Bintang 12

69 15 3
                                    

Esoknya, keadaan kembali seperti biasa. Angin bertiup sepoi dan sejuk di waktu pagi, menyapa wajah bulat A'ang. Seperti selalu. Angsa pun masih lagi bising apabila melihat Bintang lalu. Entah marah entah bertegur sapa, dan seperti biasa A'ang tetap berlari laju ketakutan. Saking seperti biasanya alam semesta,  burung-burung semakin ramah dan girang berkicauan mencari rezeki. Tiada fobia dengan bunyi getah lastik berdesing.

Alam semesta cerah dan indah, masih seperti sediakala.

Cuma perasaan kawan-kawan Budin sahaja yang sepi. Rasa kehilangan perasaan yang hebat. Tiada perumpamaan dan tolok gantinya.  Bagi mereka tiada Budin, kelas terasa sunyi. Sekolah terasa mati. Semua tidak menjadi tanpa Budin.

Tengahari, Guru Besar menerima kedatangan Pak Kadir dan Mak Rokiah. Mereka menguruskan pertukaran sekolah Budin. Bergegas pulang dari Ipoh. Tanpa lengah semua mesti diselesaikan.

Biarlah Budin menjadi suman tinggal dengan Pak Udanya yang garang.

"Terima kasih cikgu. Kerja sama cikgu kami hargai" Pak Kadir bersalaman dengan Guru Besar sebelum melangkah keluar kawasan sekolah.

"Sedih pulak saya tengok sekolah ni abah ek" Mak Rokiah berhenti memandang keliling.

Mengesat airmatanya. Melangkah perlahan-lahan. Ralat dan sedih. Terbayang lagi dulu dia memimpin tangan kecil Budin semasa hari pertama persekolahan. Dalam hatinya merintih sedih memikirkan Budin. Tak sabar menunggu lusa untuk berjumpa lagi dengan Budin.

Pak Kadir memimpin tangan isterinya menuju ke kereta. Bukan dia tidak sedih. Bukan dia tidak tahu. Semakin lama di situ. Dia tahu akan banyak airmata isterinya akan terkorban.

Pusingan lemah tayar kereta Pak Kadir meninggalkan kawasan sekolah, di ikuti dengan pandangan tanda tanya di hati Cikgu Miah. Jiran sekampung, malahan empunya kedai runcit. Siapa yang tidak mengenali Pak Kadir.

Dia melajukan langkah pendeknya menuju bilik Guru Besar.

Dia berdebar-debar. Perlahan dia mengetuk pintu. Melangkah perlahan apabila mendengar sayup suara izin dari Guru Besar.

"Assalamualaikum cikgu" Guru Besar kehairanan melihat cikgu Miah yang berdiri seperti pesalah. Membisu. Bibir saja yang bergerak-gerak tanpa suara. Tangannya sedikit mengeletar sambil mencubit-cubit sebatang ballpen biru.

"Tak jawab salam saya cikgu" Guru Besar menegakkan badannya bersandar. Berkeriuk bunyi kerusinya.

"Waalaikumussalam." Sahut Cikgu Miah perlahan. "aaa.. ermm, cikgu boleh saya tau nape Pak Kadir datang sekolah?"

Guru Besar tersenyum. "Uruskan pertukaran sekolah Budin"

Melopong mulut Cikgu Miah. Terkejut.

"Sebab ape cikgu??"

Guru Besar merenung tepat wajah Cikgu Miah. Nampak kehairanan sangat di hatinya, dengan riak wajah terkejut melampau Cikgu Miah itu.

"Lepas ni.. aman lah sekolah ni cikgu, ketua samseng dah takde"

"Tak. tak cikgu tak paham." Cikgu Miah menerpa arah meja Guru Besar lalu duduk di kerusi hadapan Guru Besar. Tanpa minta izin. Dia gelisah.

"Sebab Budin kena rotan ke cikgu?" Lagi cikgu Miah mencubit-cubit ballpen birunya. Semakin rancak jarinya bekerja.

"Awak kenape ni cikgu.. gelabah macam Man yang kena tukar sekolah.. baguslah Budin tak lagi bersekolah disini. Penat tangan saya ni merotan dia." Guru Besar melepaskan nafas lega bercampur sarat nafas berat. Bukan dia tak rasa bersalah selalu merotan Budin.

"Saya yang salah cikgu. Saya bias sebab terlalu sayangkan anak saya."  Cikgu Miah tertunduk. Menyeka airmata dengan hujung jari telunjuknya.

"Saya menyesal. Saya dah salah sangka"

Guru Besar terdiam, merenung bibir Cikgu Miah mengeluarkan cerita selanjutnya.

"Kelmarin semasa balik dari sekolah.. tayar kereta saya pancit" Cikgu Miah menahan tangis. Kembang kempis hidungnya memandang Guru Besar. Dia bercerita dengan hati, bukan lagi kerana dengki.

"Macam-macam saya cuba nak bukak skru tayar tu. tapi tenaga perempuan saya tak mampu."

Cikgu Miah mengeluh. Ketiak dah kuyup. Baju dah basah dengan peluh. Terkial-kial dia memijak besi pembuka skru tayar tapi sedikit pun skru tidak berpusing. Dengan tubuh badannya yang tak berapa nak tinggi dan tidak juga begitu debab, mustahil dia mampu berdaya membuat skru tayarnya berpusing. Anaknya lena tidur dalam kereta.

"Nape cikgu?"

"Eh..!!" Cikgu Miah terkejut. Di belakangnya berdiri Budin, Yahya dan Azlan.

"Tayar pancit?" Tanya Budin sambil menghulur beg sekolahnya pada Azlan. Dia mengamit Yahya supaya sama-sama memijak besi pembuka skru tayar. Memang Yahya paling tinggi dan sado antara mereka.

Cikgu Miah terdiam. Baru pagi tadi dia ketawa Budin kena rotan. Dia teringat lagi macamana Budin hampir melonjak sedikit menahan sakit bila kedua-dua tapak tangannya berbekas kena rotan. Dia tersenyum puas masa itu.

Tapi kini Budin dan Kawan-kawan menolongnya tanpa dipinta. Disaat dia hampir menitiskan airmata putus asa.

Selesai sudah. Semua perkakas Budin dan Yahya kemaskan. "Dah cikgu" senyum Budin dan Yahya.

"Kejap!" Cikgu Miah hulur beberapa note kertas. Rambang. Tapi Budin cuma menggeleng.

"Din.. kau kan teringin nak makan nasi ayam?" Azlan mengingatkan. Matanya terarah pada duit di tangan Cikgu Miah.

"Tapi Budin dan Yahya cuma ketawa dan terus berlalu" Cikgu Miah mengelap air matanya dengan belakang jari. "Saya rasa bersalah sangat kalau Budin tukar sekolah sebab aduan dari saya"

"Ayah Budin tak sebut pun pasal kena rotan cikgu. dia kata Budin nak bersekolah di bandar"

Guru Besar menghembuskan nafas lega. Bukan mudah orang mengaku salah dan menyesal hingga menangis.

Cikgu Miah merenung Guru Besar. Tidak percaya. Dia mesti cari tahu sebab musabab Budin tukar sekolah.

"Saya mintak diri dulu cikgu" Langkah panjang Cikgu Miah menuju kelas 5B tapi itulah, langkahnya tetap tidak berapa nak panjang.

Diperhatikannya sorang demi sorang kawan Budin. Dua bangku telah kosong. Tempat duduk Aziz dan Budin. "Takkan Aziz pun tukar sekolah jugak" fikir Cikgu Miah.

Diperhatikannya Yahya yang hanya tunduk, langsung tidak sedikit pun memandang arahnya. Cuma Azlan yang kelihatan seperti biasa.

"Azlan jumpa saya kat bilik guru" arahnya tegas. Seperti selalu. Sekilas dipandangnya Yahya yang membuang jelingan maut padanya.

Cikgu Miah menarik nafas panjang. Melangkah keluar kelas. Dia faham apa yang Yahya rasa. Maafkan lah cikgu.

Di bilik guru Azlan diam tunduk membisu. Ntah apa lagi yang cikgu Miah hendak. Budin sudah tiada. Fikirnya tentu cikgu Miah hendak menyemputnya hadiri kenduri doa kesyukuran, bersyukur dengan ketiadaan Budin.

"Azlan.. gtau cikgu. Nape Budin tukar sekolah" lemah suara Cikgu Miah. Terangkat kepala Azlan, merenung dalam wajah cikgu Miah. Sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Suara Cikgu Miah lembut dan perlahan?

"Budin kena tukar sekolah sebab aduan-aduan dari saya ke. Sebab Budin kena rotan?" Cikgu Miah berwajah sayu?

"Salah faham je semua tu cikgu. Semua sudah berlaku" Azlan mengesat airmatanya. "Budin dah takde.. saya harap sekolah ni akan aman" Azlan berdiri.

"Saya mintak diri dulu. bukan salah Cikgu pun" Azlan terus berlalu menuju kelasnya. Kelasnya dengan kawan-kawan dan kelas yang penuh dengan kenangan Budin.

Sejak hari itu Azlan menjadi agak rapat dengan Cikgu Miah. Dia sahaja yang sanggup melayani sesal Cikgu Miah. Hanya dialah satu-satunya kawan Budin yang sudi tersenyum memandang Cikgu Miah.

Cikgu Miah menanam sesal.
Menyesal tanpa dapat meminta maaf adalah satu penyiksaan yang amat  pedih. Selamanya.

1048
.idims.

Melastik bintang. ©Where stories live. Discover now