Yahya berlari anak menuju hiluxnya. Berulang alik. Dia jadi gelabah bila fikirkan Budin. Belakang hilux penuh dengan berguni-guni serai dan keladi. Kenapalah masa tengah sibuk macamni ada yang tak sabar nak serai dan keladi.
"Abang.. jangan lewat sangat tau. Nanti marah lagi Budin"
"Abang tau sayang..nanti abang terus beli timun dengan nenas tu" Yahya tergesa-gesa menyarung sepatunya. Mencapai kunci.
Langkah Yahya terhenti bila dengar rengekan anaknya di pangkuan isteri tersayang.
"Muah..muah" pipi anaknya dicium. Dicubit sedikit pipi isterinya. Mereka tersenyum.
"Bang hati-hati. Kalau boleh jaaaagan lambat. Ni majlis Budin. Bising tu dia kat fon cari abang"
"Ye sayang..saya tau" dicium pipi isterinya sekilas. Mengelak dari gapaian tangan kecil babynya yang merengek dari tadi minta Yahya dukung.
Hari ini hari bersejarah Budin. Memang dari tadi telefon dia bising dengan panggilan dari Budin. Budin gemuruh. Ni samseng taik kucing. Nak nikah je dah takut. Yahya tersenyum sendiri.
Ada permintaan keladi dari kawan yang mahu berniaga pasar malam. Begitu jugak serai yang akan dihantar di pasar. Selepas beli nenas dan timun untuk majlis Budin esok, dia akan bergegas ke rumah Mak Rokiah.
Menemani Budin, samseng taik kucing!
Malam ini Budin nikah. Muka dah selenge saja. Pucat. Hilang semua wajah macho Budin. Yahya tak habis-habis tergelak.
"hehe Din cube kau relaks. Tinggal akad nikah je. Kau dah jadi suami dia"
Budin berdiri. Hayun tangan sikit bersenam. Pulihkan semangat. Begitu susah dia memikat hati buah hatinya. Tinggal beberapa jam lagi untuk dia sah memiliki."Kau dulu rasa camni gak ke Ya" muka cuak minta belas kasihan.
"Haha aku dulu rasa macam nak terbang je tau. Nyesal nape tak awal-awal lagi aku nikah"
"Ehh..kau ni." Budin mengepal penumbuk.
Hahaha..
Aziz cuma mengelengkan kepalanya. Macamni ke seorang idolanya.
.....
Malam yang meriah dan terang benderang menghiasi rumah Mak Leha. Rombongan Mak Rokiah sudah lama sampai. Cuma tunggu kedatangan Tuan kadi. Budin yang segak berbaju Melayu satin putih dah berpeluh atas bantal khas pengantin. Apa saja orang keliling perkatakan seolah-olah sipi saja di telinganya.Yahya tidak boleh bergerak di sebelahnya. Aziz belakang Budin jugak segak berbaju Melayu hijau muda. Sedondon dengan Salwa yang duduk mengah pegang perutnya yang agak membulat, menyandar sedikit badan Mak Rokiah.
Yahya sebelah Budin tersenyum melihat Suria yang jugak cantik bertudung putih bersulam dan berbaju sulam sambil mendukung babynya depan pintu bilik.
Suria tersenyum memandang Yahya.
"Bintang dah siap?" Gerak bibir Yahya bertanya.
Suria mengangguk tapi gerak bibirnya berkata lain. "Sikit lagi"
Cantik senyum Suria dihiasi tahi lalat atas bibir. Mereka berbalas senyuman.
"Adeh Ya. Lambat pulak tok kadi ni" dimintanya tisu. Kipas dah tak terasa. Budin gelisah.
"Sabar Din" Yahya membetulkan sedikit baju Melayu satin putihnya. Walaupun baju lama tapi masih lagi segak dibadan sadonya.
"A'ang dah siap?" Lagi dia mengerakkan bibirnya bertanya pada Suria. Dilihatnya babynya dah gelisah.
Suria hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Assalamualaikum"
Bergema seisi rumah menjawab salam. "Waalaikumussalam"
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.