tap tap..!! hush.. hush.. kedengaran nafas berat dan penat serta bunyi tapak kaki yang seperti terlalu berat menghentak simen berlari laju menuju belakang bangunan sekolah. Salwa tahu di situ lah port biasa diorang.
"Abang...!! Abang...!!! Jeritnya sekuat hati.
"Kau nak ape hah.!! Menyemak laa datang sini.."
"A'ang bang." Salwa tercungap-cungap. Penat.
"Nape dengan A'ang??!!" Yahya terbangun dari duduk santainya. Budin merapati Salwa. Mukanya masam.
"Nape A'ang???" Tanya Budin. Perlahan suara dia bertanya. Namun jelas ketegangan diwajahnya. Matanya merenung tepat ke mata Salwa.
"A'ang kena tolak kat kantin, tumpah nasi dan sirap dia." Salwa menerangkan dengan nafas yang terputus-putus.
"Memang bodoh la sape yang tolak A'ang ni." marah Yahya. Dikepal penumbuknya padu. Tapi langkahnya ditahan Budin.
"Aya.. kau ambek roti dengan air ni, bagi kat A'ang." Arah Budin sambil menghulur air sirap dan roti yang tinggal separuh kepada Yahya. Tanpa lengah Yahya berlalu. Dia tahu di mana nak cari A'ang.
Budin hanya melihat langkah laju Yahya semakin menjauh. "Tunjuk kat aku budak mana yang tolak A'ang." Salwa berlari ke kantin. Bergoyang rambut ekor kudanya ke kiri dan ke kanan mengikut rentak dia berlari. Budin dan kuncu-kuncunya hanya berjalan santai ke kantin.
Budin tersenyum menyeringai melihat Salwa dah terpacak sebelah meja beberapa orang budak lelaki sedang makan. Dari matanya mengarahkan Salwa menjauh.
"Aiyokkk...taktauuu..." Salwa menggoyangkan jari telunjuknya. Belum sempat salah seorang daripada budak lelaki itu berdiri, Salwa sudah berlari laju mencari Bintang.
Budin tahu siapa yang selalu jadi biang keladi membuli A'ang. Silap paling besar budak ni bisik Budin. Hanya aku yang boleh buat A'ang menangis.Pranggg...!!!!
Berterabur gelas-gelas dan pinggan nasi ayam di atas lantai bila meja itu Budin angkat.
"Hahahaha." Budin dan kawan-kawannya ketawa serentak.
"Sekarang ape korang rasa bila nasi di bibir aku tamparkan.?!!
Pap..!!!satu tamparan hinggap di pipi budak lelaki debab kemas bergaya tu. "Aku tahu kau yang tolak A'ang." bisik Budin tepi telinga budak debab itu. Kantin serta merta menjadi sunyi. Semua meneruskan makan tanpa suara.
"Aku tak kesah kau anak sape. Kau pukul A'ang aku terajang kau nanti!" Gigi Budin berlaga menahan marah.
"Da.. korang blah!!!!" Sergah Budin. Berdesup semuanya hilang dari pandangan.
Hahahaha.
"Geng.!! baru darjah 3 dah samseng. ingat anak cikgu ada lesen pukul orang?"
"Kau pun samseng gak Budin, ketua samseng" sahut Aziz dan kawan-kawan lain dengan ketawa yang ditahan-tahan.
"Korang pulak ape.?? 40 orang lanun taik minyak??" Disekeh perlahan kepala Aziz. Aziz bukan melawan malah melompat gembira memeluk Budin. Mereka ketawa perlahan sambil berlalu. Satu arah tujuan, tempat kesukaan A'ang.
Langkah Budin terhenti tiba-tiba. Pandangannya tertumpu pada wajah bahagia Yahya menyuap A'ang roti. Begitu juga A'ang yang gembira berbual dengan Yahya dan salwa sambil menyedut air sirap. A'ang tersenyum bahagia. Budin tersenyum sama. Tanpa sedar langkah kakinya semakin menghampiri A'ang. Niatnya tadi cuma nak melihat keadaan A'ang dari jauh.
"Dah abes makan?"
Terhenjut bahu A'ang terkejut. A'ang hanya memandang Yahya sekilas dan tertunduk kemudiannya. Kedatangan Budin.. bala bagi dirinya. Ntah apa lagi yang akan Budin lakukan.
Yahya bingkas berdiri. "Jom Budin." tangan Budin diraihnya tapi tangkas Budin tepis.
"Sape kau nak arah-arah aku.?" Mata Budin tak lepas memandang A'ang. Wajah yang seiras benar dengan Suria. Sakit rasa di hatinya.
"Da la Budin. rehat da nak abes ni."
"Sedap tak makan roti aku?"
A'ang pantas memandang Yahya dengan pandangan tak percaya. "Tu kan roti yaya.."
"Hah... Sedapkan makan roti dengan air lebih aku." Cebik Budin sambil melangkah pergi.
Sedih hati Yahya melihat air mata A'ang tumpah lagi. Budin selalu menyakitkan hati. Sudah puas dia memujuk A'ang makan tadi. A'ang hanya mahu makan bila tahu itu roti dan airnya. Yahya melepaskan keluhan berat melihat A'ang melangkah pergi tanpa menoleh padanya lagi. Kalau lah ada Suria.. bisik Yahya lemah.
Disudut simpang kekelas A'ang terpandang Salwa bercekak pinggang memarahi Budin, abangnya. "Abang tak patut cakap macamtu.. sian A'ang."
Bergerak-gerak perut chubbynya dalam seragam sendatnya bila dia marah-marah.
"Kau peduli ape..g sana masuk kelas". Ditunjal-tunjalnya kepala Salwa berkali-kali. Terdongak-dongak kepala salwa. Akhirnya Salwa yang menangis sakit hati. Budin ketawa kepuasan.
-Aku selemah angin sepoi.. tidak kau tahu kekuatan kelembutan ku- A'ang terus berlalu.
Bintang:
Saat matamu terpejam.
Kerdipan cahayamu tetap menyinari hatiku.893
.idims.
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.