Yahya baring terlentang memerhatikan bintang-bintang yang bertukar-tukar kerlipan nun jauh di atas.
Tersenyum-senyum sendiri. Dia teringatkan Bintang. Buat apa agaknya sekarang. Telefon di sisinya dicapai.
Dia tersenyum lagi memandang gambar Bintang tersengih yang terpampang kat skrin telefonnya.
Bintang...dia menyebut dalam hati. Dari kecil, hidup Yahya di penuhi dengan Bintang. Sesaat tanpa Bintang hidup Yahya seakan tiada cahaya. Tercungap-cungap seperti seluang mencari nafas. Aplikasi whatsapp dia tekan. Tapi normal semula kedudukan bibirnya yang melengkung bahagia tadi.
"A'ang online?"
Whatsapp:
"hai Bintang.."
"....."
1 2 3..... 15 minit.
Nafas dilepaskan. Bintang busy ntah dengan siapa. Yahya baring lagi. Waktu lapang begini Yahya lebih senang berehat di gazebo jati di halaman rumahnya. Nyaman dengan suasana taman ciptaan maknya Puan Syarifah Shakina.
Jarang dia dapat berehat begini. Selalu waktu begini dia masih lagi dalam lori bertemankan pekerja-pekerjanya.
Lintasan seekor kunang-kunang membuyar semua rasa Yahya. Dia tersenyum mengikuti pergerakan kunang-kunang yang terbang perlahan. Senyumannya sangat-sangat mengembang apabila wajah A'ang berlegar di fikirannya.
"Yaa... kelip-kelip aku dah takde lampu" Bintang menangis memeluk botol bulat pendek. Jari debabnya mengetuk-ngetuk permukaan botol.
"Siang A'ang.. mana nak nampak cahaya dia"
A'ang terhenti menangis. Terkebil-kebil memandang Yahya dan botol di tangan. "Nape takde lampu Ya"
"Dia berlampu bila gelap je. Tunggu malam eh. Kau kasi dia makan tak? Mati kang lapar" Yahya tergelak. Dapat tangkap seekor kunang-kunang, memalam tu jugak dia ketuk pintu rumah Mak Leha. Bahagia rasa hati Yahya melihat Bintang melompat gembira bila kunang-kunang mengerdipkan cahaya di dalam botol.
Tapi Bintang.. si kecil yang polos. Ditutupnya botol dengan kain hitam supaya sentiasa gelap. Dia mahu kunang-kunangnya sentiasa berkelip-kelip. Akhirnya tamat riwayat kunang-kunang, mati kelemasan.
Yahya tergelak kecil mengingatkan si Bintang kecilnya. Tapi akhirnya dia mengeluh lagi. Dia akan kehilangan Bintang dalam masa yang lama. Enam tahun bukan masa yang singkat. Enam minit pun dia rasa tersangat lah lama seperti sekarang menunggu Bintang balas Whatsappnya. Telefonnya dipandang sepi. Gelap gelita skrin tiada cahaya.
"Ayah.. biar saya yang beli kebun tu"
"Kau dah cukup duit? Banyak tu Leha nak"
Yahya menggeleng. "Ayah la bayar dulu. Duit saya tak sebanyak tu. Tapi saya nak kebun tu ayah" Dia tak sampai hati nak lepaskan kebun Mak Leha pada orang lain, waima pada ayahnya sendiri. Kalau dia yang beli. Dia akan tetap bagi Mak Leha yang menuai hasil di kebun itu lagi. Seperti selalu. Demi Bintang.
"Aku hairan Leha ni. Jauh dihantarnya Bintang." Keluh Tuan Syed memerhatikan Yahya yang tertunduk depannya. Anak yang dulu baik tiba-tiba menjadi degil. Dah degil tiba-tiba menjadi baik lagi.
"Aya akan buat keje tanpa bantahan yah. Nanti Aya bayar duit ayah tu"
Tuan syed mengeluh. Dipandang tepat anaknya. Anak yang menipu results SPM kerana tidak mahu belajar lagi. Alasan tidak sanggup berjauh dengan emaknya. Anak yang dengan sendiri menawarkan diri menolongnya uruskan kerja-kerja ladangnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Melastik bintang. ©
Storie breviSebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.
