Pepagi lagi Bintang dah terpacak depan rumah Tuan Syed. Dia nekad.
"assalamulaikum"
Sayup kedengaran Puan Syarifah menjawab salam. "ehh.. A'ang. Ummi baru nak g rumah A'ang nanti"
Bintang tersenyum malu dan tertunduk.
"nape A'ang.. cari Yaya ke" senyum Puan Syarifah. Diperhatikannya Bintang yang mengangguk lemah. Lain benar sikap Bintang bila besar. Dulu bila Mak Leha ada urusan berkunjung rumahnya, meluru saja Bintang berlari kesana kemari mencari Yahya.
"Yaya g Perak A'ang. dia ade kursus penanaman pokok gaharu. Aya tak gtau ke?"
"tak Puan Syarifah. whatsapp pun tak balas. dia jarang online"
"owh..dia busy la tu. Mungkin takde line jugak tu" ayat penyedap hati saja bagi Bintang.
"Aya tau tak saya dah nak g Puan Syarifah" Bintang buang segala rasa malunya. Lusa dia dah hendak terbang dah. Sedih rasa hatinya.
"ape pulak Puan Syarifah. panggil ummi je A'ang. Yaya tau.. jap eh, dia ade bagi barang sikit. ummi ingat nak hantar petang ni" Puan Syarifah berlalu ke dalam rumah berselisih dengan suaminya.
"ehem"
Tersentak Bintang. Malunya dia bila bertentang muka dengan Tuan Syed.
"cari Yaya?"
Bintang cuma mengangguk. Tertunduk, tidak sanggup memandang wajah Tuan Syed. Dengar suara tegasnya saja kaki Bintang terasa sudah tidak bertulang.
"naik ape datang tadi"
"motor Tuan Syed" mana lah Puan Syarifah ni lama sangat. Hujung matanya melihat Tuan Syed leka memerhatikan motorsikal lama yang terparking jauh sudut halaman. Motorsikal pemberian Yahya.
Tuan Syed sedikit tersenyum. "nanti kat sana pandai-pandai lah jaga diri. Kat sana bukan cuma ade perempuan saja. mesti ramai lelaki. bukan lelaki Malaysia saja. lelaki dari seluruh dunia"
Diperhatikannya A'ang yang cuma mengangguk sedikit. Dengan wajah yang gelabah dan pucat membalas pandangannya. Tuan Syed berlalu.
"A'ang..ini." Puan Syarifah tersenyum lebar menghulur beg kertas keras yang agak besar. "kami sepakat bagi ni..Yaya la yang tak sabar nak bagi aritu"
Bintang diam menyambut beg dari tangan Puan Syarifah. Bukan ini yang dia mahu. Dia cuma mahu jumpa Yahya.
"erm.. "
"ummi"
Bintang serba salah. Malu pulak.
"Yaya panggil ummi. jadi A'ang panggil ummi gak"
Puan Syarifah tersenyum.
"mekasih ummi" perlahan sangat Bintang sebut ummi. "nanti boleh gtau Yaya. lusa saya dah terbang" Bintang menahan sebak. Sampai hati Yahya menjauhinya disaat dia akan pergi jauh. Segala keperluannya diuruskan Suria dan Budin. Tiada lagi Yahya. Merah jugak mata dan hidung Bintang.
"ye.. nanti ummi gtau Yaya"
Pulang dari rumah Tuan Syed Bintang asyik termenung. Dipeluknya beg yang berisi beberapa pasang baju dan tudung bawal. Telefon dipandang. Tiada satu pun mesej dari Yahya. Apa lagi call.
"assalamulaikum" Wak Jawa menghampiri Bintang. "Mak Leha mana A'ang"
"makk.. orang jawa ni cari" Bintang menjeling. Dia tiada mood. Salam dijawab hanya dalam hati.
hahaha Wak Jawa tergelak. "Mak Leha.. ni ade permintaan nih. esok pasar mau daun kunyit dalam lima kilo"
"pukul berape kau datang ambek Jawa" Itu gelaran manja dari Yahya untuk Banu yang berasal dari Pulau Jawa.
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.