Bintang 15

67 11 5
                                        

Cikgu Miah berdiri di tepi tingkap kaca bilik dewan serbaguna sekolah itu dengan tenang. Nafasnya diatur dengan perlahan.

Diperhatikannya satu-satu tempat kenangan terindah dalam hidupnya. Padang sekolah. Tiang gol yang baru sahaja dicat baru. Dan lain-lain kawasan yang terjangkau pandangannya. Di hujung padang terletaknya tempat parking basikal. Redup pemandangan basikal pelajar  yang berbaris segak menunggu untuk berbakti pada tuannya.

"Cikgu... Cikgu, ni basikal saya" Azlan ketawa-ketawa gembira. Mengesat sekilas airmatanya. "Budin bagi saya cikgu" Azlan menahan tangis. Tapi tetap berombak dadanya menahan esakan.

"Alhamdulillah" cikgu Miah bersuara perlahan, mengusap kepala Azlan.

"Walaupun pun seribu basikal  yang saya ada cikgu.. takkan pernah sama dengan Budin " Azlan terus berlalu.

Panas rasa mata Cikgu Miah. Begitu cepat masa berlalu. Kini Cikgu Miah menyandang Penolong kanan Guru Besar.

Tok!! Tok!! Meluru masuk seorang budak lelaki.

"Maaf cikgu.. saya terlambat! haa kali ni tayar basikal saya pancit. Ni saya berlari datang sekolah" jelasnya tercungap-cungap.

"G la duduk"

Cikgu Miah mengesat airmata yang terbit tepi matanya. Teringat kisah lama.

Diperhatikannya pelajar-pelajarnya yang santai duduk atas simen dewan. Bising berbual sesama sendiri. Hari ini ada upacara menyambut kedatangan guru baru.

"Ok. Selamat pagi semua. Hari ini cikgu nak bagi kamu semua satu  cerita" Cikgu Miah mula berbicara.  "Ade cikgu yang belum sampai lagi.. jadi, saya nak beri kamu semua satu cerita yang memberi motivasi berguna untuk semua. Untuk saya dan kamu semua"

Sunyi keadaan dalam dewan serbaguna itu. Semua mata tertumpu pada cikgu Miah.

Cikgu Miah tersenyum.

"Dulu, sekolah kita ni ada beberapa orang murid yang nakal.. semua orang kata mereka ini samseng."

Semua cerita kumpulan Budin dia tahu daripada cerita Azlan.

Cikgu Miah perhatikan pelajar-pelajar di depannya. Seorang demi seorang. Senyap. Cikgu Miah tersenyum lagi.

"Mereka terdiri daripada 6 orang. Budin sebagai ketua. Kemudian Yahya, Suria, Aziz, Azlan dan Syukur"
Cikgu Miah menarik nafas panjang. Dan dilepaskan perlahan-lahan.

"Budin ni memang sangat degil. Menumbuk orang sesuka hati. Selalu sangat kena rotan dengan Guru Besar" Cikgu Miah berjalan perlahan depan pelajar, mundar-mandir.

"Kedegilan Budin bukan setakat di sekolah, malahan di kampung ini jugak. Menjadi bualan semua orang"

"Tapi.." Cikgu Miah terdiam lagi, menarik nafas. "Budin seperti tidak kisah dengan semua umpatan orang"

"Kekuatan Budin kerana adanya pengikut yang sangat setia dan setiakawan, iaitu Yahya. Dan kawan-kawan yang menghormati Budin tanpa belah bahagi, Azlan dan Aziz"

"Suria cikgu?" Tanya pelajar lelaki tadi. Bising sekejap suasana dalam dewan.

"hehe.. Suria ni bagaikan penyeri dalam kumpulan tu. Tapi jangan salah sangka. Semasa Suria masih lagi di sekolah ini, dialah ketua sebenar dalam kumpulan itu. Paling garang dan tegas. No mercy!"

"Apa jadi dengan Suria cikgu"

"Suria pindah sekolah di asrama anak yatim di bandar apabila ayahnya meninggal. Sejak itu kenakalan Budin semakin melampau" Cikgu Miah terdiam seketika. Menghembus nafas lemah. "tiada siapa lagi yang mampu menasihati Budin"

Melastik bintang. ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang