"A'ang... nape nangis sayang?" sambut Mak Leha depan pintu. Dilap air mata permata hatinya dengan jari. Disambut beg sekolah anaknya.
"nape nangis sayang." bisik Mak Leha sambil peluk puteri kecilnya itu.
"nape A'ang." tanya Mak Leha lagi namun cuma terdengar sisa esakan A'ang. Tangan yang luka dihulurkan pada mak Leha.
"jatuh?" Hanya anggukan kecil.
"Nanti mak sapu ubat." Selembut bayu menyapa suara Mak Leha memujuk. Lega hatinya bila senyumannya berbalas. Namun tetap sedih dihatinya melihat puteri bongsunya menangis begitu.
"A'ang tukar baju, lepas sapu ubat.. kita makan."
A'ang akur. Hilang rasa sakit dihati bila berada disamping maknya. Kasih sayang maknya bagaikan selimut dihatinya. Meneduhkan. menyamankan.
"sakit.?"
A'ang mengangguk. Menyeringai dia menahan pedih bila Mak Leha lekapkan kain kapas berlumuran minyak gamat disikunya. Terpejam mata bulat A'ang. Bertelur pipi chubby A'ang bila menahan sakit. Geram di hati Mak Leha, mahu saja digigitnya pipi puteri kesayangannya itu.
" hehe..sakit sikit je ni sayang, malam nanti dah elok luka ni." dilap lembut minyak gamat yang berjejeran di siku A'ang.
Dipeluk erat anaknya itu dan di ciumnya pipi A'ang. Rasa sayangnya dia pada A'ang mengalahkan nyawanya sendiri. A'ang lah jantung hatinya. A'ang lah yang menyebabkan darahnya mengalir kuat dalam dirinya sehari-hari. A'ang lah yang mencorak ketabahan dirinya menghadapi dunia.
Lebih-lebih lagi bila Suria beberapa tahun ini sudah ke bandar. Tinggal lah A'ang yang meleraikan kepenatannya mencari rezeki. Mencukupi keperluan A'ang hiburan menyenangkan bagi Mak Leha.Didukungnya A'ang ke dapur. Berkali-kali dicium pipi anak kecilnya itu menyebabkan gadis comel itu ketawa riang. Suka benar dia bila dibelai manja begitu. Maknya di peluk semakin erat.
"cepat baca doa." arah Mak Leha sambil sendukkan nasi kedalam pinggan. Lancar saja A'ang membaca doa makan sambil menadah tangan. Ada riak tak sabar diwajahnya.
"bismillah.. mak suap ye.?" A'ang tersenyum gembira. Badannya bergoyang ke kiri dan ke kanan tak sabar menunggu di suap Mak Leha. Mak Leha tersenyum senang melihat gelagat A'ang. Comel bisik Mak Leha terasa geram hatinya. Dikucupnya ubun-ubun A'ang. Meruap bau hangit matahari dan peluh A'ang. Namun itu lah yang disukai Mak Leha. Harum bau permata hatinya.
"kalau ada akak, mesti akak suka kan mak.? akak suka sardin." jauh renungan A'ang sambil memicit-micit bantal selebar dua tapak tangan bentuk bintang pemberian kakaknya, Suria.
Mak Leha cuma mengangguk. Dia tahu A'ang rindukan kakaknya. Dia juga rindukan anak sulungnya itu. Rindu sangat-sangat. Tapi apa kan daya. Dia tak mampu. Kehendak Suria sendiri maka dilepaskannya Suria tinggal di bandar. A'ang disuapkan lagi. Terbit rasa rindu dan sedih dihatinya teringatkan Suria.
"mak nak sup.." muncung A'ang arah mangkuk sayur.
"pandai anak mak, makan sayur." sekali lagi diciumnya pipi A'ang. Sayur sawi tumis air dan dipecahkan sebiji telur tu kegemaran anak-anaknya. Itu lah sup paling sedap bagi A'ang.
A'ang tergelak suka bila Mak Leha menyuapkan kuah sawi kemulutnya. Selera dia makan. Makanan paling sedap dalam hidupnya sehari-hari. Airtangan maknya. Lebih sedap bila makan bersuap. A'ang sayang mak.
"A'ang pegi berehat.. ada keje sekolah?"
Angguk lemah dari gadis kecil tu membuatkan Mak Leha ketawa. Lucu namun bahagia.
"buat keje sekolah dulu dik." di kucupnya lagi pipi A'ang.
Dari dapur Mak Leha dapat perhatikan A'ang bersimpuh ditepi meja tulis kecilnya. Memilih buku. Dikepit buku dan bekas pencil celah ketiaknya. Sebelah tangan sudah terbimbit bantal kesayangannya. Meniarap sambil menulis. Mak Leha tersenyum, sekejap lagi mesti anak kesayangannya itu akan terlelap. Seperti selalu.
"Maafkan mak dik.. bukan mak taknak hantar dan ambek adik, bukan mak taktau diorang buli adik. mak nak adik kuat.. sabarlah dulu." lirih mak Leha mencurah rasa. Diusapnya lembut rambut A'ang. Siapa yang tak sayang anak. Suatu masa guruh pun akan runtuh kerana tercela gugurnya kesabaran dia.
Bintang:
Aku memusuhi siang.
Jari2 siang menutupi mataku.
Mencegahku meluahkan rindu.
merasai senyuman indahmu.622
.idims.
![](https://img.wattpad.com/cover/167660675-288-k367362.jpg)
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.