Bintang lima.

101 17 20
                                    

Budin termenung di jendela biliknya. Fikirannya jauh melayang. Satu sahaja yang ada difikirannya. Hanya satu sahaja. "Suria.." Dengan sendirinya nama Suria terlafaz dibibirnya. Matanya dipejamkan rapat. Nafas berat dilepaskan bersama beribu rasa yang dia sahaja tahu. Lama Budin berdiri disitu. Ditepi tingkap biliknya. Rasa hatinya larut bersama indahnya terang bulan yang di dilihatnya diluar rumahnya.

Bertanya pada bulan, inikah sayang. Nanti jawab bintang itulah perasaan. Hujan pun turun hilanglah suria.

Nafas Budin terasa sendat.

*****
"Mak...air." kopi O dah bertukar tangan. Mak Leha tersenyum bahagia.Terasa bangga dia dengan Suria. Tiada yang berubah tak elok pada anak sulungnya itu. Masih lagi sopan dengannya. Sangat menghormatinya seperti dulu. Malah sekarang Suria berambut panjang melepasi bahu. Keluar rumah, sudah bertudung. Kalau dulu Suria akan mengunting pendek rambutnya sendiri dengan kawan-kawan. Tanpa kebenaran. Tak sia-sia Suria hendak tinggal di asrama anak yatim di bandar. Banyak perubahan pada anak gadisnya itu.

Kopi O Mak Leha hirup perlahan. Matanya beralih ke luar tingkap. Pemandangan yang luas dengan tanaman serai, lada dan cili api menjadi tumpuannya. Banyak kenangan di situ. Senyuman Mak Leha terukir.

Jari Mak Leha mengusap rambut A'ang yang sudah terlena pulas di ribaannya. Anaknya yang manja, lemah lembut, mewarisi tingkah lakunya.

"Mak tengok apa." Sapa Suria sambil mengurut perlahan bahu Mak Leha.

"Bulan, cantik pokok-pokok ni disirami cahaya bulan kak."

"A'ah." Jawab suria sambil memeluk emaknya dari belakang. Rindu sangat dia dengan maknya.

Mak Leha mengusap lembut tangan kurus anak sulungnya. Mengalir rasa bahagia dihati mereka.

"Kak, tadi Budin ada datang.?"

"Ermm.. erm."

"Akak marah lagi kat Budin.?"

"Tak.."

"Tapi Budin sepak bakul lada tadi.  nape.?"

"Akak cari adik mak. adik hilang tiba-tiba." pelukkan Suria mengendur.

"Adik pegi mana.?" Selidik mak Leha.

Suria mengeleng perlahan. Pelukkannya dieratkan kembali.

"Akak tak tanya adik, nape balik tiba-tiba.?

"Belum lagi mak.?"

"Mak bimbang je akak pukul Budin tadi. orang perempuan tak elok bergaduh, lebih lagi pakai kain." Mak Leha tergelak kecil.

"Pakai kain, tak boleh melawan???" Pelukkannya dilepaskan. Suria berlalu ke ruang tamu. Mencapai buku-bukunya. Berhasrat menyiapkan kerja sekolah. Itu lebih baik dari bercerita pasal Budin. Mak Leha tersenyum kecil.

"Bang... Akak berkelahi lagi."

"Mesti ada sebabnya tu sayang."

"Dia perempuan bang."

"Bagus laa. Dah pandai jaga diri."

"Tapi dia pakai kain bang, mana elok berlawan pakai kain. tak sopan. akak perempuan bang." risau hati Mak Leha.

"Pakai kain tak boleh melawan? ermm.." suaminya merenung dan tersenyum nakal. Tangan yang berlumpur dilapkan di seluar lusuhnya.

"Maksud sa.. saya. cuba abang nasihat kan sikit akak tu.." Mak Leha semakin salah tingkah. A'ang yang didukungnya tergelak suka bila Mak Leha melarikan diri dari ditangkap ayahnya.

Melastik bintang. ©Where stories live. Discover now