Budin duduk berjuntai kaki di jambatan batu. Terhayun-hayun kakinya. Selampaikan dua tangannya kat besi pagar jambatan.
Jauh dia termenung. Dulu sinilah port kegemaran dia, Yahya dan Suria. Di tambah pulak dengan polosnya Azlan dan Aziz. Hidupnya terasa lengkap.
Dalam kesedihan ini Budin hanya mahu mengutip kenangan dia dan kawan-kawan. Ayahnya tidak akan faham perasaannya.
"Eri, arini kitorang nak godak ikan keli. Kau nak join?"
"Taknak la.. mak aku busy kat kebun. Aku jaga A'ang"
"Boleh la Eri.. bawak la adik kau."
"Betul Eri, tak best la kau takde. Kau takyah turun. Kau tengok je" pujuk Yahya. Budin mengangguk.
"Ok lah"
Petang itu, setelah penuh bekas dengan ikan keli. Mereka mandi di tengah sungai. Air tak banyak. Lama tak hujan.
Suria duduk memerhatikan kawan-kawannya mandi manda. Teruja juga dia nak mandi sama tapi adiknya lebih penting bagi dia. Diusapnya kepala A'ang yang memeluk erat bantal busuk yang memang busuk tu. Sesekali bantal itu disapukan di hidungnya, lap hingusnya yang meleleh.
"Wei..!!! aku nak beli basikal baru. Aku nak buat game. sape menang dia dapat basikal aku sekarang" Budin angkat kening kat Azlan. Dia tahu Azlan anak nelayan itu akan menang.
"Huhu" tiba-tiba Syukur merampas bantal busuk A'ang. "Nah!! Budin." Di lemparnya pada Budin.
A'ang dah nak nangis. Suria dah berdiri. Yahya cuba merampas bantal busuk itu dari tangan Budin.
"Okkkk!!! Sape dapat bantal ni.. dia menang!!!!"
Bantal Budin lambung tinggi. Berebut kawan-kawannya melompat. Bersimpang-siur tangan menepis, mencapai dan menolak bantal A'ang di udara.
Busss!!! Bantal busuk A'ang tercampak ke dalam sungai. Serentak itu, tubuh A'ang melayang terbang ke dalam sungai.
Demi bantal busuknya.
"A'ang!!!" Suria terjun sama ke dalam sungai. Di ikuti Yahya.
Suria memeluk erat adiknya yang menggigil kesejukan. Terbatuk-batuk muntahkan air sungai. Berjuraian airmata Suria. Nyaris!! Ngeri rasa hati nya melihat adiknya tenggelam timbul tadi.
"Kak..bintang A'ang" Bintang tergigil-gigil sejuk. Dia sayang bantal bentuk bintang pemberian Suria.
Budin dan yang lain terdiam kaku. Yahya berusaha memerah bantal busuk A'ang yang kuyup. Coklat pekat warna airnya.
Suria berdiri, memandang Budin tanpa rasa. Muka bujur sirih putihnya mengeluarkan warna kemerahan. Pandangan matanya seperti mati. Semakin menghampiri Budin. Tangan dikepal kerjap.
"Eri.. tu..itu kan cuma bantal" Budin tergagap-gagap. Dia taktau nak cakap apa lagi. Kakinya seperti di paku.
"Dah Eri.. kita balik" Yahya memegang kuat tangan Suria.
Sekelip mata Yahya sudah terjelepuk di tepi pagar jambatan.
"Bantal tu nyawa adik aku" Suria berkata kelam. "Adik aku.. nyawa aku" sejurus itu satu penumbuk singgah kat dagu Budin.
Terlentang Budin terjatuh. Dia terkejut. Belum sempat matanya berkelip. Suria sudah di atas badannya. Bertubi penumbuk melayang-layang singgah di mukanya. Budin cuma mengelak dan menghalang dengan dua tangannya.
YOU ARE READING
Melastik bintang. ©
Short StorySebuah cerita dari diari seorang kak long kawasan. untuk seorang adik yang.. .akak sayang adik. mula 19/11/18. Berakhir 1/4/19.